Dapat Surat Saman

Aku kena siapkan beberapa working drawing (WD) hari nie,terutama yang nak buat ubahsuai lot kedai kat KB Mall tu...jadi hari nie aku dok kat pejabat ajer. bila saiap, arround 2 pm aku bawa pergi WD aku tu ke pjbt aman pura corporation jumpa amran. dia yang akan buat kerja2 ubahsuai kat situ. selepas itu aku pergi ke berek 12, ke pjbt archi-invent arkitek nak jumpa dgn zul. tadi dia call aku sruh datang kejap nak bincang pasal rumah kedai Tuanku yang dalam pembinaan skrg. OTW aku singgah kat kejuruteraan LYK jumpa miss wee bagi cek kat dia. Sampai kat pjbt archi-invent arkitek aku ajak zul makan nasi sumatera kat depan pjbt dia tu. dia beritahu aku, pihak mpkb telah menyaman projek rumah kedai tuanku kat bandar KB tu, atas kesalahan tidak pamir papan permit di kedua dua bangunan tersebut. dia minta tolong aku settle kan perkara nie. perkara kecik ajer nie...aku akan pergi jumpa che halim-pegawai pengelola istana diraja (PID), suruh dia call direct s/usaha mpkb. aku pun tak kenal, sebab dia nie org. baru. apa yang aku marah, knp dia orang tak nak saman pemilik bangunan tersebut, yaitu KDYMM al-sultan? tak berani ke? kalau tak berani,tak yah saman lar...call ajer lah. lagipun, bila berlaku perlanggaran syarat dlm satu2 pembinaan, pemilik bangunan tu yang akan disaman bukan nya pihak akitek. aku suruh che halim tu 'buat apa2 yang patut' kat SU baru tu...lain kali berbincang dahulu, kalau tak dengar jugak...kalau nak saman, saman lar!
cuaca pd belah petang baik ajer...apa lagi, aku buat projek mcm biasa lar dgn basikal aku tu...hari nie aku melalui jalan ke kota jembal (kedai lalat)-pantai kemayang-tawang-balik rumah. jarak aku berkayuh pd ari nie, aku tak tahu sebab alat eletronik aku tu rosak. dlm perjalanan balik, bila sampai kat demit, tayar belakang basikal aku pancit pulak dah...terpaksalah aku heret basikal tu sampai ke rumah. nasib baik tak jauh lagi dgn rumah aku...ada ler lebih kurang 3 km jugak.
nota: ari nie aku tertinggal henpon aku kat pejabat...malas nak pergi ambik. esok ada lar yang marah2 kat aku, knp aku tak jawab call...

No comments:

Post a Comment