KB Night: Shower of Lights

Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan datang lagi kalau dalam bahasa kat sini dia orang panggil 'Hari Pujo Umo'. Seluruh bandar Kota Bharu di hiasi dengan lampu hiasan dan juga pintu pintu gerbang oleh jabatan kerajaan dan juga swasta. Malamnya bercahaya dan bergermerlapan debgan cahaya lampu.

Semalam aku ajak kawan aku dan beberapa geng kelab KMH keluar gateh beskal dengan aku. Aku nak ronda ronda keliling bandar KB sambil tenguk lampu... Aku susuri jalan Pasir Puteh. Hanya kat sini yang banyak pintu gerbang didirikan, sebab ia jalan menuju ke Istana Negeri dan juga Istana Mahkota. Lain lain jalan ada jugak tapi tak sebanyak kat Jalan Pasir Puteh nie.

Aku konar masuk Jalan Telipot, kat sini ada satu lagi istana yaitu Istana Telipot yang di diami oleh Tengku Mahkota Kelantan. Kat sini ada sebuah pintu gerbang.

Perhentian seterusnya ialah perkarangan pejabat SUK kat Jalan Kuala Krai. Kat sini memang meriah. Sini memang menjadi port wajib kalau menyambut hari pujo umo. Perkarangan nya dihiasi indah dengan lampu2 warna warni.

Bulatan Jam Besar

Perkarangan pejabat SUK

Balai Islam Lundang

Lepas pusing pusing dan makan makan we all semua balik..!

CUTI DATANG LAGI

Bermula Khamis ini, di ikuti oleh cuti maulidur rasul dan bersambung dengan cuti sempena keputeraan al-sultan kelantan 2hari...semuanya 5 hari! huhuhuhu...best bagak!

Antara plan yang aku nak buat dlm cuti kali ini:
  • yang pasti...BALIK KAMPUNG!
  • trail rider kat KK...bukan Kota Kinabalu wey!
  • member ajak cangkul trail kat Cempaka

    ...tapi yang paling tak best, semua report yang tgh. aku buat skrg. kena submit pada 4hb depan....uwwaaaa! mana sempattttt....ada 2,3 report lagi yang tak buat. alang alang buat report,hantar yang mana siap ajer! kah!kah!kah!


  • satu lagi...banyak benor jemputan kahwin dalam bulan maulud nie, sampaikan orang rumah aku yang tolong ingatkan utk aku...mmg. punnn! selama nie dia ajer lah yang tolong peringatkan aku kpd perkara perkara penting...mcm seketeri (ejaan salah tu..!) plak! kalau ikut aku...semua hari tak ader temu janji!

    • Hampir seminggu blog aku nie tak di update. Dalam masa seminggu tu juga lah bermacam macam perkara yang berlaku:
      Streamyx kat rumah aku meragam lagi,
    • Aku sibuk dan
      Pergelangan tangan aku terseliuh.Jatuh beskal..!

      Semuanya dah ok, kecuali tangan aku ajer yang masih lagi terasa sengal sengal bila nak pusing.Dalam sakit sakit tangan sempat juga aku test ride basikal baru member aku,aku ride sampai pantai kemayan dan juga pantai senok.

      Semalam aku tidur rumah abang aku kat kampung. Ada meeting kat rumah penghulu.Aku malas nak balik rumah aku kat BBKK tengah tengah malam buta.

      Pagi nie pulak, ada meeting kat Ketereh,lepas meeting nanti aku balik lah...

      Saya keluar dulu...nak bersiap siaga dahulu dan pekena roti canai kat kedai abg. kob.....

    Pagi semalam, Farid datang jemput aku ke Tanah Merah. Ada client aku yang mahu buat rumah. Lepas pergi tenguk site dan kos pembinaan untuk rumah dia, aku chow balik melalui jalan Bukit Gading. Aku nak tenguk tanah lot yang orang suruh aku jual. Ada 10 lot semuanya.

    Sampai rumah pukul 2 petang, niat nak masuk pejabat sekejap. Aku on pc aku kejap, terus masuk laman web kelab MTB. Kat ruang sembang ada 2,3 member yang online. Chat dgn dia orang semua, pastu masuk lagi sorang girl dari Trg...apa lagi mengayat ler..! aku tak!!! aku tenguk2 ajer! sembang punya sembang, sampai pukul 3pm lebih...niat nak masuk pejabat aku cancel...nasib baik pejabat sendiri,kalau tak... dah lama dapat surat cinta..!

    Petang nya pulak, aku kayuh beskal aku ke PCB. Hari nie memang siot betul...bikin drop my water face larrr...! kesahnya? tak payah lah aku story kat ko orang semua...aku MALUUU WEYYYY..!

    TODAY - Rabu

    Pagi masuk pejaabat terus buat kerja yang dah menimbun banyaknya. End of this month semuanya kena selesai...report projek untuk diangkat ke Jabatan Warisan banyak lagi yang tak siap...plan rumah kedai MAIK kena hantar ke MDKKU dalam minggu nie juga...plan warehouse pun Mat Yie nak dalam minggu nie jugak, sedangkan hari ni adalah hari terakhir dalam minggu niee...adehhh...sakit betul kepala aku kalau dok fikir pasal kerja kerja yang tak siap lagi tu...seghabut weyyyy!

    Malam aku kayuh beskal dengan member2 kelab MTB. Kita orang semua mcm biasa lar...pergi ke bandar KB. Lompat sana,lompat sini...terbang sana,terbang sini. Puas melompat,kita semua melepak kat restoran terapung dekat Tambatan Diraja...kira restoran nie dah jadi port tetap kita orang semua...lagipun towkey kedai nie ada anak dara...lawa plak tuuu! ayat Malik... jangan tak ayat..! hehehe...

    Pukul 12 t/malam kita semua balik. Aku singgah kat gerai Era...minum sambil tenguk movie yang ntah aper aper tahhh...pukul 1 pagi baru naik ke rumah aku.

    Aku online...nak hantar gambar2 yang aku snap tadi kepada Malik. Masa dok tunggu email aku di sent, aku tenguk ada sorang bloger favourite aku sedang online...tapi tak leh nak chat lama2, sebab dia dah mengantuk banget katanya...sorry yer ganggu awk malam tadi..!

    nota: entah kenapa aku sejak akhir2 nie aku minat sangat kepada xtvt-xtvt lasak macam masuk hutan, kayuh beskal MTB kat dalam bukit bukau, mendaki bukit...dll. Minggu depan geng2 semua ajak nak kayuh beskal kat trail Tasik Kenyir...

    Camping di Lata

    09-March-2007 (Jumaat)
    Niat hati nak balik morning morning lagi tapi anak anak aku ada kegiatan kat sekolah masing masing sampai petang. Pukul 6:00 ptg baru dapat bertolak dari rumah aku kat Kbg. Kerian ke rumah mertua aku kat RPT Chenulang, K.Krai.

    Di pertengahan jalan menuju ke RPT Chenulang, waktu tu dah masuk waktu maghrib seekor ular sawa yang sebesar betis aku sedang melintas jalan. Panjangnya aku rasa dalam 12 kaki, sebab dari kepala ke ekornya betul2 melintang jalan. Mengelak macam mana pun, mesti terlanggar ular sawa tersebut. Aku sedaya upaya tak nak langgar tapi nak buat macam mana, akhirnya aku langgar bhg. ekornya...harap2 dia tak cedera teruk sangat. Kecut perut juga aku dibuatnya..!

    10-03-2007 (Sabtu)

    Hari nie aku akan joint group biras aku yang nak pergi mencari teras kayu kat kawasan lata. Kita orang akan bermalam disitu. Sementara menanti ketibaan ahli ahli yang lain, aku kayuh basikal aku menuju ke Pasir Jering. Lama betul aku tak lalu jalan nie, last aku lalu 5,6 tahun lepas. Bila jalan ke RPT Chenulang siap di tar hingga sampai ke Kesedar Baru, aku pun dah tak lalu lagi jalan tu.

    Pagi nie, aku pakai redah ajer..! jalan dalam ladang kelapa sawit nie, bersimpang siur macam jalan kat PJ! Kayuh punya kayuh...akhirnya aku sampai dan keluar ikut Telekung. Sampai kat Pasir Gajah aku cari kedai makan. Tekak aku kering sekering keringnya..! aku lupa nak bawa bekalan air..! alang alang minum, baik makan terus. Aku order nasi berlauk sama tea-o ais. Tengah tengah syok dok layan makan, tiba tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Bila aku toleh dan perhati...astaghfirullah..! rupa rupanya classmate aku masa form 5 kat SMK dahulu...Ismail. Dah hampir 26 thn kita orang tak jumpa..! Sekarang dia dah jadi guru dan mengajar di Pemberian (kawasan hulu). Dia juga sebagai kontraktor secara kecil kecilan. Dia ada kat sini pun kerana sedang membina rumah towkey kedai nie dekat Kolej Risda, Bukit Sireh. Dejat ajer dari sini... Dekat sejam juga aku dok berborak dengan dia. Lepas bertukar tukar no. phone aku minta diri dulu dan terima kasih kerana makan minum aku hari ni dia yang bayar...hehehe!

    Masa pulang kerumah aku ikut jalan Ladang Pasir Gajah. Dulu area nie penuh denga pokok getah tapi sekarang mereka tanam kelapa sawit pulak. Sampai ajer kat rumah, aku tenguk mereka semua dah sampai.

    Pukul 12 lebih barulah kita orang semua bertolak ke lata. Aku macam biasa lah, pergi dengan basikal aku tu.

    ----> cont'd malam nanti.



    Pagi semalam aku buat kerja kat pejabat member aku di Jln Telipot.
    Tengahari pergi makan kat nasi kukus Abg. Mie. Ajak Wan sekali,tapi dia dah makan. Aku paksa juga dia turun. Dia order air ajer..!

    Pukul 4:30pm, baru aku pergi ke pejabat aku. Aku naik kejap ajer...lepas tu aku balik rumah.

    Hampir pukul 6:00pm aku gateh basikal. Niat nak pergi ke Jambatan Salor tapi memandangkan masa tak mengizinkan, aku keluar ikut pekan Mulong. Masuk jalan kampung terus ke cabang 4 Limbat. Sampai kat Pasir Tumboh aku ambil jalan ke Pondok Telosan terus ke kecabang 4 Binjai. Aku tenguk dinstance nya tak sampai lagi 30km...so aku terus ke Kedai Lalat keluar ke cabang 4 Panji kemudian aku balik jalan ke rumah aku. Hari nie aku tak buat stop kat mana mana...menyebabkan tekak aku kering!

    Malam nya pula Saiful bawa datang 2 pasang tayar, satu utk offroad dan satu lagi untuk road biasa. Kalau sempat aku tukar petang nanti kalau tak aku tukar masa nak ride offroad Jumaat nanti. Jumaat nie aku balik K.Krai lagi..nak joint biras aku yang buat camping kat lata aku pergi tempuhari...buleh buat offroad lagi...best! best!
    Jumaat lepas aku balik kampung. Aku kayuh basikal ajer...orang rumah aku drive. Sampai kat kg. aku macam biasalah lepak kedai kopi Mat Tipah...hari nie tak ader org. kat kedai kopi dia...aku sorang sorang ajer! tapi aku sembang dengan tuan kedai ajer...

    Bila orang rumah aku sampai,aku terus bawakan kereta aku tu ke rumah Anwar Pomen...aku dah janji dengan dia nak hantar kereta aku untuk ditukar minyak hitam, ATF dan juga drive-shaft.

    Petangnya pula, aku jumpa dengan client aku,pasal plan rumah. Lepas semuanya selesai, aku balik. Pertengahan jalan FD basikal aku buat hal, tak boleh nak tukar speed. Aku paksa juga, at last skru dia....ttoinngggg! tercabut.

    Besuk hari (Sabtu) aku bawa basikal aku tu ke Wan Cycle, aku tukar FD aku tu ke set Shimano Diore dan crankset dia pulak aku upgrade ke FSA X-tream. Kena RM240.

    Hari Ahad- Sebelum balik rumah aku pergi kekedai kek. Aku beli Italian Forest buat isteri ku...sempena hari ulangtahun dia pada hari nie. Lain lain present tu,aku tak yah bagitau lah yer..!

    Petang nya pula aku test ride ke Pantai Irama Bachok. Balik melalui Tawang. Sampai kat simpang 3 Budi, tiba tiba ajer perut aku jadi lapar..! tenaga dah drop...biasak nya aku tak macam nie. Niat hati nak singgah makan nasi kerabu best kat Kedai Lalat tapi dia tak bukak pulak...tension betul aku! terpaksalah aku makan kat rumah tapi best jugak sebab malam nie, isteri aku ada masak makanan kegemaran aku...Nasi Bukhari! ermmm....best nya!
    Pagi nie aku ke Muzium, nak serahkan pre-design projek Gallery Lukisan kepada Engku tapi dia tak ada, pergi KL. Aku pun terus melencung ke JUPEM. Mahu beli CP tapak Istana Batu. Masa aku dok menunggu giliran...serempak dengan Nik Ramzie, pastu Tengku Ibrahim dan Farid. Mereka nie semua adalah bekas rakan sekerja masa aku kerja kat firm jurutera dulu dulu...kini mereka semua dah ada pejabat sendiri. Lepas selesai urusan kat JUPEM, kami semua turun minum kat gerai tepi bangunan JUPEM.Masuk pejabat pukul 11am lebih...

    Tengahari, aku balik rumah.Ambil telepon aku yang tertinggal...Pukul 2.30pm,aku balik ke pejabat.Kat pejabat, aku kena siapkan drawing rumah kedai untuk Majlis Ugama Negeri Kelantan dan juga rumah en.Apandi. Besuk dia orang mahu tenguk...

    Hampir pukul 5pm...Abg.Din DZ call,ajak aku minum kat bawah.Aku kemaskan barang2 aku,turun bawah minum dan makan popia goreng dengan dia.
    Pukul 6pm lebih,aku minta diri dulu,sebab nak pergi kerumah Che Mat.Orang rumah dia ajer yang ader...dia pergi kedai beli alat2 pancing! Aku tunggu kat bawah ajer,tunggu dia balik.
    Dia sebenarnya suruh aku tenguk pc anak dia yang tak boleh nak surf internet. Bila aku check...modem dia ada prolem,bila log in ajer,dia terus crash..! Aku syorkan dia beli modem baru.

    Malamnya pulak,aku services pc saiful kat rumah aku. Aku format HD dan buat fresh install win 2000 tapi aku buat semula sebab win 2000 tak friendly user...kat 2 jam lebih baru siap...itupun tak siap lagi,modem ADSL aku tak nak detect plak...nie yang buat aku maleh nak buat services pc nih...banyak benda yang kena check!
    Kalau dengan kawan kawan,aku tak minta upah...kalau dia nak bagi pun aku tolak...tak sampai hati lah nak ambik duit dgn member member nie...paling itupun aku mintak dia belanja makan ajer! susah bila berurus niaga dengan kawan2 atau sedara mara nih...tapi ko orang jangan ikut aku ler..! aku lain,ko orang lain...betul tak?