Untuk seorang kawan

Dia ada hidup dia sendiri. Menjadi kawan dia tidak memberikan hak untuk kita campur urusan hidup dia. Dia hendak tergolek ke, dia hendak terlentang ke, ikut suka hati dialah, itu hidup dia. tetapi bagaikan sudah menjadi satu 'peraturan ghaib', hidup kawan kita adalah hidup kita."

...antara perasaan dan kawan.

Semua org ada kawan. Aku pun punya ramai kawan. Sama mcm korang jugak. Korang pun sebenarnya kawan aku gak cuma tak kenal, tak pernah jumpa. Kawan nie kalau tak kenal susah tapi kalau dah kenal kekadang menyusahkan. Cuma aku bersyukur sangat kawan-kawan aku sumernya tak nyusahkan aku. Malah kekadang aku bangga dapat menolong kawan aku. kenapa aku mesti tolong kawan aku sebab aku rasa aku org baik. Cuma aku belum menjadi yang terbaik. Kawan chenta bila kita betul-betul menchentai kawan kita. Buat apa saja pun kita sanggup berkorban untuk kawan kita. tuh lah kekadang kena berhati-hati bila berkawan kerana takut dari kawan terpaksa pulak berchenta. Bila dah suka, bila dah sayang, bila dah chenta maka perasaan kawan itu akan bertukar. Susah sebenarnya nak gambarkan dengan perkataan. Selalunya bila berkawan kita tak perlu nak jaga hati, kita lebih mudah untuk berterus terang, tapi bila dah lebih dari kawan terpaksa lak menjaga hati dan banyak persoalan terpaksa dipendamkan. malah kekadang kita terpaksa menipu, tak kisah lah samada menipu kawan kita atau menipu diri kita sendiri. Makanaya...

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang?

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir...

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana...

kata sedara,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saja apa dikata...

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau busuk tp sedap dimakan...

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap tak de...

kata AKU ,
KAWAN tu tak kisahlah camane pun...walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
Walaupun dia tunjuk muka pada aku masa dia susah je...Walaupun dia selalu kata sibuk & tak de masa untuk aku...Walaupun dia hanya cari aku bila dia takde kawan lain...Walaupun kdg2 aku terpaksa ingatkan dia supaya dia sedar kewujudan aku...Walaupun aku pernah menangis krn tak dipedulikan...tapi tak pe lah...dia tetap kawan aku...tau tak sebab apa???sekali aku dah kawan ngan dia selamanya dia tetap KAWAN aku walaupun pada dia...aku hanya KAWAN...

MTB Clinic at UiTM Machang ke-2

Sebahagian peserta pada hari tu...

17 KMH member grouped together to assist 34 UiTM students in this second session of MTB Clinic. Wow! 51 riders rocked the campus this morning before moving into the bushes and rubber plantation. The 25 km journey took 2 casualties which are, a broken seat post and.... ada la mamat KMH ni yang pengsan... memalukan. Despite new to mountain biking, UiTM students are all well prepared physically. UiTM, you rock!

Galeri Gambar yang meruntun jiwa raga... :-)

Sebahagian KMH members

Uitm Students leaad by En. Safian (Pian)


Berasak-asak nak masuk hutan...

Sampai depan, belok kanan...

Kita rest kejap...tambah O2

kasut sapa yang tercabut nie...!!!

Omar...teknik jatuh terlentang peringkat ke 18..!!!

peace,peace gak...helmet ko jatuh kat maner dik!!!

haaa...nie sorang lagi tapi tak aper yg nie pokcik yang jaga...he..he..he!!!

dia org nie nak dera aku ker?

nie motor sapa plak nie...kat tengah2 belantara nih.

at last we arrived kat final check point...hepi nyer dia!!!

Part yang paling best...menuruni cherun at 45 degree

Lojing Highland, Gua Musang

Pada Khamis Rabu lepas (23/01/08) morning2 lagi bertolak ke tanah tinggi Lojing...nunnn jauh kat Gua Muasang dengan Saiful. Tujuan nya buat site visit ke rumah agam KDYMM Sultan Kelantan yang masih dalam pembinaan. Pada 10 Feb. nanti dia akan mencemar duli kat sana sambil melawat projek tanaman strawberry kat sana.Kedatngan aku ari nie nak tau status projek tu.

Pemandangan dari rumah agam

Aku sampai sana dekat pkl. 11am. Cuaca ari tu mendung ajer,menambahkan lagi kesejukan yang mmg dah sejuk.Sekitar kawasan berkabus. Tak sangka betul,kunjungan aku pada hari nie menemukan aku dengan En. Nazri. Ada lar dekat 14 tahun lebih tak jumpa!!! Wife dia tu satu pejabat dgn aku. wife dia dah jadi guru dan mengajar kat Berincang. Dia plak dah bukak kuari kat Berincang jugak. Kayooo ko sekarang yer!!!

Bila selesai semuanya, aku ke Cameron Highland plak...alang2 ke Lojing tak sah kalau tak kesana. Aku merayau sampai ke Ringlet. On the way balik,aku masuk ladang teh boh. Round2 jap, pas tu pekena tea kat cafe yang ada kat situ.

Teachino + Sandwich Tuna...yummyyy!!!

Saiful sedang layan blues...

Pokok teh sejauh mata memandang...

Pkl 5.30pm bertolak balik ke Kota Bharu. Sampai umah hampir pukul 9 lebih. Addusss!!! penat nya...pukul 10.30pm dah terbungkang kat atas katil...tak kabar apoo!!!

Dulu...Kini...dan Selamanya...Menunggu

Kenapalah sussah sangat duit nak datang ke kocek aku...walaupun dah confirm duit tu aku yang punya...uwaaaa!!! tak acilah macam nie...

Masuk bulan Feb. nie...genaplah 4 bulan, company aku tak dapat payment. Diatas kertas...mencecah puloh pulog ribu! tapi sebenarnya hampeh! Dah berpucok pucok statement akaun aku antar kat dia orang...tu tak termasuk call direct. Jawapan nya tetap sama...check tak clear lagi lar...'mainkon' tak bayar lagi lar...bos tak balik lagi dari o/sea lagi lar...tak ada duit lagi lar...semuanya alasan tak mo bayar!!! senang story...

Duit simpanan dah penghujung senja, dah kering kontang!!!...kena berjimat sakan. Belanja kepada yang perlu ajer...bayar gaji staff, bil pejabat, bil supplier itu ajer. Bil sendiri dah menimbun...sampaikan bil henpon sendiri pun dah kena bar...tak boleh nak call out! pening! pening! ...kalau difikirkan, kalau macam nie, baik jadi kuli dari jadi bos..akhir bulan dok fikir mana nak cekau duit utk bayar gaji lar dan bermacam macam bayaran yang semuanya kena bayar!!!

Hai 2008...Bye! Bye! 2007

Happy New Year to all of you!!! ... apa resolusi kalian semua pada tahun nie? Pada yang kerja tu...be more productive and kurengkan 'mini parlimen' anda kat gerai gerai mamak masa tea time tuuu...

Pada yang dok belajar tu...lipat gandakan usaha anda, rajin rajin lah jenguk buku tu dan jangan cepat putus asa and last sekali be more fokus dalam apa yang azam kan!!!

Buat sang gadis...

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi...sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. (petikan dari blog Od@'s Lif3...)


My Resolution for 2008 is...

Family
- banyak luangkan masa for my wife, my children and and make all happy!!!

Work
- kerja kuat, make more money, get more kontrak and bayar bonus for my staff at least 4 month!!!

Life
- relax and happy...no more pening pening lalat bila hujung bulan...he! he! he!