Semalam aku angkut laptop dan modem ADSL aku nie kedalam bilik tidur walaupun aku tahu tak apa2 pun kat bilik aku tu...hanya aku keseorangan! mungkin aku rindu pada bau bantal,cadar dan bilik aku tu yang dah seminggu lebih aku tinggal kan nya..!
Pagi nie en. rosli dan wife dia datang ke pejabat aku. dia orang mahu aku sediakan reka bentuk gateway untuk lima jajahan di kelantan nie. dia mahu secepat mungkin,kalau boleh dalam masa seminggu.
Saiful call aku,sekiranya puan norhayati dan suaminya sampai suruh dia tunggu kejap. Bila saiful datang aku turun ke bawah untuk membasahi anak tekak aku yang kering nie. aku order carrot susu. lepas minum aku naik ke pejabat aku,otw balik serempak dengan yie. dia nie kerja kat unit kawalan penyakit bawaan vector, pejabat kesihatan kota bharu. seberang jalan pejabat aku ajer! dia ajak aku minum, walau pun aku baru lepas minum ajer on ajer sambil dok menonton bawang merah,bawang putih. beginilah keadaan aku, ader ajer customer/kawan yang ajak minum...lama2 boleh dapat kecing manis aku!
pergi hantar drawing setor pejabat istana kat yusrie di pejabat SUK. dalam pada tu sempat juga aku menjengah kedalam dewan bunga teratai yang akan menerima kunjungan tamu kehormat dari sarawak sambil membeli belah kat situ. dia orang semua dok tengah buat final touch kat gerai masing masing. aku sempat tengok2 pakaian yang dijual kat situ...pergh! mahal giler...baju batik lelaki dari RM180-RM350 sehelai, kain telekung sembahyang bersulam RM350, kain batik RM170-RM800 sepasang.
malam nya pula, saudara aku yang tinggal kat labok,machang tu datang bersama dengan keluarganya ke rumah aku. anak dia merangkap cucu saudara aku tu sedang mencari tempat nak buat latihan praktikal selama 3 bulan. aku suruh dia buat praktikal kat pejabat aku ajer...kesian dia sebab dia datang masa isteri aku tak ader kat rumah, kalau tak boleh lah makan malam kat rumah aku nie...terkilan betul aku.

No comments:

Post a Comment