Agak Sibuk

Aku masuk pjbt jap...kedian terus pergi ke furniture abg aku di Ketereh. Nak tanya pasal kerja yang aku bagi kat dia tu janji nak antar hari nie ke tapak kerja...masa dah suntuk nie, 5/12/06 nanti projek kat Kg. Dalam,Tumpat tu dah kena serah kat Muzium negeri. OTW, aku singgah sarapan pagi kat Kedai Mulong, sedang elok dok layan makan, saiful call aku tanya dok kat mana and then dia suruh aku tunggu dia kat situ. Dia nak ikut aku sama.
Bila aku sampai kat furniture abg aku tu, aku tenguk kayu yang hendak dibuat dinding untuk kerja kerja di Tumpat tu, belum jugak sampai sampai...apalagi kenalah 2,3 das aku marahkan abg aku...aku tak kira, kawan ke,saudara mara ke,adik beradik ke...bila dah janji tak ditepati, aku sembur. Aku paksa dia, kayu yang dia order tu, MESTI kena sampai ari nie jugak. Hari satu sabtu depan benda tu kena ada kat tapak kerja dah. Tukang kayu ka sana, dok tunggu lama dah. Kalau lewat hantar, aku pulak yang kena sembur nanti...
Pkl 11am aku balik ke pjbt, fadly datang bawa design gateway yang aku suruh buat semalam. Aku tenguk ok dah design tu, cuma kena touch up sikit bagi elok lagi. Besuk orang UPEN dtg nak ambil, spec. kerja tak buat lagi, hari nie aku dok siapkan spec. kerja untuk projek membaikpulih kubu perang dunia ke 2 kat Peng. Chepa.
Dkat nak pukul 3, aku pergi print 2,3 drawing kat kedai kawan aku di Jalan Gajah Mati tu...masa nak turun terserempak dgn abg. Sen. Dia dtg. nak ambil plan rumah dia. Aku suruh dia tunggu kejap...15 minit aku sampai balik ke pjbt. Aku ajak abg. Sen naik dan bagi penerangan ttg plan rumah dia tu, ada ubah sikit, dia suruh aku tambah attic kat living area tu. No problem...
Chikgu Miji dtg kat pjbt aku...dia nie selalu lepak kat pjbt aku, sambil tunggu isteri dia habis bekerja kat Hospital depan pejabat aku nie. Ajak dia minum kat bawah. Aku order minuman ajer, nak makan popia goreng, perut masih kenyang lagi...aku suruh dia cari tanah untuk dibuat pump station kat area sekolah Banggu dan juga tanah 30 ekar kat kawasan Machang. Ada client aku mahu dan suruh aku dapatkan untuk dia, dia nak buat projrk perumahan kat situ...perghhh! 30 ekar, mana nak cari tanah seluas tu di kawasan bandar sekarang, paling luas pun 4 ekar ajer!
Masa OTW balik rumah, aku singgah kat kedai Wan, tanya kedai dia buka pukul brp besok. Aku nk suruh dia tukar tiub basikal aku tu yang telah pancit semalam. Hari aku tak gateh, hujan... lagi pun basikal aku tu belum dibaikki lagi...

Dapat Surat Saman

Aku kena siapkan beberapa working drawing (WD) hari nie,terutama yang nak buat ubahsuai lot kedai kat KB Mall tu...jadi hari nie aku dok kat pejabat ajer. bila saiap, arround 2 pm aku bawa pergi WD aku tu ke pjbt aman pura corporation jumpa amran. dia yang akan buat kerja2 ubahsuai kat situ. selepas itu aku pergi ke berek 12, ke pjbt archi-invent arkitek nak jumpa dgn zul. tadi dia call aku sruh datang kejap nak bincang pasal rumah kedai Tuanku yang dalam pembinaan skrg. OTW aku singgah kat kejuruteraan LYK jumpa miss wee bagi cek kat dia. Sampai kat pjbt archi-invent arkitek aku ajak zul makan nasi sumatera kat depan pjbt dia tu. dia beritahu aku, pihak mpkb telah menyaman projek rumah kedai tuanku kat bandar KB tu, atas kesalahan tidak pamir papan permit di kedua dua bangunan tersebut. dia minta tolong aku settle kan perkara nie. perkara kecik ajer nie...aku akan pergi jumpa che halim-pegawai pengelola istana diraja (PID), suruh dia call direct s/usaha mpkb. aku pun tak kenal, sebab dia nie org. baru. apa yang aku marah, knp dia orang tak nak saman pemilik bangunan tersebut, yaitu KDYMM al-sultan? tak berani ke? kalau tak berani,tak yah saman lar...call ajer lah. lagipun, bila berlaku perlanggaran syarat dlm satu2 pembinaan, pemilik bangunan tu yang akan disaman bukan nya pihak akitek. aku suruh che halim tu 'buat apa2 yang patut' kat SU baru tu...lain kali berbincang dahulu, kalau tak dengar jugak...kalau nak saman, saman lar!
cuaca pd belah petang baik ajer...apa lagi, aku buat projek mcm biasa lar dgn basikal aku tu...hari nie aku melalui jalan ke kota jembal (kedai lalat)-pantai kemayang-tawang-balik rumah. jarak aku berkayuh pd ari nie, aku tak tahu sebab alat eletronik aku tu rosak. dlm perjalanan balik, bila sampai kat demit, tayar belakang basikal aku pancit pulak dah...terpaksalah aku heret basikal tu sampai ke rumah. nasib baik tak jauh lagi dgn rumah aku...ada ler lebih kurang 3 km jugak.
nota: ari nie aku tertinggal henpon aku kat pejabat...malas nak pergi ambik. esok ada lar yang marah2 kat aku, knp aku tak jawab call...

Client Aku

Sebelum masuk pejabat, aku singgah sarapan dahulu kat gerai depan proton jln dusun muda tu...nasi berlauk lauk ikan,teh dan 2 biji telur 1/2 masak. Hari nie aku kena siapkan drawing ubahsuai lot kedai kt kb mall tu...owner dia dah 2,3 kali call aku tanya tentang nya. Customer nie pun satu hal...kalau aku cakap benda tu siap dlm masa 2 hari...kena percayalah. Pasal pe'el perangai client nie, aku dah masak. Masa kerja belum siap, bukan main lagi dia 'press' kita...kadang2 tu, tak makan kita sehari suntok dibuat nya! tapi bila bab bayaran, slow nak mampossss...minta hari nie, dia kata 2 hari lag, bila pergi lagi,dia tangguh lagi...at last sampai lah bangunan tu siap, fees untuk kita masih gak tergantung! ...kira buat free ler tu, tapi aku senang sahaja kalau dia nie liat sangat nak bayar...aku cakap kat dia, tolong keluarkan zakat mata wang untuk duit yang dia tak mahu bayar sangat kat aku tu bila dah cukup haul nya...pas tu aku belah! selagi dia tak bayar, selagi tu lah dia kena keluarkan 2.5% dari jumlah duit yang dia tak mo bayar tu, kalau dia tak keluarkan juga, dia yang tanggung,sebab aku dah cakap awal2 kat dia...kira aci tak, aku buat mcm tu?
...tapi ada juga client aku yang baik2, drawing tak siap lagi, dia orang dah buat full payment...mcm nie pun aku tak berapa gemar sangat, maklum lah duit! kalau dah ada kat tangan kita nie, semakin gatal lah ia nak keluar, nnti bila dah siap kerja, duit pun entah kemana. aku lebih suka pada client yang bayar ikut progress yang telah aku tetapkan...
pkl 3pm aku ke istana balai besar, buat kerja2 ukur. dia orang nak buat tambahan sedikit kat pejabat istana tu... lepas buat tu semua, apalagi aku cari lah port untuk berehat jap....alarrrr! nak minum air ajer! hmmm...dlm pada tu aku dok berfikir, skrg dah ada 2,3 projek yang perlu disiapkan dgn kadar yang segera. semuanya mahu cepat...mcm mana nie! aku kena pass pass kan kat member2, kalau tak, tak siap! kat pjbt aku ada sorang ajer draughtman, 2 termasuk aku (bos pun kena buat kerja juga daaa.....) yang sorang lagi tu, buat pengawasan kat tapak projek...kira orait dah tu!
skrg nie, pkl 5.30pm aku dah ada kat rumah...sebab pukul 6pm aku dah start mengayuh. kerja, kerja juga, xtvt senaman kena ada juga...kalau ikutkan hati malas lah! jadi kita kena 'paksa' diri kita buat apa yang telah kita plan tu...jgn asyik dok memaksa orang ajer! hari nie cuaca pun baik, aku ikut jalan pasir mas-salor, kedai mulong, tunjong - bbkk...22 km!
Sebelah pagi...nak kata pagi pun tak juga, area 11 am lebih, aku dan saiful pergi ke furniture abang aku kat kampung tu untuk tenguk dinding yang aku suruh buat tempuhari...OTW balik aku singgah lunch kat Restoran Baroh...restoran tersohor kat pekan Ketereh nie. Lauk pauk yang disediakan kat sini mmg best,best terutama gulai ayam kampung dia tu...very yummy!
Pkl 3pm aku pergi jumpa cik/puan Tuan Latifahkat KB Mall...aku sendiri tak pasti dia nie cik ke puan,tapi aku rasa dia nie cik lagi...heh heh heh! ....senyum ada makna tuuuu.... ia nie mau aku buat id kat lot kedai dia tu. Tema dia 'tradiosional' maklum lah,kedai dia nie jual barangan kraf...mmg kena dgn apa yang dia mahu tu. Tempuh masa yang diberikan amat ciput lar...2 weeks ajer! aarrrr...sempat ke tidak nie! ok, aku cakap kat dia, nanti aku tanya kawan aku yang akan built benda nie terlebih dahulu dan kami akan datang sekali lagi pd malam nie...
Janji dgn saiful mahu kayuh basikal petang nanti. Lepas balik dari kerja, aku pun bersiap siap dgn suite berkayuh aku tu...belum pun sempat aku nak keluarkan basikal aku dari setor...hujan plak turun...semangat aku yang berkobar kobar tadi hilang bersama dgn air hujan yang turun tu...frust betul lar! lewat ptg aku kayuh juga basikal aku tu tapi tak jauh,sekitar kawasan nie ajer...nak panaskan badan!
9pm...aku ke KB Mall sekali lagi, Amran pun dah sampai gak. Aku terus bawa dia ke kedai tu. Lepas bincang2 apa yang patut dia nak dan tahu, kami pun belah. Aku ajak Amran nie singgah minum kat Mamak Spicy dahulu. Byk juga ler topik yang aku bualkan. Semuanya berkisar pada job dan bidang tugas kami. Dia nie nak tubuh satu persatuan rekabentuk kesenian kelantan. Tujuan nya, segala rekabentuk id, landscape,bangunan dan seniukir yang terdapat pada rumah Kelantan akan kami dokumentasi untuk tatapan generasi akan datang. Dia mahu aku joint sama dengan persatuan yang bakal dituuhkan nanti.... aku on ajer!
Dekat sejam aku dok berborak dgn dia...pkl 11pm lebih aku balik kerumah. Bukak pc, check email,baca blog kawan2...walaupun aku tahu hari nie hari ahad, byk blog tak diupdate...kau orang semua nie, nak update blog pun ikut hari bekerja, kenapa arr? jwb jgn tak jwb...

Taklimat Haji

25/11/2006 - Sabtu
---------------------
Hari nie kat rumah mertua aku ada buat kenduri sedikit pasal hari nie ada taklimat haji yang terakhir sebelum dia orang bertolak pada 1 Disember nanti. Bapa mertua aku nie,dalam setahun, 2 kali dia ke Mekah. Sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi dlm musim haji seperti sekarang nie...begitulah dia sekelamin tiap2 tahun.
Selepas solat Zohor dan hajat, aku bersama dengan biras2 aku yaitu Ustaz Ya, Chikgu Aziz dan Mie akan jadi 'jo kako' (tukang angkat makanan) dan merangkap pelayan kepada tetamu mertua aku tu...penat juga ler!
Bila kesemuanya dah selesai dan tetamu pun dah pulang kerumah masing2, aku terbaring kat ruang tamu sambil dok tengok vcd persidangan dewan undangan negeri kelantan yang baru ajer selesai...tak lama kemudian aku terlelap. Sedar2 dah dekat pukul 5 pm...aku bangun mandi dan bersiap siap nak pulang ke KB. Pukul 6:30 pm aku bertolak dari sana dan sampai kat KB pukul 8:30 pm...
Keluar minum dengan saiful kat gerai abg. nor sambil tenguk live EPL, Liverpool vs M.City...kedua dua kelab nie aku tak minat sangat. Pkl 1 pagi baru aku balik dan update blog aku nie...

Aku balik dulu

tengahari nanti aku kena balik ke rumah mertua aku...bapak mertua aku mahu aku buatkan pelan rumah kedai dia...bila dah bos suruh balik terpaksalah aku dengan paksa'rela nya akan balik nanti...
jadi pada pagi nie aku kena bereskan segala tugas yang dah di plan semalam. mula2 aku kena serahkan PO dan cek deposit untuk kerja kerja memasang steel truss kat bandar kb tu dulu, lepas tu aku kena siapkan drawing pagar istana hinggap tuanku di Bukit Tanah,Tumpat dan serahkan kepada yusrie...
hari ahad nanti baru aku ada kat rumah nie...aku 'chow' dulu yer!
update..!
---------
bila selesai ajer aku draw dan print design pagar istana tu, aku bergegas pergi ke pejabat Yusri Construction. Aku tinggalkan drawing pagar tu kat situ. Aku nie dah lewat sebenarnya, bas terakhir ke K.Krai ialah pukul 6 pm. skrg dah dekat pukul 5 pm. Aku kena balik rumah dulu, nak mandi dan mengambil barang2 yang perlu dibawa bersama.
Pkl 5.45 pm aku dah berada dlm perut bas K.Krai. Hari nie hari Khamis, jadi ramai betul org yang nak balik ke destinasi masing2...jadi aku terpaksa berebut berebut dgn dia orang,kalau tak berdiri lah aku kat dalam bas nanti, kalau dekat tak aper lah...KBharu ke KKrai jarak dia 70 km! boleh bengkok kaki aku kalau berdiri sejauh itu.
Jam dah menunjukkan pkl 7:45 pm dan kat luar tu dah gelap gelita. Masa nak turun bas aku tersilap tekan loceng, driver bas hairan betul ke aku nak turun kat sini? aku tanya kenapa? driver tu jawab selamber ajer...kat sini bukan nya ada rumah orang, tapi kawasan hutan...awk nie betul ke tak betul? ...perghhh! biru matam hitam ku di buatnya aku terpaksa control malu aku sambil berkata..."minta maaf ler bang, saya tersilap tekan...sebenarnya saya nak turun kat cbg 3 sg. durian..! masa nak melangkah turun dari bas sempat lagi driver tu pekena aku lagi..." saya ingtkan awk ni org. bunian, nak turun kat situ tadi..." kena lagi aku..!
Masa aku tunggu adik ipar jemput aku, lalulah 2 org. budak perempuan yang naik sekali dgn aku tadi sambil berbisik2 kedian jeling2 pada aku..."perli aku ler tu..."
Semalam aku angkut laptop dan modem ADSL aku nie kedalam bilik tidur walaupun aku tahu tak apa2 pun kat bilik aku tu...hanya aku keseorangan! mungkin aku rindu pada bau bantal,cadar dan bilik aku tu yang dah seminggu lebih aku tinggal kan nya..!
Pagi nie en. rosli dan wife dia datang ke pejabat aku. dia orang mahu aku sediakan reka bentuk gateway untuk lima jajahan di kelantan nie. dia mahu secepat mungkin,kalau boleh dalam masa seminggu.
Saiful call aku,sekiranya puan norhayati dan suaminya sampai suruh dia tunggu kejap. Bila saiful datang aku turun ke bawah untuk membasahi anak tekak aku yang kering nie. aku order carrot susu. lepas minum aku naik ke pejabat aku,otw balik serempak dengan yie. dia nie kerja kat unit kawalan penyakit bawaan vector, pejabat kesihatan kota bharu. seberang jalan pejabat aku ajer! dia ajak aku minum, walau pun aku baru lepas minum ajer on ajer sambil dok menonton bawang merah,bawang putih. beginilah keadaan aku, ader ajer customer/kawan yang ajak minum...lama2 boleh dapat kecing manis aku!
pergi hantar drawing setor pejabat istana kat yusrie di pejabat SUK. dalam pada tu sempat juga aku menjengah kedalam dewan bunga teratai yang akan menerima kunjungan tamu kehormat dari sarawak sambil membeli belah kat situ. dia orang semua dok tengah buat final touch kat gerai masing masing. aku sempat tengok2 pakaian yang dijual kat situ...pergh! mahal giler...baju batik lelaki dari RM180-RM350 sehelai, kain telekung sembahyang bersulam RM350, kain batik RM170-RM800 sepasang.
malam nya pula, saudara aku yang tinggal kat labok,machang tu datang bersama dengan keluarganya ke rumah aku. anak dia merangkap cucu saudara aku tu sedang mencari tempat nak buat latihan praktikal selama 3 bulan. aku suruh dia buat praktikal kat pejabat aku ajer...kesian dia sebab dia datang masa isteri aku tak ader kat rumah, kalau tak boleh lah makan malam kat rumah aku nie...terkilan betul aku.

proud to be your self

lama betul aku dok merenung screen laptop aku nie...terkedip kedip biji mata aku, macam cicak terhidu ketiak aku...sesekali mata aku menjeling donie barasco kat screen tv 14" aku yang saiznya tak pernah berubah ubah selama 12 tahun...! aku sebenar nya tengah dok fikir tentang dilema yang sedang bersarang kat kepala otak aku yang beratnya antara 1300-1400 gram nie,

apakah gaya tulisan aku selama ini menarik untuk dibaca. aku sentiasa dok perhati gaya dan corak tulisan blogger lain seperti tok rimau,lan rambai,tokei pajak, si naga naga dll lagi tu...gaya tulisan mereka kreatif,pendek dan penuh makna. apakah harus aku meniru mereka semua? aku jadi confius dan blur! lama aku termenung...akhirnya aku dah dapat jawapan nya...kita tak perlu menjadi orang lain untuk menggembirakan orang lain dan kalau kita sendiri tak mahu jadi diri kita sendiri siapa lagi yang hendak jadi diri kita...so follow your heart and proud to be your self!
21/11/2006
-------------
Saiful ajak aku tolong dia buat kerja2 kat pejabat SUK tu tapi aku menolak kerana pada pagi nie aku ada appointment dengan en. Rosli dari Indah Landscape.
Aku turun sarapan kat gerai wak (jawa terakhir Kelantan) dibawah pejabat aku samil dok baca paper.
Pukul 2.30 ptg aku ke pejabat Istana Negeri ambil layout komplek pejabat dia dengan Che Mat. Dia nie dulu kerja kat pejabat SUK tapi telah dipindahkan ke pejabat Istana Negeri 2 tahun lepas. Orang kampung aku merangkap saudara mara aku jugak. Aku tak lah kekok sangat kalau dia ada kat situ, kalau ada kerja2 kat situ,dialah tempat aku tuju dahulu...terima kasih waris, ada masa aku belanja kau makan kat sup tok ayah...hehehe. Selesai kerja kat situ aku ke pejabat Lah CD nak print 2 copy dan bagi pada Ku Nan nanti.
Terima call dari Zaidi,dia ada kat bawah pejabat aku, ajak minum. Zaidi nie plak aku kenal masa dia buat praktikal kat pejabat lama aku dulu. Sekarang dah jadi pensyarah kat Politeknik Kota Bharu dan tutor sambilan dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelantan.
Selesai minum, aku naik pejabat, kemaskan dulu yang mana patut aku pun chow balik. OTW tu aku singgah kat bank nak ambil duit sikit tapi kedua dua ATM rosak...hampeh betul!
Macam biasa lah xtvt sebelum masuk maghrib aku kayuh basikal dahulu. Hari nie aku buat 22 km...belum pukul 7 dah sampai kat rumah aku nie.
Malam nie ada dinner kat Restoran New Horizon untuk meraikan rombongan Toh Puan Norkiah isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Pukul 9 aku sampai kat sana. Aku dan saiful kena meja no. 11, aku lihat list nama meja aku tu ada 4 orang rombongan dari Sarawak, selebihnya aku tak kenal kecuali Tengku Adnan dgn isterinya, Tengku Abu Bakar dan Yusrie. Kekok sungguh aku makan, mana tak nya...dok pulak semeja dengan rombongan dari sarawak dan ditambah pula dengan kerabat...lagi ler teramat kekok! nak makan pun tak selesa...kena jaga protokol! abis ajer majlis makan, ada majlis nyanyian. Para pesertanya terdiri dari rombongan sarawak tu dan juga beberapa penyanyi yang di jemput khas oleh pihak restoran nie...masa nie lah aku dan Saiful minta diri nak belah dulu....rimas wey!
Aku dan saiful berkereta ke bandar...makan!

Wa Penat Arinie...

Hari niie aku dah mula kerja...masuk pjbt. letak ajer beg laptop aku tu kat atas meja, aku terus turun kebawah beli paper dan bersarapan pagi kat berdekatan. Abg aku call dia dah ader kat pejabat aku sekarang. Dia datang nak bagi bil kayu yang telah di order nya semalam untuk projek kat Tumpat tu...
T/hari saiful datang jemput aku kat pejabat. Hari nie aku tolong dia cari rotan, bukan kat dalam hutan tu tapi kat kedai perabut rotan. Jenuh juga aku call member2 tanya dia orang kat mana nak cari rotan kat dalam bandar nie...kalau dalam hutan tu berlambak lah, aku rasa lar! At last aku dapat juga rotan tu kat sebuah kedai perabut rotan kat Pasir Mas. Rotan dah dapat,masalah baru plak timbul. Macam mana nak bawa rotan sepanjang 9 kaki setiap satu dengan kereta kancil nie...Nak letak kat dalam kereta tak boleh,nak letak dalam bonet lagi lah tak boleh sebab kancil mana lar ada bonet... akhir nya towkey kedai tu bagi cadangan, rotan tu diikat kat side mirror dan hujung nya aku kena pegang, jadi terpaksalah aku kena duduk seat belakang sambil tangan terjulur keluar pegang hujung yang satu lagi tu...naik lenguh tangan aku dibuatnya.
Aku masuk dewan teratai kat pejabat SUK, aku tenguk ramai kakitangan SUK yang datang membantu. Dato' Setiausaha, Pengelola Istana Diraja (PID) dan ramai lagi yang aku tak kenal. Masa aku sampai, Raja Perempuan belum datang lagi, dia orang kata pukul 3 nanti dia akan sampai. Dalam ramai2 tu, ada juga muka2 yang pernah aku lihat tapi tak ingat mana ya...mmg dah jadi pe'el perangai aku, kalau aku jumpa seseorang aku mudah ingat raut wajah dia orang tapi susah nak ingat kat mana pernah jumpa dengan mereka...aku terus ajer ke pentas utama,kat situ dah ada Engku Azman dan kakitangan nya yang sedang mengemas hamparan2 tikar mengkuang yang dijadikan alas pentas. Pentas ini akan dijadikan tempat demo membuat barang kraftangan. Bila ajer Engku tengok muka aku, cepat2 dia suruh aku buat susun atur labu tanah kat atas rak yang di sediakan. Lepas susun, undur ke belakang tengok ok ke tidak, hmmm...tak ok lagi, ubah lagi kadang2 Raja Perempuan bagi idea beliau,kita orang menurut ajer lah...kita orang nie dah biasa bekerja dengan beliau,jadi tak lah kekok sangat tapi dalam tu aku terpaksa control gak percakapan aku bila dok berbincang bila melibatkan beliau bimbang jugak takut tersasul perkataan2 yang selalu kita guna masa dok bercakap dengan kawan2 kita seharian. Kang tak pasal2 berpuluh biji mata dok tenung aku...boleh drop my water face nie...hehehe.
Jam dah menunjukkan angka 5 ptg, makan pun belum lagi, perut dah terasa lapar benar nih...nak buat macam mana arrr? nak keluar macam tu tak kena pula rasanya. Nasib baik ajak aku sekali pergi beli hanger baju kat Salamku di Lundang tu...dalam perjalanan kesana,satu kemalangan berlaku betul2 kat depan kereta aku dimana seorang budak perempuan yang menonggang motor telah tergeser handle motor nya akibat di himpit oleh sebuah kereta yang dipandu laju...apa lagi terpelanting dan merempuh pokok bunga kat divider tu sampai tercabut pokok bunga aku lihat. Budak perempuan tu tertiarap kat situ. Mamat yang pandu laju tu buat deh ajer...tak kan tak rasa bila body kereta kita tergeser dengan sesuatu...lahabau betul mamat tu. Aku nak berhenti tolong pun tak boleh sebab kereta kat belakang aku tu laju, kalau aku brek mengejut kang tak pasal2 kereta aku pulak yang kena 'rogol'...kesian betul budak perempuan tu dan aku berharap dia tak cedera teruk.
Selesai aku beli hanger baju tu, niat hati nak singgah makan kejap, tapi tak boleh juga lah...Yusrie suruh beli air tin untuk Raja Prempuan kat Seven Eleven plak dah...epu beli lebih untuk aku dan satu supit biji gajus buat alas perut...
Pukul 6 lebih baru aku keluar dari situ. Aku balik pejabat kemaskan meja aku dulu barulah keluar. Niat nak mengayuh basikal petang nie tak jadi sebab aku balik lewat sangat, walaupun epu ajak aku berkayuh pada malam nie tapi tolak dengan alasan aku letih...mmg pun aku rasa letih benar petang nie. Aku sebenarnya tak berapa suka berkayuh malam2 nie, bahaya sikit dan aku tak boleh nak lihat pemandangan di sekeliling kita. Dok main gelap gelita nak buat aper benda baik aku dok rumah layan pukul tv. Aku sampai rumah pukul 7:15 malam...malam nie aku terasa nak makan roti tempayan kat restoran najah depan Nasrom. Roti kat restoran dia lembut dan kuah nya pun sedap. Kat sini ada dua jenis kuah yaitu kari daging cincang dan juga kari kambing. Malam nie aku pilih kuah kari kambing...embbeeekkkk!

Kalau Anda ke Kota Bharu

Sekarang nie dah masuk cuti sekolah dan juga musim orang jalan jalan cari makan...banyak tempat kat Tanah Melayu nie kita boleh pergi samada nak pergi kat pulau,gunung,hutan,tasek dan macam2 lagi...eh! ko orang tak nak melawat kubur ke? aku baru ajer pergi,pagi rayer yang lepas...hehehe.

Kalau kau orang nak bercuti,salah satu negeri yang menarik ialah negeri kawe...Kota Bheru ler tu...knp menarik? ada beribu sebab tapi aku pendekkan ajer, kalau aku cakap lebey2 pon kau orang bukan nya tahu sangat...jangan mare yer! Knp anda harus datang ke KB pada masa nie...

1. Sekarang nie musim tengkujuh dalam bahasa orang putih disebut 'museng bah'. Kat sini kalau musim bah,time orang sini main air. Kalau nak rasa macam mana raser nya orang main air bah nie,time nie lah you all kena datang...tapi aku tak janji ler keselamatan kau orang, pandai2 ler jaga diri sendiri dan satu lagi itu pun kalau banjir nya tak besar macam tahun 67 dahulu (bah air merah)

2. Kos sara hidup kat sini murah, baik dari segi perbelanjaan untuk penginapan,makanan dan juga untuk membeli belah. Kat sini rate hotel antara RM30 keatas...kalau nak best kau orang boleh pilih 4,5 star hotel yang tak berapa banyak kat sini. Kalau kau orang tak tahu nak menginap atau nak cari hotel budget,rajin2 ler tanya aku...aku boleh point kat maner ataupun senang2 boleh datang kat tempat aku nie. Kat sini banyak rumah tumpangan yang selesa dan harganya antara RM80 keatas. Rumah 3 bilik siap ada ruang tamu dan dapur untuk memasak! amat sesuai kepada family yang tak ramai. Kalau nak lebih info sila klik sini.

3. Banyak pilihan untuk tempat kita pergi membeli belah. Antara yang tersohor ke saentero malaya ialah pekan Rantau Panjang yang bersempadan dengan pekan Golok dan Pengkalan Kubur yang besempadan dengan pekan Tak Bai. Disekitar bandar KB pun banyak tempat untuk membeli belah. Kalau nak beli kain batik sila pergi ke Bazar Buloh Kubu, Pasar MPKB atau sepanjang jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan, kalau nak menjamu selera pergilah ke Pasar Siti Khadijah yang unik tu...kat sini hampir 90% peniaganya dari kaum perempuan...Kalau pergi ke Pasir Mas jangan lupa singgah kat Pasar Mundok yang berhampiran dengan stesyen keretapi Pasir Mas.

Pasar Siti Khadijah

Sebut pasal makan nie, kat sini ada banyak tempat2 special yang jarang pemandu pelancung bagitau kalau datang bekeluarga lagi lah tak tahu...me sini aku nak bagitau!

White House terkenal dengan roti bakar,kopi O dan telur separuh masak nya. Dia buka pada sebelah petang sampai pukul 12 mlm ajer...ada lagi 2,3 tempat lagi kedai kopi yang tersohor kat sini tapi tak ada nama cuma ada nama giliran ajer seperti kedai 'milo tunggeng' abe nor pohon getah, Din Tokyo dll.

Kalau nak rasa nasi kukus dengan ayam goreng berempah aku syorkan pergi ke Kedai Nasi Kukus Abe Mie depan JKR, Haiqal Restoran di Peng. Chepa dan Nasi Kukus Zakini di Berek 12 dan jangan lupa berkunjung ke Nasi Air Mak Su Nab kat Berek 12 juga.

Pada peminat nasi sumatera, sila pergi restoran tersohor kat bandar KB nie yaitu Restoran Hoover kat jalan dato' pati dan alami lah pengalaman mengira bayaran dari pakcik aji kat saner dan satu lagi Restoran Muhibah dekat dengan pejabat PAS negeri Kelantan.

Pada peminat Laksam pula sila cuba makan laksam baiti di Panji, ca kue kerang pula kat Tanjung Mas, Peng. Chepa, Nasi Lemak goreng puyuh di depan Sek. Men. Kubang Kerian (dekat ajer dengan tempat aku tinggal) Roti canai cotek kat Stadium, Nasi Ulam (bukan nasi kerabu) di Kg. Kraftangan...kalau nak rasa budu tu macam mana,sila makan kat sini.

Itulah diantara tempat2 makan yang menarik di sekita bandar KB. Ada banyak lagi,kalau nak tahu contact ajer aku kat sini...

Haaa...apa lagi, meh lar datang kat sini. Kalau anda semua masih lagi tercari cari kat maner nak bercuti,sila lah kesini...kalau nak bersantai kat pantai atau pergi jeram atau air terjun kat sini bukan masa yang sesuai...musim tengkujuh wey! museng oghe make ubi rebus!

Kat sini semenjak dua menjak nie...hujan sentiasa turun pada waktu pagi, menyebabkan aku sentiasa lewat masuk pejabat kalau dah terlewat benar, akan timbul plak pasaan malas nak masuk pejabat macam hari nie. Kat pukul 10 pagi hujan barulah reda. Hari nie aku cuti lagi masuk pejabat...mood kerja ada rasa kureng sikit hari nie. Perut pun dah berkeroncong nie, aku pun start motor pergi beli nasi berlauk kak wok kat depan SKK3. Aku bungkus ajer...pas tu aku pergi makan kat gerai pok ogh. Aku masuk pejabat lama aku nak jumpa dengan zuki, rose bagitau dia keluar ada meeting. Aku baca paper kejap kat situ, lepas tu aku pergi ke kedai basikal Wan kat Demit. Borak2 dgn dia pasal apa lagi kalau tak pasal xtvt berbasikal kami. Dia nie minat offroad, aku plak roadbike ajer. Tengok2 accesories kat situ. Niat hati nak tukar crankset basikal aku tu kepada shimano deore XT...bila tanya harganya hampir mencecah kat RM500...terantut niat aku tu...tapi tak aper bila duit claim aku masuk, aku nak sambar gak!

Spec. Drive: Hollowtech II, Ring Size: 22/32/44T, Speed: 9Arm, Length: 175mm, Weight: 860g

Aku cuma beli head lamp dengan kunci ajer...lampu lama aku tu dah terbarai aku kerjakan, mulanya nak buka tengok2 ajer, pastu dengan tak semena mena tiiinngggg! spring nya terkeluar...ah sudah! nak masukkan dah tahu macam mana, godek2 punya godek tak masuk jugak dan dah tak menyala plak dah! at last kena beli yang baru...nie lar kalau berlagak nak jadi pakar...buah kurma!

Aku pulang rumah layan Ali Setan kat TV3 tu...nie cerita lama, sekarang pelakun utamanya dah berubah...Ogy sekarang dah bertudung dan si Azmil plak dah jadi pendakwah bebas...cerita nie mmg malatop pd masa tu...kesah percintaan kat kampus. Kesah2 macam nie mmg laku dan oleh buat box office! masa tu aku mmg suker sangat tengok story2 mcm tu...maklum lah masa tu aku masih lagi bersekolah dan remos nya pun masih tegak mencanak...skrg semuanya tu dah tak ader lagi...'cerah masa depan' orang kater...hehehe

Aku ke Billion kejap beli seluar yang tak sempat nak aku beli semalam, pastu balik rumah tukar pakaian bawa keluar basikal aku. Hari nie aku terserempak dgn 3 mamat china kat depan HUSM, aku cuba joint dan follow dia orang...fuuuhhhh! laju betul kayuhan mereka, aku tengok speedometer aku menunjukkan angka 32 km/h, aku cuma larat follow dia orang setakat 1 kilometer ajer, kalau aku follow gak dia orang boleh masuk CCU aku dibuat nya. Hari nie aku ikut jalan menuju ke Pantai Sabak,Airport, Bandar KB dan balik rumah...25 km!

ADUHHH...sakit nya badan

Malam tadi aku tidur kat ruang tamu ajer, malas nak masuk bilik tidur. Aku usung single bed anak aku tu letak kat depan tv...dok sorang2 nie ikut suka aku lar nak tidur kat mana pun, kat dapur ke, kat balcony ke, kat toilet ke...eh! nie dah melampau giler...ada ke orang tidur dalam toilet? ppssstttt! musim cuti sekolah nie, orang rumah aku hangkut sekali dgn anak2 dia balik rumah bapak dia ler..! raya hindu aku. Kalau dia baca blog aku nie, mamposss aku kena tidur kat luar seminggu dua...bukan takut bini tapi hormat dia daaa!
Pagi nie seluruh badan aku rasa sengal2, urat betis jadi tegang dan jalan pun terhencut hecut...tu lar sapa suruh kau kayuh basikal sampai tak hengat dunia semalam? perkara mcm nie biasa ajer...sehari du baik lah dia. Cuaca pada pagi nie kat tempat aku masih lagi mendung dan hujan lebat turun sekali sekala, kalau hujan cengini turun kat Shah Alam, aku confirm dah berlaku banjir kilat...hahaha
Pagi aku malas nak pergi pejabat lar...rasa2 nak balik ke K.Krai, rumah mertua aku, tapi tak confirm lagi nih, kalau kau orang tenguk blog aku nie tak di uopdate sehari dua,itu bermakna aku tak ada kat rumah lar tu...ok semua, gua chau dulu, nak manadi...hehehe! ...cont'd.
update!!!
---------
hehehe...aku terasa malas plak nak balik kampung mertua aku tu...setelah di +,-,/ aku pun mengambil keputusan aku tak mo balik. Sat lagi ada ler yang call marah2...nasib ko ler telinga!
Niat hati nak pergi beli seluar kat KB Mall...ahh! ptg2 nanti pergi lah so aku start motor aku pergi rumah abang kat kampung aku. Lepak2 kat sana sambil makan t/hari kat situ. Dalam pada tu aku guna pc abg aku untuk jenguk2 blog member2...IE dia ada prolem, tengah syok dok baca blog2 kat situ tetiba ajer dia kuar ke desktop. Nie tak boleh jadi, jadi aku ambil keputusan untuk install IE7 kat pc dia...biar dia gempak sikit. Lepas selesai install IE7 dan godek sana sikit,situ sikit,sini sikit aku pun restart balik pc tu...aiyarrrrkk! dia hang plah dah! nak masuk windows tak dapat...tu lar! try 2,3 kali tak jalan jugak. Aku off terus pc tu, tapi tak aper abang aku tahu nak install balik windows, itu pun setelah bergelas gelas air aku keluar dok mengajar dia. Jadi benda2 mcm nie aku serah kpd anak murid, tok guru dok diam2 dan buat dek ajer lah...tak gitu abang!
Pkl 5 ptg aku balik ke rumah aku, OTW balik aku tengok cuaca ok ajer...walaupun baru ajer lepas hujan. Boleh lar aku mengayuh basikal ptg nie...so kena cepat2 sikit pasal dah dekat 6 ptg nie...sampai rumah ajer, aku terus salin pakaian dan bawa keluar basikal aku tu, lepas check semuanya ok...aku terus mengayuh melalui jalan Wakaf Stan - Kota Jembal (Kedai Lalat) - Panji - Lundang (kat sini berangin nak hujan) dan terus ke Bandar Baru Kubang Kerian (tempat tinggal aku...) Cukup satu round, aku tengok meter kat basikal aku tu menunjukkan angka 19.8 km...mengambil masa sejam. Sampai ajer kat rumah, aku terus masuk kedai Kak Zan beli air tin...kering tekak! tak lama lepas tu hujan pun turun...ngam! ngam! I tell you...Kak Zan nie seorang peminat sukan lasak juga tapi dalam bidang lain yaitu mendaki gunung. Dalam bulan June lepas dia pergi mendaki gunung kat banjaran everest di Nepal. Lasak betul dia nie...aku plak tak pernah rasa mcm mana rasa nya mendaki gunung nie...yang pasti nya rasa letih! hahaha...suatu hari nanti nak cuba jugak mendaki gunung ayam kat Jeli tu...
Pagi nie aku nak buat kayuhan jarak yang 'radikal' sikit, aku nak tahu stamina aku setakat mana...agak2 boleh tak aku joint group lasak peringkat ke 1000..! hehehe
Kebiasaan nya aku mengayuh dalam jarak sekitar 15-20 km ajer, keliling bandar Kota Bharu ajer! tak berapa thrill lar...hari nie aku nak buat perkara yang boleh mencabar minda aku sikit..
Sekitar pukul 8 saiful dah datang kat rumah aku...time2 cengini dah dikira tengahari, sebelum tu ambil sarapan kat gerai abg. din...aku cuma makan sebungkus mihun + secawan kopi tongkat ali, nak makan banyak2 takut terkeluar kat tengah jalan nanti, baru haru dibuatnya.
Pereksa basikal dulu...tekanan angin dlam tayar ok! belek2 apa yang patut kat basikal aku tu... selepas memakai suite safety spt helmet,glove dan kasut yang baru aku beli semalam aku dan saiful pun memulakan kayuhan bermula dari rumah aku. Kami melalui Jln. Pasir Hor dan akan melalui pekan Kedai Mulong, Nilam Puri dan Batu Lapan sebelum buat stop yang pertama kat kg. aku. Aku mengayuh dengan kelajuan yang sekata ajer, antara 18 km/h - 30 km/h ajer. Purata kelajuan yang aku buat sekitar 22 km/h. Sesampai ajer kat kampung aku...aku terus ke rumah abang aku untuk membuat stop yang pertama. Labu peha dan punggung aku terasa kebas betul...jalan pun jadi terjingkit jingkit. Fuuhhhh! letih yang amat. Abang aku ader kat bengkel dia sedang buat sarung golok. Terkejut beruk dia bila aku kabar kat dia aku datang dengan basikal sebab dia tahu adik dia nie mmg lembik. Abang aku sorang nie minat sangat dengan larian marathon. Cakap ajer kalau ada pertandingan larian marathon pasti dia pergi, tak kira kat mana di Malaysia mesti dia ikut serta dan acapkali dia suruh aku sertai sekali tapi biasanya aku tolak ajer...nak cari nahas! Aku sebelum nie mmg tak pernah pun lakukan apa2 senaman pun hatta jalan kaki keliling taman perumahan tempat aku tinggal sekarang. Masuk bulan nie baru ada xtvt sikit. Aku bukan apa, aku nie dah 2 kali diserang sakit dada tapi bila check kat sepital dia kata aku Ok ajer...
Aku rehat dalam sekitar 1 jam kat rumah abang aku. Dalam pada tu pun sempat ajak abang aku joint sekaki. Dia pun ada juga sebuah basikal MTB nie. Dia beli masa dia kerja kat Grik, Perak dahulu. Sekarang dia jarang kayuh basikal sebab tak ader kawan. Sebab tu lar aku ajak agar joint group aku...
Perjalanan pulang nanti aku nak balik ikut pekan Ketereh, Melor dan Peringat. Kira2 satu round ler tu...aku singgah kat 7 Elevan di Ketereh beli 2 tin 100 plus. Buat bekal penambah tenaga masa dok mengayuh nanti. Jalan Melor ke Kota Bharu mempunyai 4 lorong, jadi aku tak lah terasa bimbang sangat dengan kenderaan yang lalu lalang. Ada juga yang bunyikan hon kenderaan mereka bila dia melintas aku. Mungkin dia kami nie dalam kelompok pertama dalam satu pertandingan kot..! Mungkin dia orang keliru disebabkan cara pakaian kami seperti peserta dalam pertandingan lumba basikal... Bila terasa peha aku terasa kebas dan lenguh, aku slow kan sikit kayuhan aku. Paling leceh bila letih2 macam nie kena kayuh melawan arah angin... terasa amat berat sekali...mahu ajer aku turun tolak basikal ajer.
Jarak yang aku ambil hari ialah perjalanan pergi 28.8 km dan perjalanan pulang pulak 25 km, so jarak keseluruhan ialah 53.8 km..! kira ok lah tu bagi aku yang bertaraf amatur nie. Lepas nie aku terpaksa upgrade kan sikit lagi basikal aku tu supaya lebih ringan sikit seperti menukar tayar nya. Sekarang aku pakai tayar untuk off road dan satu lagi aku kena beli pant yang ada pelapik spun kat punggung tu, jadi tahan lah sikit sakit punggung dok atas pelana basikal yang keras tu.
update
-------
Malamnya pula Zaidi ajak makan laksam baiti kat Panji, best jugak nie...kena plak aku tengah kebulur sekarang nie. Aku order yang special yaitu laksam yang dicampur dengan serunding daging dan 2 biji telor puyuh...beesssssttt! thank daun keladi geng, kalau free belanja lah lagi...hehe...
Saiful call nak ajak aku ke bandar kejap. Aku sebenarnya malas, sebab tubuh aku nie masih lagi sengal2, mcm nak demam urat raser nya...namun begitu aku ikut dia juga, tak mo nak hampakan dia. Cuaca malam ni pun masih lagi spt hari2 yang lepas...mendung dan diikuti hujan lebat sekali sekala. OTW balik kerumah, aku singgah kat Hayaki Cafe. Salah satu cafe yang menjadi kegemaran aku. Makanan special aku kat sini ialah nasi goreng belacan...walaupun western food ada kat sini, aku lebih suka pada makanan tempatan kita nie...hiduuuup! nasi goreng belacan...! tapi malam nie aku tak order dia sebab perut dah nak full tank dah nie, aku cuma order cococino dan roti bakar berkaya ajer. Borak borak pasal kerja dan juga riding yang kita buat pagi tadi...pkl 11 malam, aku balik rumah...dan ZZZzzzZzzzz!
Morning2 lagi dapat call dari abang ipar aku yang dok kat K.Krai tu mengadu yang dia sekarang nie dah tak boleh nak berjalan dah disebabkan penyakit gout yang dia alami sejak sekian lama...kakinya tengah membengkak! jadi dia suruh aku ambil ubat dia kat Klinik yang biasa dia pergi dan bawa ubat dia balik pd esok hari...hmmm! ari jumaat nie aku tak dapat balik lar! ada hal sikit tapi tak aper wife aku balik bersama dgn anak2 aku nanti. Nampak gaya dalam cuti penggal yang dah bermula kelmarin, aku akan jadi orang 'bujang' kembali lar...uuiisshhh! best gak tu...tapi part yang tak bestnyer aku terpaksa makan kedai ler...!
Hari nie terasa nak 'mendandan' diri plak...jadi aku masuk kedai gunting favoutite aku, kedai dia sama level dgn. pjbt aku. Aku masuk ajer kedai tu,mr Rajoo pun tersengih kat aku. Aku cakap kat dia gunting rambut sama cukur dan dandan misai sekali...ssiiiaaapppp! sambil dia 'kerjakan' kepala aku, aku curi2 tengok siaran langsung persidangan UMNO kat tv dia. Selepas semuanya selesai, acara ketuk bahu dan pulas kepala pun bermula...kiri! prraappp...kanan! prraaappp...fuh! lega rasanya. Muka pun dah berbau wangi...ntah bedak apa yang dia gunakan, maybe dari india kot!
Dok kat pejabat, saiful talipon suruh temankan dia makan kat gerai 'milo tungge' kat sini nama gerai dia pelik2 dan unit spt. kedai nasi berlauk pohon kekut, kedai nasi kepala katil, sup tok ayah, kedai kopi mata bulat....dll. Masa aku turun pejabat,aku temguk awan gelap, tak lama lagi turun ler hujan tu...
Pkl 1 lebih aku ke bandar jap, pergi ambil ubat dia kat klinik dan round2 pasaraya...aku beli sepasang kasut dan stokin baru untuk aku pakai masa kayuh basikal nanti...sebelum nie aku pakai kasut kulit,tak best lansung...berat! saiful call aku tunggu dia kat depan bank islam wisma abrar, dia suruh aku ikut dia ke airport, nak ambil contoh payong kat kedai pDRK kat situ, sebab nak chop logo pDRK kat payong tersebut.
Lepas tu aku terus ke Pasir Mas, nak jenguk tapak projek kat Taman Rekreasi Tengku Anis di Lubok Jong. Tmn nie sedang diupgrade, buat pagar batu, pasang tiles kat surau disitu dan juga pasang tiles kat jejantas konkrit yang telah sediada, tapi sebelum tu singgah di Salor makan nasi ulam kat situ. Nasi ulam kat sini bukan nya nasi kerabu tau tapi nasi yang disediakan ulam ulaman yang dicecah dgn budu yg dicampur dengan ikan tawar dan mannga putik...best! best!
Sedang enak dok makan, hujan turun dengan lebat sekali, tapi tak lar lama sangat, lama lagi aku makan. Masa nak bertolak pergi, aku beli cakue 2 hinggit nak buat bekal mengunyah atas kereta nanti...makan banyak tak aper, jgn tidur banyak udah ler... maap yer kalau ada yang terasa tu...hehehe
Malamya pulak, Zuki call aku suruh turun lepak dgn dia kat port biasa...kedai Era! tak lama kedian, en. syukri KUB joint sekaki, dia nak hantar contoh vest pDRK yang aku tempah baru2 nie...tu pun tak siap jugak lagi. Poket depan dan butang tak taruk lagi, tak aper lah nanti aku bagi kat saiful suruh dia komen mana2 yang perlu dibaikki lagi. Tengah syok dok borak2 hujan lebat turun mencurah curah...mmg sah dah nak banjir dah kat negeri aku nie!
Dalam pada tu, aku nie dok tunggu saiful datang,dia kata nak hantar basikal aku malam nie, jadi besok boleh ler kita kayuh kayuh cari sarapan pagi...sampai aku balik dia tak sampai2...buah kurma!
Cuaca hari, macam hari semalam juga, tapi tak hujan, cuma mendung ajer.. sebelum aku masuk office, aku dan saiful sarapan di gerai Pak Ogh dekat dengan tempat kerja lama aku dulu. Ajak Ir. Zuki,Dolah dan Zakri joint sekaki...pukul 10 baru pergi ke pejabat aku.
Singgah kat pejabat YCT, buat purchase order untuk steel truss rumah kedai Tuanku kat bandar KB tu. Masuk pejabat, letak computer aku kat atas meja,aku ambik drawing rumah chikgu Saiful kat Kota tu untuk 'return' balik ke MPKB. Aku kena ke Berek 12 dulu, untuk serahkan PO nie kat LYK Engineering. Selepas selesai urusan dekat situ aku singgah kat pejabat arkitek member aku terlebih dahulu,nak hantar drawing aku tadi kepada Zul. Aku biasa suruh member aku nie yang uruskan segala urusan pelan pelan nie semua, sebab dia ada cable kat MPKB tu...so cepat lah sikit! biasalah hidup zaman sekarang nie mesti ada cable kalau nak berurusan dengan mana mana jabatan, kalau tidak berjanggut lah kita tunggu satu satu kelulusan tu...aku sendiri pun tak tahu cara kerja diaorang nie...!
Pukul 2 petang aku tunggu abang aku kat pejabat. Aku nak bawa dia ke tapak projek aku di Tumpat tu. Aku suruh dia supply dan baik pulih dinding kayu mumbung 'Janda Berhias' yang sediada kat situ. Projek aku kat sini ialah membaikpulih bangunan lama di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara. Pada keseluruhan bangunan nie dibina tanpa menggunakan paku, kalau ada paku pun dia orang akan buat dengan menempa besi...sebab tu lah kebanyakan paku2 kat sini berbentuk 4 segi dan besar2 plak tu...mana2 paku yang tak dapat digunakan lagi,aku bawa balik untuk dibuat badik ataupun keris kecil. Besi lama nie mmg elok di buat benda2 tu, sebab makin berusia satu2 besi semakin banyak dan jelas pamor nya. Aku nak bagi kat abg aku yang sorang lagi tu. Dia nie mmg arif pasal besi dan batu permata. Kalau ada masa lapang ataupun hari minggu, kerja dia buat sarung keris ataupun golok dan juga canai batu permata. Aku pernah juga jual barang2 dia kat laman lelong...
Jam dah pukul 4 ptg, perut pun dah berkeroncong dan kepala naik pening...lapar banget! tak lapar mcm mana, pagi tadi aku minum dan ambil kuih sebiji sahaja. Saiful pun dah merungut lapar...OTW balik kita orang singgah kat kedai makan di Cbg 4 Tok Mek Ngah. Kedai kat situ tersohor dengan masakan belut, lagipun aku pun dah lama tak makan belut nie...
Sampai sana aku order paprik belut dan telur dadar dan kuah sup untuk kami bertiga. Makan sampai tak hengat donia...laper seh! bbbuuuurrrrpppp....alhamdulillah!
Mungkin kat tempat aku nie dah nak banjir kot!...every morning and day, always hujan lah... so byk juger lah kerja kerja kat tapak tak dapat dibuat. Buat masa sekarang tak ler hujan lebat sangat tapi memanjang ajer turun nya.
Pagi semalam masuk opeh pukul 10, sampai opfis aku on kan komputer ria aku tu dulu, belum pun sempat kuar desktop,saiful call ajak minum kat gerai Din Tokyo aka Din Sedap. Aku on ajer kalau cakap pasal makan nie. Pesan kat Aida kalau ada yang cari, katakan aku keluar sarapan kat bandar. Sampai ajer kat situ,aku tengok tak ader pun batang hidung saiful nie...pokok keranji betul dia nie! dia selalu mcm nie, kalau ajak beria ia benar,bila pergi kat tempat tu habuk pun tarak! aku sms dia, aku dah sampai dia reply 'K' aku makan sorang2 ajerlah...abg. din! nasi berlauk ikan sedap satu dengan teh tarik sedap satu... siapppp! kau orang nak tahu, abg. din nie selalu ajer tambah kat hujung order kita tu dgn perkataan 'sedap' bahkan time nak bayar...abg. din, nie duit sedap! hatta air kosong pun sedap... dari situ lah terlekat nama Din Sedap!
Habis makan, aku merayau rayau buat windows soping kasut sukan...nak pakai masa 'gateh' basikal nanti...Che Wan call aku, dia ada kat pjbt aku, tunggu aku nak pergi kat orang buat palong smoke absorber...dia nak buat satu untuk restoran baru dia kat Tg. Chat. Aku terus drive ke pjbt. aku. Bila selesai semua urusan, dia ajak aku pergi ke kedai peralatan pejabat pulak, dia nak order machine cash register dan fax...kat kedai nie, salah sorang staff dia kawan baik aku...lama betul tak tenguk wajah dia. Buat order dgn dia, dlm pd tu, mulut dia asyik dok mengomel kat aku pasal masa raya baru2 nie aku tak datang open house rumah dia. Macam mana nak datang, masa tu aku kena beraya kat kg. wife aku di K.Krai...dan satu lagi kenapa sms dia,aku tak reply masa tu...mcm mana nak reply, kalau dah masuk bukit....semua line tak ada coverage lar...alasan! tapi sebelum aku tinggalkan opeh dia,sempat juga aku ajak makan t/hari tapi dia tolak sebab dia puasa hari nie...solehah juga perempuan nie, baguslah.
Dalam sedang enak dok mkn, saiful call tanya aku dok kat mana, aku pun peta lah kat mana aku duduk sekarang. Tak lama dia sampai,joint kita makan bersama. Lepas makan aku follow like buffalo...si saiful nieh. Teman kan dia hantar sample tile dan scheme chat kat Istana Mahkota di Kbg. Kerian...nak bagi Raja Perempuan pilih mana yang beliau suka.
Nak berkayuh pun tak dapat...hujan!
Seandainya bumi Malaysia di serang by andromed

Tulisan nie saya paste dari laman tranungkite - kalau lah betul2 terjadi sadis gak dibuatnyer...apa yang pasti kita tak boleh nak nafi perkara begini akan berlaku di sebelah sini, itu semua bergantung kepada ketentuan dari Allah...

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas..ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat...Parlimen dan ADUN...Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi...yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Datang lagi pesawat musuh silih berganti.....

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia...muncung senapang ditujukan di kepala anda...

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....

Anda menangis ketakutan....

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa.... didepan mata!!!!
kawan-kawan...sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat...mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN.....BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia" -(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan...Kita semua patut bersyukur...kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut.
(Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" -(Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand)

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" -(Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Hujan Dah Mula Turun

Pagi semalam hujan turun lebat juga ler...kalau kat Shah Alam boleh jadi banjir kilat! so banyak kerja2 lapangan tak dapat nak dibuat.Aku dok 'saghi tumah' (sepanjang hari) kat Dewan Teratai di pjbt SUK, dok handle budak2 buat kerja2 menukar,mengganti,mengecat siling dan juga karpet kat situ sebagai persiapan menyambut kedatangan Toh Puan dari negeri Sarawak pada 20 haribulan nanti.

Pkl 5 ptg baru keluar dari pjbt SUK, hujan masih belum 'seghek' lagi tapi tak der lah lebat sangat cuma renyai2 ajer. Aku dengan Saiful pergi jumpa Yusrie kat pjbt istana Balai Besar nak bagi drawing setor barang kat pejabat tersebut. OTW kesana, dia call suruh jumpa kat Muzium pulak dah! Dia dan Engku Azman (Tim. Pengarah Muzium) nak pergi ke Tumpat, cari 'dinding sasak' untuk dijadikan backdrop pentas kat dewan pameran sempena lawatan Toh Puan nanti. Aku dan Epu lepak kat gerai dlm muzium..."Kak Mah! mee goreng 2, teh tarik 2..." SIIAPPPPP!
11/11/06
---------
Pada sebelah pagi aku balik kg jap! hantar contoh bingkai kayu dinding ke furniture dia. Aku order dengan dia. Ada lar dekat sejam aku dok kat rumah dia sambil borak2 dgn dia. OTW balik, singgah kat pekan Ketereh. Hari nie ada pasar tani kat situ...so ramai ler orang keluar membeli belah kat situ. Aku terserempak dgn abg. Moin dan kak Mah kat kedai kopi Pok Mat. Kedai kopi sedara dia,kedai kopi sedara mara aku jugak...tak gitu! 'melekat' kat situ hampir 2 jam...dgr story dari kawan diaa yang nak naik haji pg 16/12 nanti...aku dengar ajer laaa!
Balik ke pjbt pukul 2, tunggu chikgu Heng datang bawa geran tanah kat kg. Beris Kubor Besar. Dia suruh aku cari buyer. Bila dia orang balik, aku kemaskan meja,lepastu tutup pjbt balik rumah. Pkl 3 lebih, saiful dtg jemput aku kat rumah, pergi ke melawat tapak projek di Kg. Dalam, Tumpat. Dekat pukul 5:30 ptg. balik.
Singgah kat kedai basikal, mahu ambik sebuah. Niat nak beli basikal nie mmg dah lama aku dan juga bekas bos aku, Ir. Zuki dah lama berpakat nak beli basikal nie tak tak terbeli jugak...sampailah ke hari ini...bukan aper, sibuukkk...ALASAN!
Aku beli basikal nie, niat nak beriadah lah sikit. Petang2 time relax tu boleh lah aku kayuh basikal 4,5 kilometer! ...mampu ke aku nie? Satu lagi kenapa aku 'terpaksa' beli basikal nie ialah kerana nak joint member2 aku yang 3 orang tu, dia orang nie berkayuh pd waktu malam dengan Tengku Bendahara Kelantan...kami panggil dia Tengku TT ajer! Nak menambah lagi bilangan jemaah, diajak nya aku sekali, jadi terpaksalah aku ikut...pada hari tu, terbanglah jugak kat RM1500 ringgit. Basikal hampir RM850, accesories lain spt helmet,glove,baju,seluar,head lamp dan upgrade itu ini, mencecah gak RM1500. Itu kira dah murah, basikal member aku,Yusrie tu harga nya hampir RM12 ribu termasuk kelengkapan lain...pergghhh! kaya sungguh dia orang nie...
Dia orang mahu aku berkayuh malam nie jugak, aku kata mana boleh..aku nak test power aku dulu...larat ke tak larat!
Bila dah ada basikal nie, timbul plak minat nak berkayuh. Pagi pagi lepas solat subuh, aku berkayuh keliling taman perumahan aku nie...best gak! orang kata beriadah sambil menjaga kesihatan...lepas nie aku nak joint kelab kumpulan basikal Kelantan!
12/11/06
----------
Semalam tak masuk opeh...saiful dtag amik aku kat rumah. Hari nie ada kerja kat pjbat SUK Kelantan...kerja2 mengecat semula siling dan tukar permaidani kat salah satu dewan kat situ. Kemudian pergi ke Tumpat. Pkl 8 mlm...baru sampai rumah. Letih betul...!
Masuk pejabat awl sedikit, pkl 9. Sampai pjbt terus jengah kat henset aku...semalam aku terti nggal kat pjbt. Habis 'bising' sebab, aku tak jawab call dia orang...bukan nyer aku sengaja,maaf yer semua!
aku call semua number2 yg. 'miss-call' jenuh aku bagitau aku tertinggal henset nie kat pjbt! ada gak yang suggest kat aku..."ko rantai ajer henset kau tu kat mana2 badan kau, gerenti tak tertinggal punya"...hehehe! ada gak yang suruh aku pakai henpon yang besar bagak mcm bekas air tu....sadisss betul dia orang! ok lah nanti aku tukar kpd yang model besar dan skrg dok tgh berkira kira nak ambil nokia comunicator 9300/9500...kau orang jgn jealous plak yer!

Hari nie aku banyak dok buat kerja2 'runcit'...pergi ke asrama budak2 tahfiz kejap, pas tu pergi dok lepak kat kedai kopi Din Tokyo kat Hotel Temenggong tu...order telor separuh masak 2 biji dan air teh halia+telur puyuh...baru ajer nak suap ke mulut, Haji Mahadi call aku yang dia sekarang dok tengah tunggu aku kat depan Bank Islam di Wisma Abrar...kalau nak duit dtg ler, lepas nie dia nak kelain tempat plak! Nak bagi duit...nie kena cepat kang melepas bila plak dia nak bagi entah ler....syrup! syurup! tak sampai 30 second semuanya selesai, aku terus pergi ke tempat dia. Duit nie sebagai komisen sebab aku lobi member aku ambil kayu kat sawmill dia dgn jumlah yang banyak...best gak jadik orang tengah nie. Kerja tak penat tapi bayaran nya lumayan gak. Borak2 dgn Haji Majid kejap, pergi ke kedai kain di Kubang Kerian. Ambil bil untuk baju kemeja.

Waktu makan...aku ke pejabat pos, jelaskan segala mcm jenis bil. Pergi bank, simpan duit lepas tu naik KB Mall bayar bill telephone dan beli 2 kpg cd software kat kedai komputer yang ada kat situ. Balik pejabat, kemaskan komputer aku dan tutup pejabat. Hari aku bukak separuh hari sebab lepas nie aku kena pergi hantar tender report ke pejabat YIK di Nilam Puri pukul 3 ptg nanti dengan Ir. Zuki....bila semuanya selesai aku lepak kat pjbt member aku tu sebelum balik rumah dan update blog aaku nieee...

Call dari classmate aku

Pagi semalam aku dapat call dari salah seorang classmate lama aku masa kat Sek. Men. Ketereh sessi 1981 dulu... lama betul aku tak jumpa dia nie, hampir 23 tahun jugak tu..! group aku nie seramai 4 orang kesemuanya yaitu Nik Azhar, Jefri dan Rosli. Kami nie mmg kamcing... kemana mana mesti berempat. Hmmm...mungkin peel perangai kami semua satu kepala. Bila habis SPM, result kita orang 'ciput' ajer dan aku pulak BM tak kredit, jadi tak cukup group...maklum lah kami nie dari aliran sains. Keputusan nak masuk aliran sains dahulu pun bukan pilihan aku sendiri tapi atas rekomen saudara mara aku ajer walaupun aku tahu result SRP aku tu mmg melayakkan aku masuk aliran sains.
Jadi kami semua mengambil keputusan untuk ambil sekali lagi dan kami semuabelajar kat sebuah sekolah swasta di bandar Kota Bharu. Disebabkan jarak tempat kami belajar dengan rumah kami semua jauh, kami menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat kami belajar. Lepas belajar kat sini lah, kami semua berpecah membawa haluan masing masing, sehinggalah terputus hubungan.
Mcm. Nik Azhar, sekarang dah jadi guru, walaupun kita orang dok satu pekan, aku sendiri tak pernah jumpa, bila sekali kala aku balik kg. aku... si Rosli pulak, hilang tanpa dikesan! dengar kabar dia sekarang bekerja dengan Plus kat Negeri 9. Aku cuba juga jejak dia kat kg. dia di Pantai Senok tapi tak berjaya...sampai lah sekarang!
Kawan lama yang call aku semalam ialah Jefri, dia nie pun dah jadi guru dan sekarang mengajar di salah sebuah sekolah menengah sains di Kuantan, Pahang. Aku tanya dia mcm mana dia boleh dapat no. henpon aku nie, dia kata masa raya baru2 nie dia datang cari aku kat kg. aku dengan nik azhar. Dia tanya kakak aku, Buck ada kat rumah ke tak? Buck?!! Buck mana? kawan2 aku nie pun satu hal, mereka suka panggil aku dgn nama tu,walaupun aku sendiri tak pernah guna nama tu...hinggakan tercengang2 kakak aku dibuat nya. Baru dia teringat nama aku sebenar...barulah kakak aku tahu.
Kakak aku pun story lah kat dia orang dgn penuh perasaan, sebenarnya aku nie dah lama pindah dari kg. ni dan sekarang dok menetap kat Bandar Baru Kubang Kerian di Kota Bharu. Cuma hari minggu ataupun ada kelapangan masa sahaja dia balik kampung menjengah kakak dan abang2 dia kat sini. Lalu kakak aku pun memberi no. henpon aku dengan riak nya kepada kawan2 aku tu... kenapa lah kau orang semua datang masa aku tak ada rumah, kalau tidak boleh lar aku bagi duit raya kat kau semua...lima puluh sen! lima puloh sen!
so...aku ajak lah si jeff nie dtg kepejabat aku, bila dia berada di K.Bharu nanti. Dia kata nak datang tapi sampai lor nie pun tak nampak batang hidung dia lag...mungkin dia sibuk kot?

Cara install WMP 11

Kat sini aku nak bagi tip bagaimana cara nak install wmp 11 kat pc kau orang semua. Semua kita tahu kalau pc kita tu guna windows xp yang tak 'berlesen' mmg tak boleh nak install wmp 11 atau IE7. Jadi sebelum nak install benda2 nie, kita mesti bypassing and disable the genuine Windows validation of WGA terlebih dahulu. Dia ada bbrp method, so kat sini aku akan bertitahu method yang paling senang dan kurang teknikal yang di perlukan.
1. Untuk bypass dan disable the genuine Windows validation, kau orang kena godek2 registry dia terlebih dahulu. Jadi apa yang perlu kau orang buat ialah download file registry yang telah siap di modified kat sini. Bila dah selesai download, buat double click kat file tersebut dan press OK. Sekarang windows kau orang dah boleh di install dgn wmp 11 ataupun IE7.

2. Nak install wmp 11 nie, kau orang kena download terlebih dahulu software tersebut kat sini.

3. Bila dah siap download, extract file tersebut dgn menggunakan program winzip ataupun winrar. Pada yang belum ada program tersebut boleh lah download kat sini. Just type winzip atau pun winrar kat ruang search, tak lama lepas tu berlambaklah keluar benda tu...pilih lah yang mana kau orang suka. Aku rekomenkan kat orang semua,ambik ver. 3.6 utk winrar dan ver. 9 untuk winzip.

4. Go to the extracted folder, and execute (run) wmfdist11.exe.

5. Bila dah selesai, pc kau orang kena restart balik.

6. Pergi balik ke extracted folder tadi dan execute file wmp11.exe. Bila selesai buat proses tersebut, restart again pc kau orang.

7. Vooiiillllaaaa...sekarang pc kau orang dah terinstall dengan wmp11 dan apa lagi...gunalah!

nota: segala arahan yang diberi telah aku beri kat atas, telah aku test dan menjadik, so pada sapa2 yang tak berjaya atau pun pc dia jadi lari tunning ataupun kena format balik tu...aku tak bertanggung jawab...ahak!

Himpunan SMS Raya

Aku nie lama dah tak terima kad raya...nak terima macam mana, sebab aku sendiri pun malas nak hantar kad raya pada mereka...hahahaha! so hantar sms ajer lah. Nie ada beberapa sms raya yang aku terima pada raya lepas.

dari Aida dan Saiful
--------------------
Lapar Puasa terketar ketar,
Bila berbuka lega rasa nyer,
Kad Raya tak sempat nak hantar,
Dgn SMS pun dah kira OK lah yer!
nota: saiful forward ajer kat aku ucapan yang diterima dari Aida

dari Alex
---------
Membeli belah di pasaraya,
Sambil mengorat anak Pak Ali,
Kalu Posa Selamat Hari Raya,
Kalau tak posa sambutlah Deepavali.
nota: aku terima pada hari deepavali...kelakar betul!

dari Kamal Azizi
-----------------
Tersalah kata ku ucapkan sorry,
Tersalah laku jangan di marahi,
Hendak ku ucap Salam Aidilfitri,
Rupa rupanya baru Deepavali.
nota: nie pun pada hari deepavali jugak!

dari Raja Norhayati dan Ir. Nik Adi
----------------
Pasang pelita di Aidilfitri,
Nampak halaman berseri seri,
SMS diberi pengganti diri,
Segala silap Mohon di maafi.
nota: hantar sms raya yang serupa daaa...

dari Zaidi
----------
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat dan apa2 yang
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu.

Him Bomba
------------
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,
SMS di kirim tanda ingatan sekeluarga.

Che Mat Polis
--------------
Akhir Ramadhan di ufuk senja,
Aidilfitri disambut penuh mulia,
Tangan di hulur maaf di pinta,
Semoga perhubungan abadi di jiwa.

Pn. Nona JKR
--------------
Di Aidilfitri mulia, maaf di pinta andai nya:
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya yang tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERtikam kat mana mana
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena mena,
TERumpat bila bila dan macam2 lagi yang
TERsalah dan TERsilap.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

Pn. Kamariah
--------------
Andai jemari tak sempat berjabat,
Jasad tak kuasa bertatap,
Andai ada ucapan membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Di Aidilfitri ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf!

Zaid
-----
Semoga Syawal yang datang memberi kebahagiaan dalam hidup. Semuga kita dilanjutkan usia untuk bertemuRamadhan dan Syawal di tahun hadapan.

Wan Bomba
------------
Selamat hari raya maaf zahir batin. 0-0.

Mie
----
Perkataan yang cantik adalah ALLAH,
Lagu yang merdu adalah AZAN,
Novel yang menarik adalah AL-QURAN,
Diet yang baik adalah PUASA
Senaman yang elok adalah SOLAT,
Hari yang mulia adalah HARI RAYA.
Maaf zahir dan batin...

Kak Yah
---------
Selamat Hari Raya I'dulfitri. Maaf zahir dan batin. Semuga kita semua di rahmati Allah.

itu ajer lah yang aku terima pda raya kali ini...walaupun ada 2,3 sms dah pun aku terima pada raya tahun lepas...!

MINTA TOLONG...

Aku nak minta tolong pada blogger2 semua. Pada yang terror pasal coding moding, boleh tak kau orang ajar aku mcm mana nak create play list untuk radio blog aku nie. Aku dah cuba tapi tak jadi lar! minta tolong sangat2 nie...tolong yerk!

Nak bukak office tapi tak jadi sebab...

Semalam
----------

Pkl 9 lebih pergi ke Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri. Pergi jumpa TP yaitu Che Lah. Ambil dokumen tawaran tender projek Sek. Maahad Muhammadi (Perempuan) Pasir Pekan dan Asrama di Maahad Tahfiz Pasir Mas untuk buat tender report...kena buat dlm masa seminggu. Sempat ke tak nieeee..!!! lantak lah sebab bukan aku yang kena buat tapi QS. Nie kerja2 diaorang semua...yang penting hari Rabu ni aku mahu kesemua report tu siapppp!!!
Saiful call aku, ajak minum. Bab makan minum nie...aku ok ajer! rezeki jangan ditolak...lepas tu dia ajak aku pergi ke Wakaf Che Yeh, nak hantar kunci kios projek diraja. Hari nie orang aircond nak masuk pasang aircond kat situ. Dari Wakaf Che Yeh terus ke Kota Bharu. Singgah kat pejabat YM Tengku Aniza, ambik site plan projek Asrama Anak Yatim di Panji untuk majlis perasmian oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 11 haribulan nanti. Dalam pada tu, sempat juga Ku Niza minta tolong setting dan carikan driver untuk printer dia. Aku akan datang kembali pada hari Sabtu nanti...
Tengahari, balik rumah. Mandi2 dan makan. Pukul 2 stengah lebih aku ke Pjbt Ukur. Nak beli std syit dan juga PA, tapi sampai sana kertas yang aku write down no. syit dan PA tak ada kat dalam pokek seluar aku...mana pulak aku letak nie! paaappp! tepuk dahi, benda tu tertinggal dalam pokek baju aku. Tadi nak datang sini,aku tukar pakai baju lain....hampeh betul!
Tak apalah hari Ahad nanti lah aku beli.
Call Lah, nak pastikan dia ada kat pjbt ke tidak. Dia ada. Pergi pejabat dia, edit site plan yang aku amik kat pjbt Ku Niza tadi dan print A3 size sebanyak 2 copies untk aku bagi pada Saiful nanti. Dia nie jadi AJK majlis perasmian pada 11 haribulan nanti, so banyak lah benda yang dia suruh aku buat...Pkl 4 lebih aku turun dari pejabat kawan aku tu dan terus ke KB Mall...cari alat2 untuk pc kat rumah aku yg. dah lama rosak tu...