Pagi nie aku nak buat kayuhan jarak yang 'radikal' sikit, aku nak tahu stamina aku setakat mana...agak2 boleh tak aku joint group lasak peringkat ke 1000..! hehehe
Kebiasaan nya aku mengayuh dalam jarak sekitar 15-20 km ajer, keliling bandar Kota Bharu ajer! tak berapa thrill lar...hari nie aku nak buat perkara yang boleh mencabar minda aku sikit..
Sekitar pukul 8 saiful dah datang kat rumah aku...time2 cengini dah dikira tengahari, sebelum tu ambil sarapan kat gerai abg. din...aku cuma makan sebungkus mihun + secawan kopi tongkat ali, nak makan banyak2 takut terkeluar kat tengah jalan nanti, baru haru dibuatnya.
Pereksa basikal dulu...tekanan angin dlam tayar ok! belek2 apa yang patut kat basikal aku tu... selepas memakai suite safety spt helmet,glove dan kasut yang baru aku beli semalam aku dan saiful pun memulakan kayuhan bermula dari rumah aku. Kami melalui Jln. Pasir Hor dan akan melalui pekan Kedai Mulong, Nilam Puri dan Batu Lapan sebelum buat stop yang pertama kat kg. aku. Aku mengayuh dengan kelajuan yang sekata ajer, antara 18 km/h - 30 km/h ajer. Purata kelajuan yang aku buat sekitar 22 km/h. Sesampai ajer kat kampung aku...aku terus ke rumah abang aku untuk membuat stop yang pertama. Labu peha dan punggung aku terasa kebas betul...jalan pun jadi terjingkit jingkit. Fuuhhhh! letih yang amat. Abang aku ader kat bengkel dia sedang buat sarung golok. Terkejut beruk dia bila aku kabar kat dia aku datang dengan basikal sebab dia tahu adik dia nie mmg lembik. Abang aku sorang nie minat sangat dengan larian marathon. Cakap ajer kalau ada pertandingan larian marathon pasti dia pergi, tak kira kat mana di Malaysia mesti dia ikut serta dan acapkali dia suruh aku sertai sekali tapi biasanya aku tolak ajer...nak cari nahas! Aku sebelum nie mmg tak pernah pun lakukan apa2 senaman pun hatta jalan kaki keliling taman perumahan tempat aku tinggal sekarang. Masuk bulan nie baru ada xtvt sikit. Aku bukan apa, aku nie dah 2 kali diserang sakit dada tapi bila check kat sepital dia kata aku Ok ajer...
Aku rehat dalam sekitar 1 jam kat rumah abang aku. Dalam pada tu pun sempat ajak abang aku joint sekaki. Dia pun ada juga sebuah basikal MTB nie. Dia beli masa dia kerja kat Grik, Perak dahulu. Sekarang dia jarang kayuh basikal sebab tak ader kawan. Sebab tu lar aku ajak agar joint group aku...
Perjalanan pulang nanti aku nak balik ikut pekan Ketereh, Melor dan Peringat. Kira2 satu round ler tu...aku singgah kat 7 Elevan di Ketereh beli 2 tin 100 plus. Buat bekal penambah tenaga masa dok mengayuh nanti. Jalan Melor ke Kota Bharu mempunyai 4 lorong, jadi aku tak lah terasa bimbang sangat dengan kenderaan yang lalu lalang. Ada juga yang bunyikan hon kenderaan mereka bila dia melintas aku. Mungkin dia kami nie dalam kelompok pertama dalam satu pertandingan kot..! Mungkin dia orang keliru disebabkan cara pakaian kami seperti peserta dalam pertandingan lumba basikal... Bila terasa peha aku terasa kebas dan lenguh, aku slow kan sikit kayuhan aku. Paling leceh bila letih2 macam nie kena kayuh melawan arah angin... terasa amat berat sekali...mahu ajer aku turun tolak basikal ajer.
Jarak yang aku ambil hari ialah perjalanan pergi 28.8 km dan perjalanan pulang pulak 25 km, so jarak keseluruhan ialah 53.8 km..! kira ok lah tu bagi aku yang bertaraf amatur nie. Lepas nie aku terpaksa upgrade kan sikit lagi basikal aku tu supaya lebih ringan sikit seperti menukar tayar nya. Sekarang aku pakai tayar untuk off road dan satu lagi aku kena beli pant yang ada pelapik spun kat punggung tu, jadi tahan lah sikit sakit punggung dok atas pelana basikal yang keras tu.
update
-------
Malamnya pula Zaidi ajak makan laksam baiti kat Panji, best jugak nie...kena plak aku tengah kebulur sekarang nie. Aku order yang special yaitu laksam yang dicampur dengan serunding daging dan 2 biji telor puyuh...beesssssttt! thank daun keladi geng, kalau free belanja lah lagi...hehe...
Saiful call nak ajak aku ke bandar kejap. Aku sebenarnya malas, sebab tubuh aku nie masih lagi sengal2, mcm nak demam urat raser nya...namun begitu aku ikut dia juga, tak mo nak hampakan dia. Cuaca malam ni pun masih lagi spt hari2 yang lepas...mendung dan diikuti hujan lebat sekali sekala. OTW balik kerumah, aku singgah kat Hayaki Cafe. Salah satu cafe yang menjadi kegemaran aku. Makanan special aku kat sini ialah nasi goreng belacan...walaupun western food ada kat sini, aku lebih suka pada makanan tempatan kita nie...hiduuuup! nasi goreng belacan...! tapi malam nie aku tak order dia sebab perut dah nak full tank dah nie, aku cuma order cococino dan roti bakar berkaya ajer. Borak borak pasal kerja dan juga riding yang kita buat pagi tadi...pkl 11 malam, aku balik rumah...dan ZZZzzzZzzzz!

No comments:

Post a Comment