Taklimat Haji

25/11/2006 - Sabtu
---------------------
Hari nie kat rumah mertua aku ada buat kenduri sedikit pasal hari nie ada taklimat haji yang terakhir sebelum dia orang bertolak pada 1 Disember nanti. Bapa mertua aku nie,dalam setahun, 2 kali dia ke Mekah. Sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi dlm musim haji seperti sekarang nie...begitulah dia sekelamin tiap2 tahun.
Selepas solat Zohor dan hajat, aku bersama dengan biras2 aku yaitu Ustaz Ya, Chikgu Aziz dan Mie akan jadi 'jo kako' (tukang angkat makanan) dan merangkap pelayan kepada tetamu mertua aku tu...penat juga ler!
Bila kesemuanya dah selesai dan tetamu pun dah pulang kerumah masing2, aku terbaring kat ruang tamu sambil dok tengok vcd persidangan dewan undangan negeri kelantan yang baru ajer selesai...tak lama kemudian aku terlelap. Sedar2 dah dekat pukul 5 pm...aku bangun mandi dan bersiap siap nak pulang ke KB. Pukul 6:30 pm aku bertolak dari sana dan sampai kat KB pukul 8:30 pm...
Keluar minum dengan saiful kat gerai abg. nor sambil tenguk live EPL, Liverpool vs M.City...kedua dua kelab nie aku tak minat sangat. Pkl 1 pagi baru aku balik dan update blog aku nie...

No comments:

Post a Comment