Wa Penat Arinie...

Hari niie aku dah mula kerja...masuk pjbt. letak ajer beg laptop aku tu kat atas meja, aku terus turun kebawah beli paper dan bersarapan pagi kat berdekatan. Abg aku call dia dah ader kat pejabat aku sekarang. Dia datang nak bagi bil kayu yang telah di order nya semalam untuk projek kat Tumpat tu...
T/hari saiful datang jemput aku kat pejabat. Hari nie aku tolong dia cari rotan, bukan kat dalam hutan tu tapi kat kedai perabut rotan. Jenuh juga aku call member2 tanya dia orang kat mana nak cari rotan kat dalam bandar nie...kalau dalam hutan tu berlambak lah, aku rasa lar! At last aku dapat juga rotan tu kat sebuah kedai perabut rotan kat Pasir Mas. Rotan dah dapat,masalah baru plak timbul. Macam mana nak bawa rotan sepanjang 9 kaki setiap satu dengan kereta kancil nie...Nak letak kat dalam kereta tak boleh,nak letak dalam bonet lagi lah tak boleh sebab kancil mana lar ada bonet... akhir nya towkey kedai tu bagi cadangan, rotan tu diikat kat side mirror dan hujung nya aku kena pegang, jadi terpaksalah aku kena duduk seat belakang sambil tangan terjulur keluar pegang hujung yang satu lagi tu...naik lenguh tangan aku dibuatnya.
Aku masuk dewan teratai kat pejabat SUK, aku tenguk ramai kakitangan SUK yang datang membantu. Dato' Setiausaha, Pengelola Istana Diraja (PID) dan ramai lagi yang aku tak kenal. Masa aku sampai, Raja Perempuan belum datang lagi, dia orang kata pukul 3 nanti dia akan sampai. Dalam ramai2 tu, ada juga muka2 yang pernah aku lihat tapi tak ingat mana ya...mmg dah jadi pe'el perangai aku, kalau aku jumpa seseorang aku mudah ingat raut wajah dia orang tapi susah nak ingat kat mana pernah jumpa dengan mereka...aku terus ajer ke pentas utama,kat situ dah ada Engku Azman dan kakitangan nya yang sedang mengemas hamparan2 tikar mengkuang yang dijadikan alas pentas. Pentas ini akan dijadikan tempat demo membuat barang kraftangan. Bila ajer Engku tengok muka aku, cepat2 dia suruh aku buat susun atur labu tanah kat atas rak yang di sediakan. Lepas susun, undur ke belakang tengok ok ke tidak, hmmm...tak ok lagi, ubah lagi kadang2 Raja Perempuan bagi idea beliau,kita orang menurut ajer lah...kita orang nie dah biasa bekerja dengan beliau,jadi tak lah kekok sangat tapi dalam tu aku terpaksa control gak percakapan aku bila dok berbincang bila melibatkan beliau bimbang jugak takut tersasul perkataan2 yang selalu kita guna masa dok bercakap dengan kawan2 kita seharian. Kang tak pasal2 berpuluh biji mata dok tenung aku...boleh drop my water face nie...hehehe.
Jam dah menunjukkan angka 5 ptg, makan pun belum lagi, perut dah terasa lapar benar nih...nak buat macam mana arrr? nak keluar macam tu tak kena pula rasanya. Nasib baik ajak aku sekali pergi beli hanger baju kat Salamku di Lundang tu...dalam perjalanan kesana,satu kemalangan berlaku betul2 kat depan kereta aku dimana seorang budak perempuan yang menonggang motor telah tergeser handle motor nya akibat di himpit oleh sebuah kereta yang dipandu laju...apa lagi terpelanting dan merempuh pokok bunga kat divider tu sampai tercabut pokok bunga aku lihat. Budak perempuan tu tertiarap kat situ. Mamat yang pandu laju tu buat deh ajer...tak kan tak rasa bila body kereta kita tergeser dengan sesuatu...lahabau betul mamat tu. Aku nak berhenti tolong pun tak boleh sebab kereta kat belakang aku tu laju, kalau aku brek mengejut kang tak pasal2 kereta aku pulak yang kena 'rogol'...kesian betul budak perempuan tu dan aku berharap dia tak cedera teruk.
Selesai aku beli hanger baju tu, niat hati nak singgah makan kejap, tapi tak boleh juga lah...Yusrie suruh beli air tin untuk Raja Prempuan kat Seven Eleven plak dah...epu beli lebih untuk aku dan satu supit biji gajus buat alas perut...
Pukul 6 lebih baru aku keluar dari situ. Aku balik pejabat kemaskan meja aku dulu barulah keluar. Niat nak mengayuh basikal petang nie tak jadi sebab aku balik lewat sangat, walaupun epu ajak aku berkayuh pada malam nie tapi tolak dengan alasan aku letih...mmg pun aku rasa letih benar petang nie. Aku sebenarnya tak berapa suka berkayuh malam2 nie, bahaya sikit dan aku tak boleh nak lihat pemandangan di sekeliling kita. Dok main gelap gelita nak buat aper benda baik aku dok rumah layan pukul tv. Aku sampai rumah pukul 7:15 malam...malam nie aku terasa nak makan roti tempayan kat restoran najah depan Nasrom. Roti kat restoran dia lembut dan kuah nya pun sedap. Kat sini ada dua jenis kuah yaitu kari daging cincang dan juga kari kambing. Malam nie aku pilih kuah kari kambing...embbeeekkkk!

3 comments:

Unknown said...

waa..eksiden yg dahsat..dan hidup yg sederhana..

rudy bluehikari said...

adei....kecik sgt tulisan...plz besarkan sket bang...

Tok Ketua said...

adleshah--> aku dapat tau budak yang kemalangan tu selamat cuma luka luka kat lengan ajer...alhamdulillah!

blue hikari--> toche banyak kerana sudi dok jenguk blok aku nie. Byk blogger merungut kata font kat blog aku nie too small...tapi aku tak tahu nak ubah mcm mana, boleh tlg ajar tak?

Post a Comment