Hujan Dah Mula Turun

Pagi semalam hujan turun lebat juga ler...kalau kat Shah Alam boleh jadi banjir kilat! so banyak kerja2 lapangan tak dapat nak dibuat.Aku dok 'saghi tumah' (sepanjang hari) kat Dewan Teratai di pjbt SUK, dok handle budak2 buat kerja2 menukar,mengganti,mengecat siling dan juga karpet kat situ sebagai persiapan menyambut kedatangan Toh Puan dari negeri Sarawak pada 20 haribulan nanti.

Pkl 5 ptg baru keluar dari pjbt SUK, hujan masih belum 'seghek' lagi tapi tak der lah lebat sangat cuma renyai2 ajer. Aku dengan Saiful pergi jumpa Yusrie kat pjbt istana Balai Besar nak bagi drawing setor barang kat pejabat tersebut. OTW kesana, dia call suruh jumpa kat Muzium pulak dah! Dia dan Engku Azman (Tim. Pengarah Muzium) nak pergi ke Tumpat, cari 'dinding sasak' untuk dijadikan backdrop pentas kat dewan pameran sempena lawatan Toh Puan nanti. Aku dan Epu lepak kat gerai dlm muzium..."Kak Mah! mee goreng 2, teh tarik 2..." SIIAPPPPP!

No comments:

Post a Comment