aahhhhh! malas nya...

dalam bulan posa nie, aku malas benar nak update blog aku nie, bukan aper bila tubuh letih kepala pun tak ader idea apa nak tulis. bila dah ad idea nak update pulak malas...heh,heh,heh!

Khamis

Masuk ajer bulan posa nie, member aku suruh jaga projek dia kat Muzium Islam. Bila dah ada kat luar banyak lar kena pergi mari. Bila dah banyak bergerak tu, mula lah tekak naik kering, tenaga pun cepat mengalir keluar. Aku terfikir juga, macamana lar orang yang bekerja di tengah panas terik boleh tahan terutama dahaga! aku yang tak buat kerja bertukang, hanya sekadar jenguk2 kerja dia orang ajer...dah tak tahan letih dan dahaga!
Hari nie, aku tak pergi ke tapak projek kerana banyak perkara yang nak aku lakukan pada hari ini. Mula mula kena pergi ambik sijil Akitek untuk buat claim member aku kat bank, sebelum tu kena pergi kat pjbt lawyer dulu kat Wakaf Stan tu utk ambik aggrement jual beli kat situ. OTW balik singgah kat Asmah Collection ambik duit, untuk bayar laporan penilai. kena bayar RM900.00. Bila selesai, masuk opeh kejap. Bagi arahan pada Aida untuk kerja2 yang perlu dibuat hari nie...nasib baik ler ada dia nie, dapat juga jaga opeh masa ketiadaan aku.

Pergi LHDN nak stamping aggrement sewa bangunan. Kena bayar RM547.00 dan denda RM27 kerana lewat! kedian pergi bank, jumpa Ku Bakar. Pukul 2 ptg pergi ke Nilam Puri jumpa Timb. Pengarah YIK, Che Lah nak bagi BQ projek masjid kat Maahad Tahfiz di P.Mas dan juga drawing pagar YIK dan sebutharga nya sekali. Borak2 kejap dgn dia, pas tu singgah kat Masjid Kg. Laut yang berhampiran dgn pejabat YIK. Kat sini tengah buak kerja kerja baik pulih masjid yaitu menukar atap patani tile dan juga buah guntong. Kat sini partner aku yang jaga. Solat zohor kat situ, baring2 jap, aleh aleh terlelap!

Balik dari Nilam Puri, singgah kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Banyak gerai tak bukak lagi. Beli buah tembikai kat situ.
Masuk opeh, kena pergi Pasir Mas pulak! jam dah pukul 4 ptg...badan pun dah letih, tekak pun dah kering benar nie. ke P.Mas aku cancel ajer lah hari nie. pergi besok aje lah!

Jumaat

pukul 10 pagi pergi ke Tmn Tengku Anis di P.Mas dengan Saiful. Ada kerja kerja renovation sikit kat situ. kejap ajer kat sini pas tu terus ke Rantau Panjang...tenguk tenguk ajer! tak beli apa2 pun! OTW singgah beli buah nenas untuk makan colik malam nanti.


Tazkirah-Kelebihan Bulan Ramadhan

Kita sekarang sedang berada di dalam satu bulan yang penuh rahmat, bulan untuk memohon keampunan, bulan dimana syaitan telah dirantai kaki nya, bulan dimana ganjaran pahala dilipat kali ganda atau pun bolih juga di panggil bulan Allah memberi bonus pahala...

Didalam satu hadis Nabi bersabda yang maksudnya ;

"Setiap amalan anak Adam digandakan pahala. Satu kebaikan bersamaan dengan SEPULUH seumpamanya sehinggalah kepada TUJUH RATUS kali ganda". Lalu Allah Ta'ala bersabda (hadis Qudsi). "Melainkan PUASA, kerana sesungguhnya ia(puasa) bagiKu dan Aku lah yang berhak memberi ganjaran pahala dengannya. dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makan minum nya keranaKu. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. satu kegemnbiraan di saat ia berbuka, dan satu kegembiraan lagi di saat ia bertemu Tuhannya. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau Harum Kasturi."


Juga dikatakan amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan wajib/fardhu. seperti solat sunat di bulan puasa diberi pahala seperti solat fardhu. Manakala Amalan fardhu diberi ganjaran sehingga 70 kali ganda, mengikut ikhlas hatinya. Bayangkan kalau sehari semalam kita solat wajib 5 kali, kalau 70 kali, bermakna sudah jadi 350(TIGA RATUS LIMA PULUH). Seolah-olah kita bersolat 350 kali sehari semalam!!! Inilah saham yang tak rugi-rugi. Yang menjadi masalahnya, disebabkan kita tak nampak, maka ramai orang tak merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Jadi apa yang patut kita lakukan didalam bulan Ramadhan ini?

Perbanyakkan lah amalan seperti membaca al qur'an. kalau di bulan biasa, kita tak pernah pun buka al-quran tapi dalam bulan ini usahakan lah kita baca sehelai sehari, bacalah satu juzuk di bulan puasa supaya dapat khatam menjelang habis ramadhan. Kalau akhbar yang sampai berpuluh mukasurat boleh habis baca, takkan tak boleh korban masa untuk baca al Qur'an jauh lebih afdhal daripada baca akhbar. Silap hari bulan , baca akhbar dapat dosa. Tapi kalu baca al Qur'an dapat sah dapat pahala, Insya Allah.

Perhidupkan malam ramadhan. Sabda Nabi yang maksudnya,
" Barangsiapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keredhaan Allah, akandiampunkan dosanya yang telah lalu. " Banyakkan solat tarawikh secara berjamaah. tak payahlah berbalah dalam soal cabang iaitu bilangan rakaat solat sama ada 8 ke, atau 20? Buat lah mana-mana yang rasa selesa dengan ertikata dapat buat dalam keadaan tenang dan penuh kerehatan, kerana solat tarawih itu sendiri bermaksud kerehatan.

Banyakkan qiamullail iaitu bangun malam. buat solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan lain-lainnya. mintalah daripada Allah apa-apa yang kita kehendaki asalkan tidak bercanggah dengan syarak sudahlah. Sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan doa hambaNya. Yang jemunya kita, bukan Tuhan . Tuhan tidak pernah jemu mendengar dan menjawab doa hambaNya.

Perbanyakkan bersadaqah kerana amalan ini tersangat lah dipuji dan disukai ALLAH , lebih-lebih lag di bulan Ramadhan. Kalau boleh, lagi baik kalau sadaqah kepada anak yatim. Carilah anak-anak yatim untuk diberi bantuan terutamanya dalam menyediakan keperluan makan minum seharian serta menjelang sambutan aidil fitri. Hubungkanlah tali silaturrahim antara sesama insan. Antara yang baik, dikukuhkan lagi. antara yang renggang, dibaikpulihkan. Sabda Nabi yang maksudnya, " Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)."

Hati Seorang Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itu pun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi apa pun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri, si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Nota: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahm yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin."

-kadon-

Besok dah start Puasa

Buat semua para sahabat taulan aku sekelian...aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang akan bermula pada malam ni dan kita akan start sahur dan berpuasa besok hari. Puasa, puasa jugak niat tu jgn dilupakan...meh sini aku ajarkan lafaz niat puasa kat ko orang. Dalam bahasa Arab tapi di melayu kan siap dengan translate lagi aku bagi...aci tak? Allah faham kau orang guna bahasa apa sekalipun. Nie dia niatnya:

"Nawaitu sauma ghadin an ada'i fardhi syahri Ramadhana hazihis sanati lillahi ta'ala"
Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
Pada sesiapa yang ingin menambah ilmu atau amal,nie lah bulan dia. Banyakkan baca quran paling koman pun surah Yasin tu...tak kan tak leh baca surah nie kot! Pada yang biasa berjaga malam tu...apa kata buat solat sunat tahajjud cara dia nanti aku beritahu.
Solat sunat Terawih jgn lupa...mlm nie dah start...jom kita pakat ramai ramai makmurkan masjid/surau yang berdekatan dgn kita. Kalau tak larat buat 20 rakaat, buat ajer 8 rakaat jangan tak buat langsung udah ler...RUGI besar tau. Pahala dia berlipat kali ganda dari bulan bulan yang lain...ingat tu! jangan tak ingat...

The best love story vc

 

Kiss - "Because I'm a girl"
actor: Shin Hyun Joon
actress: Goo Hye Jin

...kesah pengorbanan seorang lelaki yang sanggup menderma mata kepada teman wanitanya akibat rasa bersalah...really really sad music video!

Mandi Laut

Dah 2,3 anak2 aku asyik dok tanya bila abah nak pergi pantai...derang pagi2 lagi dok tanya bila nak pergi nie...eeiyyy! kalau dak budak nie, budak lah juga. Daah penat mulut nie bagitau kat derang...lepas sembahyang Jumaat. bila lepas Jumaat, aku nak makan pun tak sempat...tapi tak aper lah, kita org makan sama2 kat tepi laut nanti...mesti best punyer!
Pkl 3 pm mula bertolak ke Pantai Irama Bachok. ader ler lebih kurang 15 batu dari tempat tinggal aku nie. Singgah di Wakaf Stan,beli buah timun cina (melayu yg tanam,cina juga yang dpt nama...!)
Sampai sana, kita pilih port yang tak berapa jauh dari gerai makanan, agar senang nak beli lauk tambahan...hehehe! selepas selesai tikar dibentang dan segala makniko makanan siap di hidang, apa lagi...kita org anak beranak pun soru ler!
aku capai kamera digital yang dibawa bersama untuk shoot beberapa peristiwa makan kat situ tapi knp rengan semacam aje kamera aku nie. bila dibuka cover bateri...patut ler, bateri tak ader! pastu capai kamera conventional aku yang antik tu nak shoot...pun tak ader bateri jugak! hampeh betul. kalau tidak boleh ler juga aku upload 2,3 kpg kat sini...!
Anak2 aku mandi sampai mengigil kesejukan, itu pun suruh naik tak mo lagi...lantak ko org ler! aku bawa Aidil yg berusia 8 bulan tu mandi sama dgn aku. huh...hepi sakan dia! merah mata dia bila air laut yang masin tu terperecik kat muka dia...kesian dia.
Hari nampaknya nak hujan,tak boleh jadi nie. Sebelum hujan turun baik aku belah dulu...Dalam perjalanan aku pergi round kejap kat Pantai Senok. Pantai nie menjadi port favourite aku bila nak memancing, sebab kat sini ada kuala yang mempunyai batu2 yang besar sebagai benteng pemecah ombak. Amat sesuai untuk memancing ikan sembilang,kacang (baracuda) dan juga kakap. Kalau musim ikan gelama naik, fuuhh! benteng nie penuh dengan kaki pancing seperti aku nie, tapi skrg nie aku jarang benar keluar memancing terutama di hujung minggu seperti hari nie...tak ada masa, aku jadi sentiasa sibuk skrg nie...!
Orang tak ramai kat pantai nie,sebab pantai dia curam tak seperti Pantai Irama di banchok tu...ia landai. Keadaan nya pun dah berubah sakan. Gerai kat tempat aku selalu minum dan makan bila perut aku lapar dah tak berpenghuni lagi. Mungkin makcik tu dah meninggal kot! gerai nya dipenuhi semak samun...bila pandang gerai tu,teringat plak aku selalu duduk minum kat situ. Minuman favourite kat sini ialah 'tuak ice' kalau minum masa kita tengah dahaga mencanak, furamak! best gileeer dibuat nya. tapi semua tu dah tak ada lagi....sob!sop!sob...!

Hidup aku hari ini

Pukul 10 am. baru terhegeh hegeh ketempat kerja. Letak beg kat meja, bagi arahan pd Aida apa yang perlu dia lakukan hari nie. Lepas tu aku turun, hari nie kena pergi ke Pejabat Tanah sebab nak beli Cabutan Hakmilik Tanah. Orang tak berapa ramai kat kaunter tapi ada ler 40 minit kena tunggu. Biasak lar tu bila kita berurusan dengan pejabat tanah...kat tempat ko orang mungkin cepat kot...
Kedian pergi ke Majlis Perbandaran Kota Bharu. Buat semakan cukai bandar kat tanah tersebut. Sib baik tak ader cukai tertunggak. Sebelum balik opeh, singgah minum kat gerai depan bangunan Mahkamah Kota Bharu sambil baca Metro...sekarang nie kalau aku beli paper, mesti aku beli Metro. Bukan pasal kandungan berita kat dalam tu tapi kerana saiznya yang 'kecil molek' tak laer macam paper lain, saiznya besar gabak. Kena pulak baca kat kedai kopi yang ada jiran jiran kat sebelah kita, nak bukak pun tak selesa.
Aku tertarik benar pada satu berita pasal sistem pertahanan Iran. Dia tonjolkan kat dunia bahawa jgn dok 'pedajer' sangat negara Iran. Iran skrg sudah memilikki kepakaran membina jet fighter,kapal selam,kereta kebal, peluru berpandu dari darat ke udara dan dari darat kedarat yang boleh menjangkau 3000 km! TANPA bantuan dari dari mana2 negara asing. Sebagai saudara seagama, aku bangga betul Iran nie...kalau kat negara negara Timur Tengah aku rasa dialah yang paling 'gedeber' sekali menentang USA. Negara negara lain kat situ cakap ajer berdegar degar tapi nak ambil tindakan berjuta alasan di bagi...kata orang cakap besar tapi hati kecik! Malaysia kita macam mana arr...aku no komen.
Belah petang pergi ke Bank Islam nak bayar hutang kereta. Sampai sana, tengah dok syok isi borang baru aku perasan henpone aku tertinggal kat pejabat. No. akaun bank ada dalamnya...so terpaksalah aku balik ambik henpone kat pejabat...hampeh betul!
Hari nie terasa 'malas' nak makan nasi, aku nak pekena Maggi goreng kat gerai favourite aku...sambil layan drama Red Onion,White Onion...alaaaa drama Indonesia tu lar! Aku tak 'ikut' sangat drama nie...sebab aku meluat betul dengan Bawang Putih tu...asyik kena buli ajer, pastu tak ada langsung sifat nak melawan balik. Ada ke patut dalam satu scene tu, mak tiri dia nak bakar idup2 ayah dia, dia asyik dok nangisssss ajer kerana mak tiri dia bagi warning jgn nolong ayah dia....tak masuk fius betull larrr drama nie...! kau orang semua tak payah tengok lah.
Masa dok berkemas nak balik, Epu call aku tanya nak pergi ker tengok perlawanan badminton piala Tuanku Sultan Kelantan malam nanti kat Dewan Badminton Raja Perempuan Kelantan di Tmn Orkid Peng. Chepa. Aku menolak, pasal aku tak ada mood lar skrg nie nak kuar rumah malam2 (...tapi semalam lepak kat kedai Era sampai jugak kat pukul 12 mlm!)

tukar theme

memandangkan skin yang lama tu nampak 'berserabut' dimata,so aku terpaksa tukar pada yang simple ajer...kali ini aku pilih dari template yang telah disediakan dan aku pilih background yang gelap agar posting nampak lebih contrast lagi.
banyak item yang hilang jadi kena 'renovate' apa yang patut,tapi skrg tak sempat lagi. Malam nanti aku akan buatkan.