Catatan Hari Raya - Sambungan

Hari Raya Ke-2 (25/10/060
------------------------------
aKU BAlik kampung isteri aku kat K.Krai, itupun baru pukul 10:30 malam baru bertolak dari P.Mas. Niat nak balik waktu petang tapi memandangkan jalan menuju ke K.Krai berlaku kesesakan sehingga 5,6 kilometer di bandar Machang, baik aku tunda balik waktu malam ajerlah...
Kat rumah isteri aku tak ada orang kecuali adik lelaki dia seorang. Mak dan Bapa mertua aku biasaklah bila tiba bulan Ramadhan dia pergi berpuasa kat Mekah selama 1 bulan dan akan balik pada raya ke-4 nanti. Begitulah setiap tahun, jarang sekali dia beraya kat kampung begitu juga dengan Hari Raya Korban...beraya kat Mekah jugak. Maklumlah dia nie syeikh haji, pembimbing umrah dan haji.
Hari nie aku Lepak depan tv ajer...tak pergi kemana mana! Pada sebelah petang, semua keluraga adik beradik wife aku sampai. Baru lah meriah sedikit, tapi tahun nie kami tak buat apa2 majlis...buat bodoh ajer!

Raya ke-3 (26/10/06)
-----------------------
Hari nie ada 2 jemputan kenduri kahwin. Satu kat Air Lanas dan satu lagi kat Jedok,T.Merah, so kita orang semua dah bersiap pagi2 lagi. Dalam perjalanan singgah di Batu 8,T.Merah kat rumah makcik saudara. Beraya kat situ kejap... sampai diBukit Bunga, jalan jammed! tapi tak lah teruk sangat. Bila time jammed begini,paling aku meluat sekali ialah pada pemandu2 yang tak berhemah,mereka suka potong que...apa! ingat dia sorang ajer ke yang nak cepat.
Singgah di rumah Abg. Pa di Air Satan, nak solat Jumaat kat masjid berhampiran...
Pukul 2:30 ptg. sampai rumah pengantin. Lepas makan dan borak2 dengan tuan rumah kami terus balik dan singgah kat satu lagi majlis kenduri kahwin di Jedok. Kat sini meriah sebab ada dj dan persembahan silat pulut yang menyanbut kehadiran para tamu. Aku makan sikit ajer, perut dah full abisss!
Raya ke-4 (27/10/060)
-----------------------
Mertua aku call bagi tau yang mereka semua dah sampai kat KLIA, pukul 10.15 take off dari KLIA dan dijangka sampai kat airport KB pukul 11 pagi. Mie dan Azrie yang pergi jemput mereka kat airport, yang lain2 tunggu kat umah ajer!
Pukul 3 ptg, mertua aku sampai kat rumah...jalan jammed dgn teruk sekali...nasib baik mereka tau jalan kampung dan jalan pintas, abiss segala lorong belakang rumah orang mereka redah untuk mengelak dari jammed...hehehe!
Waktu petang aku,cikgu aziz,Mie,Abg.Mat,Hamzah dan Yie pakat serbu rumah abang ipar kita orang di Bukit Arang tu...rumah dia ada buat satay!!!
Pkl. 10 mlm, kami semua berlepas pulang ke rumah masing...sebab besuk dah start bersekolah dah bermula dan start kerja bagi kami semua.
29/10/06
----------
Dah mula kerja...pergi ke Asrama Anak2 Yatim Darul Aitam di Panji.Ada kerja membaikpulih kebocoran lantai kat sana. Asrama baru ajer siap tapi dah ada kebocoran!!! Bangunan ni akan di resmi pada 11/11 nanti.
Bila dah tengahari begini, terasa lah kemalasan nak bukak pejabat. Aaahhhh! besok ajerlah buka...

Hari Raya pertama

Selepas solat sunat raya, aku naik rumah Pak Muda Roni (Tok Imam). Kat rumah dia ada buat nasi dagang. Aku tenguk ajer! dah kenyang, sebab aku dah makan kat rumah kakak aku sebelum aku pergi sembahyang raya. Aku minum air dan jamah kuih yang pelbagai kat atas meja. Turun dari rumah dia, aku terus ke rumah abang aku. Rumah abang aku nie dah jadi mcm port utk. kawan2 aku dan dia berkumpul. Perut pun dah sebu...nak melawat rumah saudara mara pun jadik malas. Ptg nanti aku pergilah...

Pukul 5 ptg. aku sekeluarga bertolak ke rumah abang aku sorang lagi kat Tanah Merah. Nasib baik jalan tak jammed. Pada hari raya pertama kebanyakan orang tak bergerak kemana mana lagi, jadi jalanraya pun tak lah sesak sangat. Rumah dia ada buat satay...satay kat rumah dia mmg terangkat sebab abang aku nie buat bussines catering. Setiap kali raya aku tak pernah miss datang rumah dia. Masa aku kecik dulu, dia selalu datang kat rumah aku di kampung dan yang best nya setiap kali da datang mesti dia bagi duit kat kami adik beradik...sebab tu lah, kami adik beradik yang lain suka banget berkunjung kat rumah dia, walaupun dia tinggal berjauhan dgn kami. Sebelum aku balik, Kah Mah bagi lemang...


anak lelaki aku, afdhal sedang bermain bungapi dgn sepupunya

Malam nie, aku bermalam kat rumah biras aku, chikgu aziz di Kubang Gendang, Pasir Mas. Satu lagi rumah yang aku suka datang. Bahkan anak2 aku pun suka dtg kat sini, sebab anak2 aku yang perempuan mmg rapat dengan sepupu dia orang lagipun biras aku sorang nie, ramai anak perempuan dan umurnya hampir sebaya dengan anak aku.

Hari buat ketupat

Shopping saat akhir kat KB Mall, cuma beli sehelai baju dan juga kain pelikat untuk dipakai pada solat sunat Aidilfitri besok. Warna theme tahun nie ialah kuning air. Selepas Asar kami sekeluarga bertolak ke kg. aku di Kg. Pasir, Ketereh. Jarak nya dari K.Bharu cuma 13 km ajer!

Pada tahun nie, kawan2 aku kat kg. berpakat mahu adakan ‘Malam Silahturrahim’ dimana semua keluarga kawan2 aku akan dijemput dan berkumpul dalam satu majlis BBQ pada malam ni (malam hari raya). Segala persiapan telah kami atur seminggu sebelum raya. Tujuan nya hanya satu yaitu untuk berkumpul dan saling mengenal antara kaum keluarga masing2. Nak kumpul dia orang nie bukan nya senang sebab hampir 80% mereka bekerja kat luar dari neheri Kelantan. Ada yang bekerja kat KL, Pahang dan Johor. Bila semuanya ada kat kg. masing2, kami semua sepakat nak buat majlis nie...dibuat secara ad-hoc..!
So, untuk peruntukan nya pulak kami pakat2 keluarkan. Mana2 yang poket 'tebal' kami minta lebih sikit, mcm Azman yang bagi sebanyak RM250.00 dan juga abang aku RM200.00. Aku plak....hehehe! ada juga yang sponsor ikan dan juga hamper sebagai hadiah. Terima kasih aku ucapkan kepada Tuan Hj. Baruddin (Pengarah Pemasaran LTN) yang menaja ikan sebanyak 2 tong dan juga kepada chikgu Sanusi Yajid (Pengarah KEMAS negeri Kelantan) yang menaja hamper dan hadiah (pertandingan aji dam) dan buah tembikai pada malam tu...terima kasih daun keladi...tahun hadapan sponsor lagi…hehehe!
Majlis semacam nie pernah aku buat dulu, masa tu kami semua masih bujang trang tang tang lagik yang dah kahwin cuma berapa kerat ajer. Majlis pun tak berapa vogue, maklumlah 'peruntukan' tak banyak. Bila semua dah berkeluarga, majlis BBQ pd malam raya jadi terhenti dengan sendirinya...sehinggalah kami buat balik pada malam nie.
Hidangan pada malam tu...
untuk gambar2 seterus nya sila klik sini
Majlis bermula selepas solat isya' . Boleh dikatakan semuanya hadir. Sambil makan kami bertanya kabar antara satu sama lain dan juga dengar story2 terbaru dari mereka dan soalan favourite "mu doh ado berapo oghe lor nie?" jangan salah faham yer! kami tanya ttg anak masing masing bukannya tanya 'cawangan'... :-) majlis berlarutan sehingga ke pukul 2 pagi..! kepada yang balik paling akhir akan kami bagi hamper sebagai hadiah. Aku tak tahan nak berjaga malam weh! pukul 12 mlm, aku lepak depan tv kat rumah abang aku kedian...terlelap!
nota: aku harap pada tahun hadapan akan ada lagi...dan terima kasih pd semua yang hadir pd mlm tu!

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dikesempatan masa yang amat terbatas ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN... kepada semua blogger yang sudi datang bertandang ke blog saya yang tak seberapa ini. Sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung perasaan atau terasa dalam hati saya mohon ampun dan maaf.
Pada perantau yang akan balik kampung pada bila2 masa sahaja dari sekarang, berhati hati lah dijalan raya. Bila memandu tu sentiasa berhati hati, ingat tragedi akan berlaku tanpa disangka sangka. Fikiran mesti fokus jgn dok layan perasaan happy atau sentimental sangat... INGAT walaupun kita berhati hati, orang lain tidak so perkara mcm nie kita kena jaga! kita mesti berwaspada dengan kesalahan orang lain juga...
Kalau ada kesempatan saya akan update blog nie bila saya online nanti, maklum lah bila dah balik kampung...sibukkk! Jumpa lagi lepas raya nanti ,take care all of you dan berhati hati dijalan raya Hari Raya Untuk Diraikan Bukan Untuk Di Tangisi...

Satu kisah Cinta Biasa

Buat suami dan isteri agar menghargai pasangan masing2... kesah nie di petik dari majalah PARAS - Oktober 2004. Dipetik dari email yg diposkan kepada saya... Kepada mereka yang telah membacanya, ambil lah iktibar dari kesah tu dan kepada mereka yang belum membacanya, fikir2 lah...kesah nya begini:
Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yangromantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akanmemberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang pergi dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernahmencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Raya dah dekat!

Diam tak diam kita dah ke penghujung bulan Ramadhan. Masuk hari ini, tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hmmm....hari raya, aku teringat masa masa aku kecik kecik dulu. Masa tu mmg happening sungguh... lepas solat sunat aidilfitri, kumpul kawan2 pastu pergi ke rumah jiran2. Dapat makan dan juga yang penting dapat duit raya. Duit raya masa tu tak banyak hanya 10 sen dengan 20 sen sajer! paling tinggi dapat ler 50 sen... kira banyak dah tu! Biasanya lepas waktu zohor kita org akan berkumpul sambil dok menghitung sapa yang dapat banyak duit raya! apalagi kita orang ke pekan ler... jalan kaki ajer, adalah lebih kurang 1 km dari kampung aku tu...tapi bila dah jalan ramai2 nie, tak ler letih sangat. Bila sampai kedai tu kita biasaknya kita masuk kedai makan dan order mee rebus sama air oren chap ayam! kira mewah dah tu kami makan benda2 mcm tu...harga nya baru RM1.50 termasuk air oren! bbuurrrppp! kenyang. Lepas makan kita ronda2 kedai yang jual mercun dan juga pistol. Aku biasanya beli pistol dan 'pelurunya' yang di gulung dengan kertas warna merah. Dalam kertas tu lah diletakkan biji2 pelurunya.Aku rasa pistol tu masih lagi dijual sampai sekarang... Pasttu kami beli mercun kertas. Mercun kertas masa tu mmg cantik,kerana kertasnya dihias dengan corak bunga2 yang halus...menarik sekali dan harganya hanya 50 sen sepapan. Satu lagi yang mesti aku beli ialah 'bedil' (mercun) tarik. Mercun nie ada tali di kedua dua hujung nya, bila kita tarik dia akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat juga dan amat sesuai di gunakan sebagai jerangkap samar. Biasanya kita orang akan rentangkan mercun nie di laluan pejalan kaki, bila kaki mereka tersandung mercun nie dia akan meletup! yang selalu jadi mangsa ialah pada mereka2 yang balik dari solat teraweh kat madrasah. Kena yang kaki latah, melompat lompat dibuatnya sambil mulutnya menyumpah nyumpah...!
Itu dulu...sekarang nie bila dah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, aku jadi pening...mana tak nya, masuk ajer bulan puasa anak2 dah booking nak baju mcm tu, mcm nie...tak masuk lagi kasutnya. Baru sekarang baru aku dapat rasakan betapa peritnya mak bapak kita dulu memenuhi kehendak anak2 nya. Masa kita kecil dahulu, apa yang kita tahu hanya nak benda tu dan benda nie tanpa memikirkan perasaan mak bapak kita pd masa tu, kalau dia kata dia tak ada duit, kita akan menangis so terpaksalah mak bapak kita memenuhi kehendak kita tanpa kita tahu mcm mana mereka nak cekau duit untuk membeli pakaian raya untuk anak2 mereka. Begitu lah juga apa yang aku alami sekarang, kalau kita cakap kita tak ada duit, mana mereka faham, kalau faham pun kejap ajer lepas tu akan minta balik. Alhamdulillah! rezeki sentiasa ada so dapatlah aku beli sepasang dua untuk anak2 aku tu walaupun aku sendiri belum lagi beli apa2 lagi...pssttt! tengah tunggu duit claim, kata dia orang sebelum raya nie. Biasak nya aku cuma beli sehelai kain pelikat dan baju melayu untuk dipakai masa solat idilfitri nanti. Buat isteri ku, biasak nya aku bagi duit ajer kat dia...dia pergi beli sendiri, kita sebagai suami nie mana tahu fesyen yang dia mahu.
Raya tahun ini, aku sekeluarga akan beraya kat kampung laman aku di Ketereh. Biasanya aku balik ke kampung selepas solat raya kat tempat aku tinggal sekarang nie. Walaupun kedua ibu bapa aku dah tiada tapi disitu lah tempat kami adaik beradik dibesarkan. Kakak dan abang2 aku masih lagi tinggal kat situ. Lepas solat raya boleh lah bawa anak2 aku menziarahi pusara nenek dan atuk mereka. Kedua ibu bapa isteri aku masih lagi ada tapi amat jarang sekali ia ada kat kampung sambut raya dengan anak cucu mereka kerana pada waktu nie mereka berdua berada di kota Mekah, menunai umrah dan juga sebagai pembimbing umrah pada jemaah dia. Masuk ajer bulan Puasa mereka dah bertolak ke Mekah dan balik lepas raya....bila masuk musim haji, macam tu lah juga. Setiap tahun macam tu lah. Jarang sekali kami dapat beraya dengan mereka di pagi raya, samada raya puasa ataupun raya haji...

shopping raya

Huari nie cuaca mendung ajer… tetiba ajer aku terasa nak berbuka dgn nasi ayam. Aku tanya wife aku apa yang patut dibeli selain dari ayam, dia write kat atas kertas apa yang perlu dibeli. Aku start motor ke Pasar Siti Khadijah kat bandar KB. Dalam perjalanan aku terpandang jam tangan aku…eh betul ke tidak nie! dah dekat pkl 1 t/hari, org dah bersiap nak ke masjid solat jumaat. Aku mmg tak perasan betul, aku ingatkan baru pkl 11 pagi!

Aku pun terus ke Masjid Muhammadi kat bandar KB, masjid nie tak brp jauh dari pasar. Ramai betul org berniaga kat sini, peminta sedekah pun ramai. Mungkin di bulan baik nie,rezki utk mereka akan bertambah. Kesian betul aku tenguk…lepas solat Jumaat aku terus ke pasar beli ingrediant utk nasi ayam aku tu…ayam RM8.00…buah tomato 6 biji RM1.50…salad RM2.00…ladies finger (kacang bendi) RM1.00…Buah Lai 2 ikat RM4.00…itu ajer aku beli.

Malam nya pula, anak anak aku ajak pergi beli baju raya. Ok lah kita gi ke Peng. Chepa, kat sana ada satu hyper market dan kenderaan pun tak sesak macam kat bandar KB. Org. kat sana tak lah berapa ramai lagi…jadi senanglah sikit nak memilih pakaian untuk anak2 aku.Terbang ler juga 2,3 ketul, aku beli seluar ajer! untuk wife aku plak, aku hanya bagi duit kat dia. Susah beli pakaian org perempuan nie…jadi urusan pakaian dia, biar dia lah yang pilih sendiri, tak gitu kawan! Raya tahun lepas aku belikan satu pasang baju kurung untuk dia, itupun kena bawa balik rumah dahulu, bagi dia tenguk dan cuba dulu…

 

Sakit tekak...

lepas makan sahur aku online jap…check email dari kawan kawan dan juga baca blog member2 terutama blog tipah, aku tak pernah miss baca blog dia nie… pas tu sambil baring2 aku layan program ‘Motivasi Pagi’ yang di acarakan oleh mereka2 yang pakar dlm memotivasi kan kita spt dr.fadhilah kamsah, dr. hm tuah, ustaz syukri…dll. tapi paling aku minat motivasi dari dr. hm tuah! mungkin semalam aku tidur lewat,belumpun sempat abis rancangan aku…plink!

‘…Aidilfitriiii…hari bahagiaaa…hari yang mulia…’ sayup2 ajer kedengaran irama lagu raya yang dinyanyikan oleh fazidah joned, saper lah yang siarkan lagu nie di pagi buta mcm nie. pas habis dia ulang balik…begitulah sampai 2,3 kali! Ehhh…henset aku lar! aku tak ingat baru kelmarin aku setkan ringtone henset aku kepada lagu raya, aku bingkas bangun. syaiful partner pjbt aku ingatkan agar contact en. shukri kat kilang KUB tu, pasal tempahan vest ‘projek diraja’ sebab raja perempuan dah tanya pasal tu… mata aku memandang jam kat dinding, rupa rupanya dah nak pkl 11 pagi…

tetiba ajer aku rasa tekak aku sakit yang amat…mungkin semalam aku kurang minum air agaknya. terasa amat perit sekali terutama bila kita nak menelan…mungkin ptg nanti baik lah dia tu…aaku agak ajer!

hampir pkl 12 t/hari aku masuk pejabat…terus contact en. syukri kat kilang KUB, dia sedang meeting, ptg nanti baru dia free…pkl 3 lebih aku dengan saiful pergi jumpa dia. Balik dari kilang tu, syaiful ajak aku temankan dia buat report polis pasal kecurian dawai letrik dan juga peralatan kat makam diraja Langgar pagi tadi…berani betul mamat nie mencoroboh makam diraja..! pulak tu makam nie bersebelahan dengan masjid Langgar. Lepas buat report kena buat statement plak,masa kat sini lah aku terpaksa menunggu lama, hampir sejam! pkl 6:45 ptg baru selesai, aku minta syaiful hantar ke pejabat ajer walaupun dia ajak aku berbuka kat noodle station. Aku singgah beli air tin kat bawah pjbt aku, lepas kemaskan barang2 aku, suara azan maghrib pun berbunyik…hari nie aku berbuka dgn Sprite dan tekak aku masih lagi sakit..!

 

 

roti dah abis wey!


masuk ari nie, dah 12 hari blog aku tak di update.bulan poser nie buat aku jadik malas nak ketuk kibod aku,walaupun aku setiap mlm online! bila perut kosong, tenaga pun drop masuk ajer waktu t/hari 'tank' selalu empty,menyebabkan my left brain sentiasa 'tersumbat' pikiran aku pun jadi kosong dan malas sekali nak fikir ayat2 yg perlu ditulis kat sini.
pagi nie baru ler timbul rasa rajin nak ketuk kibod akusambil temankan org. rumah aku prepare makanan untuk bersahur nanti... masak lah apa apa pun, aku biasaknya tak 'lalu' (selera) nak makan pagi2 buta mcm nie... kalau ikutkan ati, malas nak bangun sahur nie tapi disebabkan makan sahur nie satu sunat muakad (sunat yang dituntut) aku gagahi jugak bangun walaupun mata terpaksa di tongkat dengan batang mancis, dasat benar kalau aku ngantuk..! dan satu lagi bersahur nie akan membezakan puasa kita dengan puasa ugama lain..! haa..ko orang jangan main2, walaupun ada jugak hari2 yang aku terbabas tidur, walaupun org. rumah aku kejutkan...hehhee!
ko orang semua kalau bangun sahur makan aper? bagi aku senang ajer...cukup dengan sebungkus roti di sapu dengan kacang panggang atau aku cecah dengan air teh O ajer! pekena 2,3 keping jadik lah, pastu di khatam dengan buah kurma. aku teringat masa kecik2 dulu, arwah mak aku larang makan benda benda manis di waktu sahur katanya kalau makan manis nanti tekak kita jadi kering dan dahaga! petua tu aku ingat dah tak boleh pakai lagi. makan benda manis2 nie akan memberi tenaga kepada kita sebab ia mengandungi kabohidrat pemberi tenaga kepada tubuh badan kita.
betul tak? tapi hari nie aku lupa check stock roti aku dan didapati roti aku dah abisssss! nak buat macam mana nie...nampak gaya makan kacang panggang aje lah dinihari nie...

Solat Teraweh kat Istana

Semalam cemas betul aku dibuatnya...kesah nya begini: Pd hariKhamis lepas, Pn. Asmah ada bagi kat aku RM1000 untuk urusan jual beli rumah kedai yang dia sewa semalam. Selepas ditolak bayaran RM800 utk. value report rumah kedai tu, masih ada baki lagi RM200. Aku pun masukkan lah kat dlm kocek seluar aku. Pada hari tu, banyak urusan yang aku kena buat,jadi banyak ler tempat aku kena pergi. Pada hari Jumaat lepas, aku nak pergi ke P.Mas. Bila check kocek seluar aku...aleh, aleh ada RM1.50 shj!....duit baki aku tu jatuh ke? sedangkan duit tu duit orang.Aaahhh! sudah... RM200 ringgit tu banyak, terganggu fikiran aku dibuatnya! puas cari tak ader gak...nie mesti tertinggal kat pjbt. Aku cuba tenteramkan hati aku dengan kata kata tu.
Bila masuk pjbt pd pagi kelmarin aku pun terus mencari nya, tak jumpaaa lar! sah dah jatu kat mana2 duit tu. Raya sakan ler org yg jumpa duit aku tu...bila nak keluar pjbt aku capai porch camera aku tu dan buka utk check battery nya masih ok ke tidak...terkejut beruk aku dibuatnya, duit baki tu ada kat dlm...LEGA betul dibuatnya! aku terfikir...bila masa plak aku taruk duit tu kat dlm porch kamera aku? apa apa pun...thanks God!

Semalam aku kena uruskan pasal dwg sekolah maahad perempuan di Pasir Pekan, sebab pagi nie ada lawatan ke tapak projek oleh pihak YIK dan juga para petender. Pkl 5 baru ler semuanya selesai. Pastu buat quotation price untuk playground equipment utk di sembah kepada Raja Perempuan malam nanti kat istana.

Malam nya, member aku datang jemput aku solat teraweh kat Istana Tengku Mahkota. Dah 2,3 kali dia jemput aku kesana,tapi aku reject! aku suka solat kat masjid berdekatan dgn tempat tinggal aku ajer! Tak nak hampakan dia, aku dgn segan nya pergilah jugak. Masa sampai imam dah baca Fatihah...Solat teraweh dia orang buat kat balai tamu istana. Tok imam nya plak, budak tahfiz MAIK. Jemaah terdiri dari kaum kerabat. Lepas solat, aku tenguk Puteri Amalin dan Tengku Temenggung ada sekali.Kita org. buat 8 rakaat shj. tidak termasuk sunat witir 3 rakaat. Pukul 9:30 dah siap. Juadah pun dihidangkan, mak datuk! banyak betul makanan. Ada kuih muih, soto ayam,daging itik masak kicap, satay sampaikan kuih malas pun ada. Minuman plak 2,3 jenis...makanan dihidang oleh pekerja istana, tak boleh pakai bedal begitu ajer! lepas habis satu, dihulurnya satu lagi... 1o minit kedian Tuanku pun turun! dok borak borak pasal kereta dia yang rosak gear box dgn che'gu Najib,pastu tanya Ku Nan pasal kereta Mini Copper yang baru  
beliau beli tu. Aku diam ajer! aku lihat Puteri Amalin mmg manja abisss dgn ayahanda nya. Tak lama kedian Raja Perempuan pun ikut sama.
Mlm tu, member aku nak sembah kpd Raja Prempuan pasal quotation utk alat alat playground yang hendak di letak kat food court di Kg Kraftangan dan pasal kerusakan dinding masjid Kbg. Kerian. Hampir pkl 12 mlm kita org bersurai. Member aku tu ajak lepak kat food court, aku malas...dah tengah malam! Mlm nie...tak tahu lagi, aku nak pergi ke tak nak kesana, hmmm! teguk lah nanti...