Kenyir International MTB Challenge 2007

12 orang ahli kelab KMH pergi ke sana. Kita orang semua bertolak pada petang Khamis. Ada setengah tu pergi pada waktu pagi lagi. Aku suroh dia orang booking tempat camp site. Aku,Saiful/Iwan dan Hairi naik van yang dipandu oleh Saiful. Malik dan Chikgu Mie naik kereta Malik. Dan Kamarul dengan family dia satu buah kereta.
Singgah minum kat bypass Jalan Pasir Puteh sambil tunggu Malik. Dia kena pergi ambik masakan untuk dimakan pada malam nanti.
Lepas maghrib kita semua berlepas ke Tasik Kenyir melalui route short cut yaitu melalui jalan ke Langkap dan Kg. Pelong terus ke Tasik Kenyir tidak lagi melalui Sg. Tong dan Jalan ke Kuala Berang.
Pukul 9 malam kita orang semua selamat sampai ke tempat tujuan. Sufian dan Chipeng telah memilih sebuah wakaf yang besar dan berhampiran dengan jeti Pengkalan Gawi. Tempatnya menarik sekali dan jauh dari para peserta yang lain.
Selepas makan malam, kami ronda ronda sambil test beskal masing2. Lepas tu singgah minum kat gerai yang ada kat situ.
Balik ke kem, pasang khemah dan borak borak pasal event besok hari. Ada setengah member tu dok berborak sampai pukul 5 pagi..!!! ntah apa topik dia orang nie cakap!
28/04/2007 - Hari Jumaat

Awal awal lagi kami semua bangun tapi ada jugak 2,3 orang yang 'liat'. Aku terus menuju ke tasik. Bila nak gosok gigi baru aku perasa, aku terbawa ubat gigi untuk anak aku. Colgate Pokemon perasa strawberry!!! hentam ajelah. Mandi kat sini mmg. best betul sebab air dia hangat suam suam kuku... bila naik...fuuuhhh! sejuk sampai terkancing gigi..!

Pukul 9 pagi kita orang semua ke tapak sketeriat pertandingan. 10 orang kesemuanya joint event dalam katagori MTB On The Road peringkat senior sejauh 30 km! so setiap peserta kena buat 16 pusingan. Laluan nya hampir 90% mendaki dan menurun bukit. Walaupun 10 yang daftar cuma 4 orang ajer yang bertanding. Yang lain lain tu cuma daftar untuk ambik no. dan baju ajer...tak aper yang penting ikut serta. Mahu kayuh tak mahu kayuh itu soal masing masing..!

Pukul 10:30am perlumbaan pun bermula. Aku,Malik,Kamaru dan Mie dok belakang, bunyi ajer horn berlepas...berdesup dia orang pergi. Aku macam biasa follow belakang like buffalo. Tak sampai separuh gelanggang, nafas dah semput. Masuk lap ke 2 dah ada perserta yang overlap aku. So aku terpaksa di disqualifued kan...sempat jugak ler buat 2 lap...hehehe! kesemuanya 'pamcit' tapi tak aper..."Eventhough we didn't bring home any trophy, we indeed took the challenge. What do you expect? It was an international event! Bottom line, we dare to participate..."


---> the end.

note: aku upadate blog nie kat CC, line kat rumah aku masih lagi problem..!!!

Keputusan nya...

Hujung minggu lepas terlalu ada 2,3 event yang berlaku. Kesemuanya penting, so aku terpaksa pilih yang penting dari yang terpenting dan ini lah resultnya:

1) Kenyir International MTB Challenge 2007 - 99.9%
2) Itjtimak Pilihanraya di Pantai Semerak - 99.7%
3) Larian Bendang 2007 di Kedah - 86.8%

Jadi aku pergi ke MTB Challenge kat Tasik Kenyir walaupun Itjtimak tu penting sesangat tapi apakan daya aku dah planing awal2 lagi untuk kesana dan aku telahpun register sebagai peserta.
Pagi aku pergi ke pejabat en. zuki. Hari nie ada site meeting utk 2 projek YIK aku tu. Aku call Ustaz Kadir nak confirm tapi tak jadi ari nie...sebab dia ada appointment dengan doktor pakar kat hospital. Dia bagi tarikh baru...hari ahad depan!

Saiful call aku, hari nie kena pergi felda Perasu. Hampir 100 kilometer dari bandar KB. Aku kesana sebab nak check masjid kat sana. Macam biasa arrr...Tuanku nak pergi solat Jumaat kat sana.Singgah ambik 2 pekerja untuk dibawa kesana.

Masa dalam kereta, aku rasa semacam ajer...tapi aku buat derk ajer! Singgah makan kat felda Paloh. Masa kat sini saiful bagitau...rasa kurang selesa tadi sebab dia. Perut dia kembung...apa lagi...keluar 'gas' ler tuuu. Patutr lah dia bukak cermin keter dia....ceh! tak senonoh betul kau nie! Masa balik pun macam tu jugak...cesweges betul punya member...

Streamy Oh streamyx...

Masalah lagi...nie dah masuk dua hari streamyx kat umah aku dak boleh di connect...ntah apa punya penyakit.

Bil bayar bulan bulan...nak pergi tanya dia orang pun tak sempat lagi. Besuk arrr...

Dulu bila aku tanya kenapa...dia orang cakap maybe password aku orang lain guna. Aku tukar yang baru...ok semuanya. Tak kan lah kali nie pun kena tukar password lagi...tak sampai setahun kena tukar berbelas belas kali password naya aku dibuatnya...at last ntah apa passwird aku nak letak...

Visiting Rich Friend

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush tea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?" A
nswer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst

note: take out from my fotopages...
Pagi semalam (Jumaat) Saiful sms kat aku suruh bersiap. Geng kelab KMH ajak aku ride kat dalam bukit di Kok Lanas tapi aku terasa 'malas' lar nak pergi...aku abaikan ajer sms dari Saiful tu.

Aku ke pasar tani kat kedai Kota Jembal (dulu Kedai Lalat). Lama betul aku tak merayap kat pasar tani nih...aku buat windows shooping ajer!!!

Belah petang nya pulak aku berbasikal ke Beris Kubur Besar-Wakaf Zin-Kota Jembal. 25km...dah seminggu lebih aku tak buat kayuhan jarak jauh nie. Kaki kiri aku nie sentiasa ajer terasa nak 'cramp' sejak 2 menjak nie...mungkin aku tak buat 'stretch' masa nak start berayuh... :-(

Zaidi sms kat aku nak 'hurey hurey' malam nie. Aku OK ajer...pap!!! malam tu juga aku kena pergi ke MTD Kadok. Ada meeting. Aku bagitau dia,mlm nie kansel...tak jadi sorrry!!!

Pukul 11pm abisss meeting, aku terus balik tapi sebelum tu aku pergi pekena roti tempayan+kari kambing kat Najah Restoran...bbbuuurrrpppp!!! alhamdulillah...

Awak...

Tulisan nie saya hambik dari archive e-mail saya yang dah berkurun lamanya.





Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang perli dan kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me

Awak
Hari ni awak nampak cute
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan.
Nak elak dari kawan2 saya perasan

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi Awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna
Kalau nak lambai lg apa guna

Awak
Hari ni awak datang opis saya
Tapi saya buat bodoh ajer
Padahal bumi nie raser cam dah tak cukup graviti
Rasa cam nak hilang lari bawa diri

Awak
Hari ni awak tego saya
Tapi Saya buat2 pekak
Bukan jual mahal, saya tak layak
Sebab Nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak
Hari ni saya tego awak
Tapi Saya tego awak dalam hati
Jadik Awak tak penah dengar
ALL THE GOOD LUCK AND TAKE CARE hari2

Awak
Hari ni awak ejek saya lagi
Saya pura2 marah tapi dlm hati
Tak kisah awak ejek saya hari2
Kalau tu blh buat awak happy

Awak
Hari ni kita duduk semeje
Saya depan awak ,awak depan saya
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik Saya blah mcm tu ajer

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal Dah kosong tak berisi
Pikiran kat sana, badan je kat sini

Awak
Hari ni saya tls sms kat awak lagi
tapi saya rasa malu nak send
jadi saya simpan dlm outbox sendiri
boleh saya baca hari2

Awak
Hari ni saya rasa rindu
Tapi saya taknak ngaku,
Padahal saya check handset tiap2 waktu,
Kot ada msg from u

Awak
Hari ni semuorang kutuk diri ni,
tapi skt pun saya tak amik peduli,
Tapi bila awak pun join sekaki,
Saya rasa sedih tak terperi,

Awak,
Hari ni saya lalu depan rumah awak,
Tapi saya tak nampak pun kelibat awak,
saya pandang bumbung pun jadi,
kurang skt rindu di hati

Awak,
hari ni awak puji kawan saya,
Semua baik takde yang cela,
Tapi kenapa bila saya,
Awak pandang takde mata

Awak,
Hari ni saya risau pasal awak,
siang malam doakan keselamatan awak,
padahal saya sikitpun awak tak ingat,
Kenapa la saya nak buang keringat

Awak,
hari ni saya pandang awak curi2,
sbb nak ckp berdua tak ckp berani,
dlm hati doa awak sedari,
apa yg terpendam dlm hati

Awak,
hari ni awak cerita pasal budak tu lagi,
saya buat2 dgr tapi dlm hati
rasa cam nak lempang aje tuan punya diri
awak tak tau ke saya terasa hati!

Awak,
hari tu saya benci sangat kat awak,
tapi hari ni saya suka sangat kat awak,
sbb saya tak boleh nak lupakan awak,
ingat kat awak awak awak dan awak

Awak
Hari ni saya nampak awak lagi
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadik saya terdiam sendiri
Tak tau nak buat apa lagi

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
ikutkan hati, memang nak pergi
Tapi tak tau kenape tak boleh pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh kat sini
awak focus kat handset sendiri

Awak
hari ni saya tgk gambar awak
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedih

Awak
besok antare kita
ader "balai berlepas"
besok.tak da besok untuk saya
besok jugak.tak de besok untuk awak

Awak
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat merana sorang diri
buat saya sakit hati

Awak
kalau nanti awak dh ada si dia di sisi
jgn awak tunjuk tuan punya diri
sbb confirm saya akan makan hati..
Adui..melepaslah lagi :-(

Awak
sebelum saya pergi
hari ni..kat sini
saya janji semua ni untuk awak.
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye miliki

TERIMA KASIH AWAK...
Aku terjaga pd pukul 3am...aku on tv, ada live FA Cup kat chanel 82. Manch. Utd(2) vs Sheff. Utd(0). Aku tenguk sampai abisss...lepas tu on my pc. Check my lelong and aku menang 1 bid...pas bagi inform kat seller dan check my gmail, aku update blog aku nie yang tak terupdate 2,3 hari lepas.

Pagi nie aku dan saiful kena pergi ke K.Krai. Jumpa DO. Pasal nak buat kuarters pekerja kat Projek Diraja 2 di Kg. Sepuloh. Aku tahu bebenor tempat nie,sebab dia tepi jalan menuju ke rumah mertua aku kat Chenulang. Hari sabtu lepas aku berkayuh kat sini.

Pintu Masuk

En.Daud (baju biru) Saiful (baju putih dan Pok Mat (pakai cap)

Sebelum pergi kesana, En.Rosdi, Pegawai Pembangunan PTG K.Krai jemput kita orang semua makan t/hari kat pej. haiwan K.Krai. Sambil nak jemput En.Daud dari pejabat haiwan dan juga Pok Mat, Pengurus Ladang projek nie.Lepas makan aku,En.Daud dan Pok Mat pergi ke tapak projek. En.Rosdi tak dapat pergi kerana dia kena pergi ke Dabong, mahu ambil jadual program Ketua Jajahan masuk kampong pada 25hb. nanti...

PEMANDANGAN SEKITAR TAPAK PROJEK:



Jalan menuju ke RPT Chenulang

OTW balik aku lalu ikut T.Merah sebab aku ada satu lagi appointment kat Pasir Pekan. Janji dengan dia orang pukul 3pm tapi pkl 4pm masih lagi kat T.Merah..!

Pukul 5:30pm sampai kat office. Aku pack barang aku,terus balik rumah.

Pkl 6pm Kamal datang dengan member dia. Dia orang nak beli beskal tapi sayang beskal tu dah di sambar orang...aku bawak ke ke kedai member aku kat Wan Cycle. Tinjau tinjau beskal kat situ. Lepas tu minum kat ROSDA.
T/hari bawak motor aku ke workshop...towkey kata kena angkat enjin! duit lagi nih...pas nie 'terbang' lagi 3,4 ketul duit aku :-(

Baik juga motor aku tu masuk workshop...bunyiknya mengalahkan enjin bot galah kat Tambatan Diraja. Kalau aku berhenti kat traffic ligh , semua penunggang motor yang kat depan tu dok tertoleh toleh ke belakang...duk kutuk motor aku ler tu! aku buat muka seposen ajer..! aku sendirik pun naik serabut bila dengar enjin motor aku tu...ha!ha!ha!

Aku call saiful jemput aku, lepas tu kita orang kena pergi ke Jeli. Buat pemeriksaan kat masjid Sg. Satan (bukan setan...tau!!!)85km dari Kota Bharu. Pada 25hb Mei nanti KDYMM Sultan Kelantan akan berangkat solat Jumaat kat situ. So, sebelum tuanku pergi, kita orang kena check apa yang perlu ditukar dan bibuat baru. Jumpa imam masjid. Tok imam dengan tok siak aku nenguk macam tak sebulu ajer..! bila aku dok dengan tok imam,tok siak akan pergi...begitulah sebaliknya...pening kepala den! lagi satu mcm mcm yang dia orang suruh tukar dan baikki...macam lah aku nie wakil rakyat. Aku beritahu dia orang semua,peruntukan telah ditentukan oleh piha MAIK, kalau nak itu,nak ini baik minta peruntukan buat masjid baru...aku marah dalam hati ajer lah.

Hari nie,kelas KEMAS kat sebelah masjid tu buat majlis maulidur rasul...ada jamuan roti cecah gulai. Lepas aku buat pemeriksaan dan ambik gambar kat masjid aku dijemput makan sama...rejeki! rejeki!

Pukul 5 aku bertolak balik ke Kota Bharu.

note: 1st. time aku update blog aku kat CC...

Bila Ada Duit Di Tangan

Shimano Brake+shifter yang aku beli melalui online dah sampai pagi tadi.Pukul 4 ptg. aku dah balik rumah. Sengaja aku balik awal sebab aku nak ke kedai Malik suruh dia tukar brake+shifter lama aku tu dengan yang baru aku beli tu. Ramai pulak customer kat kedai Malik. Pok Nik dan Jani (Tuan Presiden) ada sama. Pukul 6 baru boleh Malik sentuh beskal aku. Mulanya aku suruh tukar brake ajer...dalam pada Malik dok tengah tukar brake, aku suruh plak dia tukar grip beskal aku tu...(saja saja nak tukar)

Member pulak dok 'bakar' aku suruh tukar headset pulak...aku mmg dah ada niat nak tukar benda nie,sebab headset lama aku tu "chap ayam" ajer..! Aku ambik brand Chris King yang fake punya, kalau yang original ada lar dalam RM250.00 seketul,untuk yang nie murah sikit...RM78.00
Panaracer FireXC pro

Chris King Headset...aku beli yang colour gold

Bila siap semuanya, terbang RM98.00 duit aku petang tu...nie yang aku malas nak bawak beskal aku kat kedai tambah2 lagi time ada duit, mesti ada benda yang aku nak tukar. Sebelum tu,aku suruh dia setup wheelset "shimano safety line"+hub deore complete dgn QR sekali. Dalam RM350.00 katanya tak termasuk tayar. Kalau pakai Panaracer fire XC pro 2.1 tambah lah lagi dekat dekat dua ratus!
Wheelset baru nie aku nak taruk tayar offroad (tayar besar) dan yang lama tu aku pakai utk road biasa (tayar kecik). Senang sikit, lepas nie tak payah bersusah payah tukar tayar.

Malam nie macam biasak lah, ada xtvt berkayuh malam. Pukul 9pm berkumpul di hadapan kedai Malik. Malam nie ramai pulak yang keluar. 16 orang kesemuanya. Malam Khamis lepas cuma 5 orang ajer yang keluar. Aku keluar pada malam tu tapi aku dan saiful berkayuh dengan Tengku Temenggung Kelantan.

Lepas round bandar KB, kami semua lepak kat port biasa yaitu restoran tepi tambatan diraja. Pkl 12 balik...

Ciri Unik Orang Kelantan

Penampilan sesuatu kaum atau kerakyatan seseorang tu memang berbeza dengan satu sama lain. Biasaknya kita tenguk warna kulit dan bahasa/loghat pertuturan mereka. Kat Malaysia nie kita ada pelbagai loghat bahasa. Ada loghat Utara, Selatan dan Timur. Dalam banyak banyak rakyat dalam negeri2 kat Malaysia nie hanya rakyat Kelantan sahaja yang ada ciri2 yang unik selain dari loghat bahasa yang mereka gunakan tapi dalam satu perkara,kalau dia orang tenguk mesti dia tahu...nie mesti "oghe Kelate" Macam mana tu...?

Kau orang tenguk masa dia orang makan roti canai, tak kira lah kat gerai mamak ke, restoran ke, kat Selangor ke, Johor ke hatta kat London sekali pun...kita tahu roti canai nie di cicah dengan kuah dhal atau pun kari. Kalau orang tu ada minta atau taruh GULA dalam kuah dhal atau pun kari dia...sahih orang tu berasal dari Kelantan! kalau tak caya ko orang tanya member2 ko orang dari Kelantan.

nota: Kelantan adalah negeri yang tertinggi penduduknya menghidapi penyakit kencing manis!

Kayuhan Mesra Parlimen Kota Bharu

Pagi nie ada program Kayuhan Mesra Parlimen Kota Bharu dari Kota Bharu ke Bachok, anjuran Persatuan Basikal Lasak Kelantan dan ditaja oleh ahli parlimen Kota Bharu...Dato' Zahid Ibrahim. Semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV. Aku kat umah, tunggu abang aku sampai. Pukul 7 suku,aku pun mula berkayuh ke stadium dengan abg aku. Aku call Malik, dia tak siap lagi. Aku told dia, jumpa kat stadium ajer lah...

Sampai kat stadium,aku nenguk tak ada org. lagi...dia orang dah berlepas ke belum nie? konpius betul aku. Program tu, dia orang cakap bermula pada pukul 7 pagi, skrg. dah hampir pukul 8...gabra betul aku. Apa apa pun aku sarapan dulu dengan abang aku kat situ. Tengah sedap makan...lepas sorang, sorang...yang muncul dengan basikal masing2.

Pukul 8:30, selepas perasmian oleh wakil Dato' Zahid Ibrahim (dia tak dapat hadir kerana ada hal penting) semua peserta yang jumlahnya hampir 150 orang. Member2 aku dari Kelab KMH Demit pun ada sama.Dalam ramai ramai peserta,hanya sorang ajer perempuan yaitu miss Wee dari Le Run Kota Bharu.Aku kenal sangat dia nie,sebab segala peralatan basikal aku beli kat kedai dia. Kami semua akan melalui jalan Pasir Puteh menuju Kbg. Kerian-Cbg.4 Binjai-Beris Kubur Besar terus ke pantai Irama Bachok.Jaraknya lebih kurang 30 km...bila kayuh ramai ramai ceni tak lah letih sangat rasanya. Aku dan abng aku cuba sedaya upaya supaya dok di kelompok hadapan. Aku kejar menghampiri miss Wee...mana buleh,orang perempuan dok depan aku...tak macho larrr!

Selepas melepasi, traffic light di Beris Kubur Besar,semua peserta aku tenguk semuanya memecut laju...aku pun apa lagi, pecut jugak lar! tapi tak terlawan oleh roadbike...aku guna MTB,tayarnya besar gabak.Bila kayuh memang tak selaju roadbike. Aku pecut juga hinggalah sampai ke garis penamat...aduh! macam nak putus nafas aku dibuatnya. Kayuh macam ambil tournament...bila aku check meter, speed maksima yang aku buat tadi 42.2km/h..!

Sebelum bertolak balik,ada cabutan bertuah. Aku pun dapat sama.Hadiahnya hamper makanan. Kelab aku dapat 4 hamper semuanya. Pukul 11 lebih semua peserta bertolak balik melalui Perupok-Tawang-Kedai Lalat terus ke Kota Bharu. Sampai kat Demit Hujan turun dengan lebatnya. Aku dan abang aku berhenti.Sampai kat rumah, pukul 12 t/hari.

Lepas solat Jumaat, aku tidur ajer...letih wey!

Pukul 7pm...Saiful datang jemput aku. Dia kata nak pergi Pasific Bowl main bowling tapi semua lane ditutup kerana ada tournament sirkit remaja 2007. Dia orang kata pukul 8:30pm akan dibuka kpd. org. ramai. Dalam menunggu tu,aku masuk noodle station. Asiah dan adik dia pun ada sama.Kita orang semua nak main bowling. Pukul 9 lebih masih tak siap siap lagi...aku pun ajak Asiah dan adiknya ke Perdana Bowl tapi dia orang tak mahu. Saiful sms pada Linda, ajak main bowling.Dia on ajer..! lepas jemput dia kat umah dia,kami bertiga ke Perdana Bowl. Lane penuh...kena tunggu turn. Pukul 11pm lebih baru dapat main. Kami main 4 games...kesemua games dimenangi oleh Linda...kasi chan kat pompuan ajer tuuuu! marah betul si Linda bila aku cakap mcm tu...pukul 1 am baru kami turun. Perut plak rasa lapar...pergi makan kat RFC. Pukul 2:30am barulah kami antar Linda kat rumah dia. Pukul 3am...aku sampai umah. Bukak pc online jap...sedar sedar pukul 6am...tu pun isteri aku yang gerak utk. solat subuh. Entah masa mana...aku terlelap semalam.

nota: panjang plak aku celoteh kali nie...aku frust betul sebab aku terlupa bawak camera masa program pagi tadi...
Lepas ambik gambar kat Makam Diraja Langgar...Yie suruh datang ke Restoran 4 season kat jalan Seri Chemerlang. Sampai sana, aku pun masuk lah kedalam...dia orang sedang lunch. Aku tenguk Dato' Halim,Tg. Abu Bakar dan 2,3 orang rombongan dari Indonesia. Dalam rombongan tu,cuma 1 wajah ajer yang aku kenal...Nia Ramadhani! alahhh...pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah yang memegang watak Siska tu...dia orang datang kerana jemputan dari istana sempena makan malam kerabat malam nie (semalam) kat Renaissance Hotel.


Meja dia dah penuh so aku duduk semeja dengan Ku Man dan Ku Nan dan beberapa orang lagi yang aku tak kenal dan tak pernah jumpa...aku pedulik apa yang penting makan tuuu....hehehe!

TAHNIAH..!

Aku nak ucapkan tahniah kepada kenalan dan sahabat aku yang menerima pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan yang ke-57 baru baru nie, terutama sekali pada mereka yang selalu aku berurusan dengan mereka.


  • Tuan Haji Abdul Halim Hamad (Pengelola Istana Diraja) yang menerima pingat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang(DPSK) yang turut membawa gelaran Datuk.
  • Tengku Abu Bakar Tengku Mansor (Pembantu Keselamatan Pejabat Sultan Kelantan) yang dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).
  • Yusri Che Noh (Pengarah Urusan Yus Construction & Trading) yang juga dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).


    TAHNIAH SEMUA..! dengan satu pertanyaan "Bila nak diraikan..?"
  •