Kenyir International MTB Challenge 2007

12 orang ahli kelab KMH pergi ke sana. Kita orang semua bertolak pada petang Khamis. Ada setengah tu pergi pada waktu pagi lagi. Aku suroh dia orang booking tempat camp site. Aku,Saiful/Iwan dan Hairi naik van yang dipandu oleh Saiful. Malik dan Chikgu Mie naik kereta Malik. Dan Kamarul dengan family dia satu buah kereta.
Singgah minum kat bypass Jalan Pasir Puteh sambil tunggu Malik. Dia kena pergi ambik masakan untuk dimakan pada malam nanti.
Lepas maghrib kita semua berlepas ke Tasik Kenyir melalui route short cut yaitu melalui jalan ke Langkap dan Kg. Pelong terus ke Tasik Kenyir tidak lagi melalui Sg. Tong dan Jalan ke Kuala Berang.
Pukul 9 malam kita orang semua selamat sampai ke tempat tujuan. Sufian dan Chipeng telah memilih sebuah wakaf yang besar dan berhampiran dengan jeti Pengkalan Gawi. Tempatnya menarik sekali dan jauh dari para peserta yang lain.
Selepas makan malam, kami ronda ronda sambil test beskal masing2. Lepas tu singgah minum kat gerai yang ada kat situ.
Balik ke kem, pasang khemah dan borak borak pasal event besok hari. Ada setengah member tu dok berborak sampai pukul 5 pagi..!!! ntah apa topik dia orang nie cakap!
28/04/2007 - Hari Jumaat

Awal awal lagi kami semua bangun tapi ada jugak 2,3 orang yang 'liat'. Aku terus menuju ke tasik. Bila nak gosok gigi baru aku perasa, aku terbawa ubat gigi untuk anak aku. Colgate Pokemon perasa strawberry!!! hentam ajelah. Mandi kat sini mmg. best betul sebab air dia hangat suam suam kuku... bila naik...fuuuhhh! sejuk sampai terkancing gigi..!

Pukul 9 pagi kita orang semua ke tapak sketeriat pertandingan. 10 orang kesemuanya joint event dalam katagori MTB On The Road peringkat senior sejauh 30 km! so setiap peserta kena buat 16 pusingan. Laluan nya hampir 90% mendaki dan menurun bukit. Walaupun 10 yang daftar cuma 4 orang ajer yang bertanding. Yang lain lain tu cuma daftar untuk ambik no. dan baju ajer...tak aper yang penting ikut serta. Mahu kayuh tak mahu kayuh itu soal masing masing..!

Pukul 10:30am perlumbaan pun bermula. Aku,Malik,Kamaru dan Mie dok belakang, bunyi ajer horn berlepas...berdesup dia orang pergi. Aku macam biasa follow belakang like buffalo. Tak sampai separuh gelanggang, nafas dah semput. Masuk lap ke 2 dah ada perserta yang overlap aku. So aku terpaksa di disqualifued kan...sempat jugak ler buat 2 lap...hehehe! kesemuanya 'pamcit' tapi tak aper..."Eventhough we didn't bring home any trophy, we indeed took the challenge. What do you expect? It was an international event! Bottom line, we dare to participate..."


---> the end.

note: aku upadate blog nie kat CC, line kat rumah aku masih lagi problem..!!!

No comments:

Post a Comment