Cerita Pendek

Cerpen ini saya petik dari blog ketua perusuh. Satu kesah untuk renungan kita semua...

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.

“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.

“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya

“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa.

“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa

“Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.” dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Panggil kekamar bicara Menteri Pelajaran” bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula

“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu pelajaran ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?”

“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan” terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari Malaikat Pendakwa

“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.

“Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.

Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Perdana Menteri

“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab Perdana Menteri lemah.

“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.

“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.

“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa

“Tuhanku, Perdana Menteri ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pelajaran ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.” bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

“Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Moral nya...setiap perbuatan kita didunia ini akan dihitung hatta perbuatan itu kita anggap remeh...

Cakap2 Politik

Mengulas lanjut mengenai umpan kebendaan yang sering diulang tayang Umno, Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata..."hina sangatkah rakyat Kelantan sehingga ditawar wang begitu banyak semata-mata untuk memenangkan Umno..."

“Hina sangatlah kami di sini sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah.

“Lagi pun duit yang demo hendak bagi dengan bersyarat itu milik kerajaan atau milik Umno, kalau duit Umno ikut suka demolah,” katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium di sini awal pagi ini.

Najib ketika berkempen di sini, semalam dilaporkan berkata, kerana sayangnya Perdana Menteri kepada Kelantan, negeri ini menerima RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Mulai semalam, aku memulakan hari dengan aktiviti menegangkan otot dan jugak mengeluarkan peluh...mulai semalam bermula pukul 7:15am aku akan berkayuh mengelilingi kawasan sekitar taman perumahan tempat tinggal aku nie. Maklumlah pokcik nie dah berumur...tak macam kau orang semua, masih muda belia lagi...bila dah berumur nie, byk perkara yang perlu dijaga mcm kereta lama jugaklah...every 5000km kena service! tapi kita nie manusia bukan nya enjin! so kena lah buat hari hari.Sihat walafiat tu satu nikamt yang tak ternilai harganya...nak menjaga nya perlu komitmen dan semangat yag tinggi jugak lah...

Apa erti kemewahan,kekayaan sekiranya kesihatan kita hilang...dok terlentang kat katil atau setiap 3x seminggu kena pergi buat dialisis atau every month kena berkunjung ke hospital...fikir fikir lah! HIDUP MESTI SIHAT....

Petang semalam jugak,bangunan kat pejabat aku nie terbakar...nasib baik kat melarat sampai ke pejabat aku, namaun begitu aku dah bersiap apa yang patut, takut api tu melarat sampai atas...Panik juga dibuatnya...2 buah kereta bomba dapat mengawal kebakaran tersebut. Bila aku buat siasatan...api bermula dari lot kedai makan kat bawah. Bekalan eletrik terpaksa dipotong untuk mengelakkan lintas pintas...bergelap lah petang semalam...

Alhamdulillah...semuanya selamat!
Pagi ni kecoh betul, sebab dok cari suis motor aku yang hilang…ini mesti kerja anak bongsu daun keladi aku yang berumur 2 tahun lebih yang punya kerja nie!!! Habis ceruk rantau rumah digeledah tapi tak mo jumpak juga…kat maner lah anak aku nie sorok…Terpaksalah ngantor anak kesekolah dengan kereta (bukan aku pun yang ngantor nya tapi mama dia…hehehe!!!) biasaknya dia ngantor pakai motor ajer…senang boleh menyelit kata nya!!! tapi hari nie terpaksa lah dengan kereta…

Suis motor tu mesti kena cari sampai jumpa sebab itu ajer lah yang ada dan kat situ lah juga ada kunci setor,kunci pejabat,kunci rumah dna macam2 lagi lah sampai ke kunci beg laptop aku nie pun ada situ….sejambak macam kunci jaga kilang tochu...!!!

Si kecil aku nie pun bangun ler…biasaklah mula mula minta ‘neneng’ lepas abis semua tu, baru ler mama dia boleh nanya…”adik main kunci abah semalam letak kat maner?” dia pun terkedek kedek dengan selambernya ambik kat belakang kerusi meja komputer aku. Dia sangkut kat situ ajer…!!! orang rabun pun boleh nampak sebab terdedah 100%...!!! hok aloh lar…bakpo nyo aku tak napok tadi…puah dok doh cari, bekube lembe kain baju sapa ko bilik air mama dio caghi...

Aku sampai ofis dekat pukul 10 pagi…letak beg, aku pun nak b/fast kat bawah…alamak! Wallet aku pulak tertinggal kat rumah…waaa raso nok ssuko!!! Terpaksalah balik semula ke rumah, nasib baik rumah dekat…cuma 5 km ajer!!! Lepas tu ke pejabat lawyer, lepas pejabt lawyer ke kedai kain sedara aku kat situ jugak…ambik geran tanah dia kedian singgah makan pagi kat kedai favourite aku di jalan Dusun Muda…nasi berlauk, tea dan 2 biji telur separuh masak! bbuurrpppp!!! …..alhamdulillah! baru ler aku ke pejabat ukur kat bandar K.Bharu. Hampir pukul 12 t/hari baru naik ke pejabat.

Pukul 2pm turun kat bawah, Saiful ajak makan tapi aku order milo ais ajer…masih kenyang. Ajak dia ke Masjid Pulai Chondong yang masih dalam pembinaan tu…sebab tukang nak tenguk keadaan dan buat costing untuk pasang siling kapur kat situ, sebelum tu kena masuk Istana Mahkota dulu sebab nak urus penghantaran perabot untuk bilik Tengku Bendahara…lori perabot dok tunggu kat pintu masuk istana dah…selesai kerja2 kat situ baru ler aku bertolak ke Pulai Chondong…tu pun tukang jenuh dah dok call aku Tanya kat maner aku sekarang? Aku jawab…on the way!!! Jawapan favourite aku dan Saiful tu…hehehe!!!

Malam aku ke rumah Jani, pinjam laptop dia. Aku nak design signage untuk di tampal kat bodi van Mahaderas Food...kena siap ari nie jugak walaupun dah berbulan dia orang suruh...aku sibuk weyyyy!!! hari Selasa nie ada group manager meeting kang tak pasal pasal kena scold dengan CEO, buleh bikin drop my water face...!!!
Pagi semalam selepas subuh tak tahu nak buat apa...nengok Laman Nurani at TV3. Nak buat apa yer...tingggggg!!! idea dah datang. Aku nak kayuh beskal. Lama betul aku tak kayuh beskal pada waktu pagi nih! Kali nie aku nak kayuh ikut route Jalan Wakaf Stan-Kota Jembal a.k.a Kedai Lalat terus ke Bdr. Baru Kbg. Kerian...rumah pokcik ler tu! Satu pusingan,lebih kurang 25 km! ajer...

my white Proton T-Bolt

Pukul 8:30am misi tu pun selesai...simpan beskal kat store,kedian aku bawak keluar Haro X6 si Saiful. Nie beskal dia...tapi tinggal kat umah aku. Kesian dia...tuan dia jarang2 guna, dok berhabuk dan bersawang kat dalam store...so pagi nie aku bawak beskal dia ke kedai makan!

Petang nya pulak, balik ke kg. aku kat Ketereh. Saja saja ajer nak negok anak buah. Aku biasaknya lepak kat umah abang aku kalau kesana. Ari ni semua anak saudara aku ada kat situ sambil dok menyiapkan masakan laksa. Langkah kanan aku hari nie...nak buat kenduri arwah ke nie! bukan lerrr...hari nie ada orang nak masuk merisik si Noni. Mcm di janji janji, abang aku dgn family nya yang tinggal kat T.Merah pun ada sama. Jadi pada hari nie, dia lah yang jadi jurucakap bagi pihak kami... Alhamdulillah! majlis berjalan lancar pada hari tu...

Pesta Memancing Mahaderas 2008

Kalau di ikutkan aku kena balik ke kg. mertua aku kat RPT Chenulang tapi apa kan dayo...hari nie kena pergi menjayakan majlis kat atas tu.

Morning2 dah keluar, singgah beli suffer kat pekan Gunung. Pukul 8am dah sampai kat lokasi di kolam memancing Mahaderas kat Kg.Jelor Hilir, P.Puteh. Pemancing dah ramai yang datang. Ada yang datang bawak family... Apa apahal pun aku kena breakfast dulu kat situ...

Hari ini aku kena jadi hakim dan unit ronda keselamatan tapi bertukar saat akhir...kena jadik tukang pencatat berat ikan plak dah!!!

Pestime nih aku terlibat secara langsung dalam pertandingan memancing. Selama ini aku hanya jadi peserta sahaja...Pukul 9 pagi pertandingan pun bermula. Pukul 9:03 minit dah naik ikan pertama...cepat nya dia nih dapat ikan!!!

Makin lama makin ramai yang dapat ikan...kalau sorang2 tu tak kesahlah, sempat gak nak catatkan berat dan masa ikan dinaikkan...ini tidak kadang2 sampai 5 orang bawak ikan ke meja aku utk di rekodkan...kelam kabut dan gelabah haru biru aku dibuatnya!!!

GAMBAR2 DISEKITAR PERTANDINGAN

Nie ler kolam tempat pertandingan yang mana luas nya 2.6 ekar!!!

Cik Azira, Pengurus MATTC ...ini baki nya bang!...20 darhammm!!!

no.joran? berat? masa?...itulah soklan utk 2 jam aku dok situ.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH OLEH DIRECTOR2 KUMP. MAHADERAS S/B

En. Zamzuree...CEO Kumpulan Mahaderas S/B

En. Jamsani Dato' Khalid...Chief Director Kumpulan Mahaderas S/B

En. W. Zailani...Director Buss. Development Kumpulan Mahaderas S/B

Dr. Niny Fariza...Director Ladang Ternakan Lembu Mahaderas S/B

En. Radzuan...Director Mahaderas Food S/B

En. Zulkifly... jawatan? errr! errr...!

Majlis tamat pada pukul 12 t/hari. Sebelum bersurai bos panggil semua AJK yang terlibat pada hari tu untuk beri komen kepada pertandingan hari ni...dia puas hati majlis berjalan lancar tapi kecewa sedikit kerana target peserta tak sampai namun masih boleh buat untung lagi pada hari tu... post mortem akan dilakukan pada weekly meeting pada hari selasa nie...

My Heart Reward + Nice Matter Award

Pergh..!!! ada jugak pembaca blog aku yang tak seberapa xtreme nie nak bagi reward. Apa apa pun pokcik rasa bangga gak lah kerana ko orang bagi tu...trimas geng!!!

I got this award given by kelat

and this given by kujie

and I awarding this award to anyone who reads my blog especially my loving friends:
  1. kelat
  2. zayda
  3. tipah
  4. kiki
  5. cikgu panji
  6. adledash
erkk!!! siapa lahi hah? kalau yang tak dapat tu harap hubungi pokcik dgn segera dan jgn lupa sertakan sekali setem 20 sen...hehehe!!! pokcik tengah kering nihhh...

harap2 you all sudi lah menerimanya...

you all perasan tak?

Kayuh dan kayuh...

Semalam ramai geng KMH yang pergi outstation...tuan presiden ke Lata Belatan...pergi panjat Gunung Tebu. Cikgu Mie plak, bawak anak muridnya pergi camping. Malik plak...aku tak tahu apa nak cakap dengan dia nie sorang, sejak ada couple nie...masyuk ajer!!! ajak kayuh beskal pun dia cakap tak boleh arrr...kawe sibuk! Sibuk ada makna tuuuu...!!!

Siap sedia nak test trail...

So, 2,3 kerat lagi yang tinggal nie pun berpakat lah nak pergi ke trail Cempaka yang telah lama kami tinggalkan...hutan nya pun dah ada kayu balak gamaknya!!! Pada sebelah pagi, semuanya pakat nak kesana, cuci trail dan juga buat warming up...

Mizu dengan Santa Cruz nya sedang beraksi...

Ada lar...kat 12 orang yang hadir, tapi kebanyakan nya bawak beskal masing2 bukan nya bawak chok cangkul atau parang...kita nak menebas belukar larrr!!! tak kan nak tebas pakai beskal...apa larrr ko orang semua nie. Pokcik pun bawak beskal gak!!! hehehe...

Masa pokcik bersin pun kau orang snap...aaahhhh chummmm!!!

Sebelah petang, kita orang semua janji berkumpul kat cbg 4 Panchor...buat XC ke Pantai Kemayan.10 orang kesemuanya. Pokcik yang jadi leader...sebab kebanyakan nya tak pernah lalu kawasan nie...aku bawak keliling kampung. Sekarang musim orang tanam tembakau...ramai yang keluar dok tak tanam tembakau...cantik gak scenic area kampung nie. Areaa Bachok nie memang tersohor dengan ladang tembakau...pengeluar daun tembakau terbesar kat Malaysian datang dari kawasan ini... Hampir 100% penduduk kawasan ini menanam tembakau selain dari jadi nelayan.... just for your information ajer!

Kiri kanan jalan batas tembakau...

Pantai Kemayan ari nie penuh dengan pengunjung, kami dok melilau cari meja kosong...nak basahkan anak tengkuk yang kering tak hengat dunia!!! aku order air tuak! yang lain lain tu...lantak dia orang lar nak minum haper!

Malam nie ada xtvt Qiamulail kat kampong aku...tak pergi! badan dah longlai macam sayur kangkung kena pijak kambing!