Morning2 lagi dapat call dari abang ipar aku yang dok kat K.Krai tu mengadu yang dia sekarang nie dah tak boleh nak berjalan dah disebabkan penyakit gout yang dia alami sejak sekian lama...kakinya tengah membengkak! jadi dia suruh aku ambil ubat dia kat Klinik yang biasa dia pergi dan bawa ubat dia balik pd esok hari...hmmm! ari jumaat nie aku tak dapat balik lar! ada hal sikit tapi tak aper wife aku balik bersama dgn anak2 aku nanti. Nampak gaya dalam cuti penggal yang dah bermula kelmarin, aku akan jadi orang 'bujang' kembali lar...uuiisshhh! best gak tu...tapi part yang tak bestnyer aku terpaksa makan kedai ler...!
Hari nie terasa nak 'mendandan' diri plak...jadi aku masuk kedai gunting favoutite aku, kedai dia sama level dgn. pjbt aku. Aku masuk ajer kedai tu,mr Rajoo pun tersengih kat aku. Aku cakap kat dia gunting rambut sama cukur dan dandan misai sekali...ssiiiaaapppp! sambil dia 'kerjakan' kepala aku, aku curi2 tengok siaran langsung persidangan UMNO kat tv dia. Selepas semuanya selesai, acara ketuk bahu dan pulas kepala pun bermula...kiri! prraappp...kanan! prraaappp...fuh! lega rasanya. Muka pun dah berbau wangi...ntah bedak apa yang dia gunakan, maybe dari india kot!
Dok kat pejabat, saiful talipon suruh temankan dia makan kat gerai 'milo tungge' kat sini nama gerai dia pelik2 dan unit spt. kedai nasi berlauk pohon kekut, kedai nasi kepala katil, sup tok ayah, kedai kopi mata bulat....dll. Masa aku turun pejabat,aku temguk awan gelap, tak lama lagi turun ler hujan tu...
Pkl 1 lebih aku ke bandar jap, pergi ambil ubat dia kat klinik dan round2 pasaraya...aku beli sepasang kasut dan stokin baru untuk aku pakai masa kayuh basikal nanti...sebelum nie aku pakai kasut kulit,tak best lansung...berat! saiful call aku tunggu dia kat depan bank islam wisma abrar, dia suruh aku ikut dia ke airport, nak ambil contoh payong kat kedai pDRK kat situ, sebab nak chop logo pDRK kat payong tersebut.
Lepas tu aku terus ke Pasir Mas, nak jenguk tapak projek kat Taman Rekreasi Tengku Anis di Lubok Jong. Tmn nie sedang diupgrade, buat pagar batu, pasang tiles kat surau disitu dan juga pasang tiles kat jejantas konkrit yang telah sediada, tapi sebelum tu singgah di Salor makan nasi ulam kat situ. Nasi ulam kat sini bukan nya nasi kerabu tau tapi nasi yang disediakan ulam ulaman yang dicecah dgn budu yg dicampur dengan ikan tawar dan mannga putik...best! best!
Sedang enak dok makan, hujan turun dengan lebat sekali, tapi tak lar lama sangat, lama lagi aku makan. Masa nak bertolak pergi, aku beli cakue 2 hinggit nak buat bekal mengunyah atas kereta nanti...makan banyak tak aper, jgn tidur banyak udah ler... maap yer kalau ada yang terasa tu...hehehe
Malamya pulak, Zuki call aku suruh turun lepak dgn dia kat port biasa...kedai Era! tak lama kedian, en. syukri KUB joint sekaki, dia nak hantar contoh vest pDRK yang aku tempah baru2 nie...tu pun tak siap jugak lagi. Poket depan dan butang tak taruk lagi, tak aper lah nanti aku bagi kat saiful suruh dia komen mana2 yang perlu dibaikki lagi. Tengah syok dok borak2 hujan lebat turun mencurah curah...mmg sah dah nak banjir dah kat negeri aku nie!
Dalam pada tu, aku nie dok tunggu saiful datang,dia kata nak hantar basikal aku malam nie, jadi besok boleh ler kita kayuh kayuh cari sarapan pagi...sampai aku balik dia tak sampai2...buah kurma!

No comments:

Post a Comment