Clip Video Kenangan

Masa dok merayau kat youtube terjumpa plak clip nyanyian biduanita negara saloma...lagu nya mmg sedih terutama kepada mereka mereka yang pernah kehilangan insan tersayang..!!!



Rakaman ini dibuat dalam tahun 1981 oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) dalam program 'Irama dan Lagu'

Sebuah persembahan dari Biduanita Saloma yang menyentuh perasaan. 2 tahun kemudian, beliau pun pulang ke Rahmatullah...alfatihah!

XC Race Trail Chempaka

Lewat nak update...letih lah 2,3 hari nie!!!
Pukul 6:45pagi dah bertolak ke tapak pertandingan,singgah makan jap kat kedai makan kat situ...tambah power sikit,sebab kalau dah acara berjalan tak sempat nak makan ler jawabnya...Saya kena bahagian urusetia kena urus senarai peserta dan registration peserta baru.Peserta nie pun satu hal,kita dah tulis kat borang tu...tutup pada 8hb. bagi memberi masa kepada kakitangan urusetia buat senarai peserta dalam katogeri masing2 tapi tak diendahkan...ada yang call ajer bagi nama,duit pendaftaran bayar masa buat confirmation nannti pada pagi race tu...kita terima aje lah,kalau ditolak takut frust dia orang kalau diterima kita pulak yang kelam kabut jadik nya...

Malam sebelum pertandingan...pasang baner

Pukul 8:30 peserta dan penonton dah memenuhi segala ceruk trek kat situ. Target kita tercapai,kita anggarkan 70 orang yang akan menyertai nya nanti tapi lebih dari tu...79 orang! Satu permulaan yang baik untuk musim yang pertama nie. Disini saya ucapkan terima kasih kepada Pian kerana membawa anak buahnya dari UITM Machang seramai 18 orang!!! diikuti oleh kelab MSO yang diwakili oleh abang2 tentera laut kita kat Lumut, Perak...didalam nya ada lar 2,3 orang dari pasukan Letua...cheh! hebat juga trek nie!!! Saya sendiri pun pernah nampak dia orang ambik bahagian masa kat t.kenyir dulu...kalau kita buat sekali lagi race kat sini jangan lupa bawak anuar manan sekali yerrr!!!

Urusetia pertandingan...Ichang sedang lakukan hikmat berdiri tegak peringkat ke-18!!!

Gelanggang telah dibuka...

Acara dimulai dengan kategori junior bawah 18 tahun sebanyak 10 pusingan (20km). KMH diwakili oleh Omar dan Hafiz tapi DNF...masuk lap ke-4 ghaibbb...jumpa jumpa dok lepak sekali dengan marshal kat dalam trek. Kategori ini dimenangi oleh anak buah Rosli MSN dari P.Mas. Budak nie pakai beskal biasak ajer...siap ada tongkat beskal lagik pastu nie ler pestime dia kayuh beskal...! dan kedengaran dia nie akan diserap jadi anak didik che rosli kita nie dari majlis sukan negeri...dan tercapailah hasrat KMH ingin melahirkan bakat2 baru dalam bidang lumba beskal walaupun bukan KMH yang akan didik mereka tapi dengan menyertai race ini bakat mereka terserlah...!!!

Penonton...tapi tak semua dok atas pokok!!!

Lepas acara junior diikuti oleh kategori veteran (8 lap),peserta nya tak ramai cuma 15 orang termasuk satu orang DNS. kategori nie di ungguli oleh peserta dari KMH...en. rosli ibrahim a.k.a seli mas. Nama yang tidak disangka sangka akan menjuarai acara ini kerana sebelum nie pun kalau kita buat kayuhan jarak jauh sikit dia selalu merungut...jauh lar... letih lar... tapi pada pagi tu dia berjaya memeranjatkan geng KMH semua...tahniah! dan terima kasih kerana bagi RM100.00 untuk majlis meraikan kesemua mereka yang terlibat dengan race tu nanti.

Peserta acara veteran

Dalam trek...

Ini baru betul acara MTB ...mari tolak beskal!!!

Juara kategori veteran...En. Rosli Yusuf

Majlis berhenti rehat tepat pukul 12.30 tengahari untuk rehat,makan dan solat jumaat kat masjid bersebelahan trek. Saya balik rumah...

Acara waktu rehat untuk peserta dan ajk pertandingan...makannn!!!

Acara disambung semula pada pukul 3.00ptg diikuti oleh acara akhir yaitu kategori senior-12 pusingan (24km) Peserta mmg ramai dalam kategori nie,melebihi 30 orang! sesak trek chempaka dibuatnya. Macam hal boleh tenguk dalam acara nie...ada sorang peserta tu kayuh tanpa sadle,bila ditanya kenapa? dia jawab QR seatpost nya loose!!! asyik dok berpusing ajer,last last dibuang terus. Letih wooo...kayuh beskal tak ada sadle nie,nak duduk kat maner? Ada juga buat kayuhan santai selamba badak ajer...siap pakai seluar trek lagi!!! tak apa,tak apa...semangat nak masuk race dan berkayuh tu yang kita mahu bukan nya pakaian yang kita pakai...betul tak? Geng UITM pulak,siap buat group dan bersembang dan ketawa plak...hepi sungguh dia orang! lantak ko orang lah asalkan jangan dok ganggu peserta lain udah ler...!!!
Kategori nie dimenangi oleh abang abang tentera kita, group kita dapat no.5,tu pun sempat memotong pada last lap...tahniah Lan!

Peserta kategori Senior...

Aksi peserta senior...koner lepas tu baring!

Pukul 6ptg acara penyampaian hadiah.Cabutan bertuah diselitkan disaat saat akhir kerana ada orang sponsor barang2 kelengkapan beskal dan hamper! walaupun ada yang tak puas hati kerana acara cabutan bertuah kita tidak terima wakil dari peserta yang tidak ada kat situ...kalau kita kasi juga apa kata peserta yang sehari suntuk dok kat situ...serba salah kita dibuat nya!

Kepada pemenang, KMH ucapkan tahniah dan pada yang gagal tu cuba lagi tahun hadapan...insyaAllah kita akan adakan dengan lebih meriah lagi dan hadiah yang lebih lumayan dari yang ini. Kepada yang tak puas hati tu janganlah disimpan,itu kelemahan dari pihak penganjur dan maaf kan kami semua.

Kepada ahli KMH, janganlah diambil kira sangat atau terasa hati atas layanan atau beban tugas yang bertimbun. Tersalah cakap,tertengking,terkasar bahasa tu faham faham ajer lah...masa pertandingan mmg stress betul,terutama yang menjaga check point, buat bro Mizu dan Pechiko saya ucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik.

Kita jumpa lagi tahun hadapan...sebelum tu kita semua 0-0!!!!

Jumpa lagi...

Tiba Masa nya...

Setelah bertungkus lumus selama hampir 3 minggu membuat perancangan,meeting dan itu ini...akhir nya tiba lah saat saat itu...CABARAN TREK CHEMPAKA 2008 akan dijayakan pada besok pagi, bermula pukul 9.00 pagi-6.00 petang. Diharap tiada aral yang melintang,kalau mengikut rancangan yang di atur semuanya sudah siap sedia...

Baner hari pertandingan

Semalam kita orang keluar pasang dan gantung baner untuk hari pertandingan tersebut. Kesemuanya 4 keping. Satu kita pasang kat jln masuk ke trek yaitu di sebelah masjid Kg. Chempaka, dua keping kat simpat empat Chempaka dan satu lagi kat Bulatan Chempaka. Lepas semuanya siap selia, kita pergi minum kat Satay Jawa...

Acara untuk pada hari besuk adalah seperti berikut:

1. 9.00pg-10.45pagi --> xc race kategori Junior.
2. 11.00pg-12.30t/hari --> xc race kategori Veteran.
3. 12.30t/hari-2.30ptg --> rehat dan Solat Jumaat.
4. 3.00ptg-5.00ptg --> xc race kategori Senior.
5. 5.15ptg-6.00ptg --> majlis penyampaian hadiah dan bersurai.

Pada hari tersebut, pokcik ditugaskan sebagai ketua unit Urusetia dimana diantara tugas nya ialah registration peserta,protokol,tetamu dan juga makan minum untuk hari tersebut sambil dibantu oleh 3 orang lagi dibawah pokcik.

Disini pokcik selaku presiden kelab KMH ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pertama sekali untuk pemilik tapak trek ini kerana tanpa izin dari mereka trek yang hebat ini tidak dapat diwujudkan...tak lupa juga kepada para sponsor kita dari:

KRT Kg. Dusun Raja (penaja utama) Hardware Xpress,Creative Models & Design (kampeni pokcik nih...), Rosli Welding, JR-1 Avertising, Jasa Medik Sdn. Bhd., Mat Santan, Azli JItu Enterprise, Perusahaan Sinar Rhiyal, Hasyim Welding dan HDA Furniture.

Pada mulanya kita bimbang juga takut takut tak ada dah penaja yang sudi nak menaja bagi race ini selain dari KRT Kg. Dusun Raja, kalau tidak terpaksalah kita gunakan duit kelab yang tak seberapa tu...tapi alhamdulillah, mereka mereka diatas tu sudi menghulurkan sumbangan kat kita...terima kasih daun keladi, ada race bagi lagi....hehehehe!!!

Tag name untuk Marshal

Tag name untuk Safety

Tag name untuk Official

Bagi penyertaan pulak, kita target 70 orang dan kita mencapai target tersebut...ngam! ngam!
Mengikut pecahan kategori senior paling ramai diikuti oleh junior dan akhir sekali dari peserta veteran...

so...apa lagi! pada warga Kota Bharu dan sekitar nya, keluarlah beramai ramai ke trek Chempaka pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi suasana race tersebut dan ingin disebutkan ini adalah race yang pertama kali diadakan di negeri ini dalam kategori basikal bukit (mountain bike) bagi acara XC...!!! bagi mereka mereka yang ingin tahu apa itu XC dan ingin berjinak jinak nak kayuh beskal plak...meh datang sini dan jumpa pokcik kat khemah urusetia...rasa rasa nya ada...ok! jumpa disana besuk...!!!