Cabaran Trail Balak Sg. Durian.

Program pertama kelab untuk tahun 2009, cabaran merentasi trail balak di RPT Chenulang,K.Krai telah selamat dijayakan. Seramai 18 peserta mengikutinnya.

Tempat permulaan

Asrul...siap bawa bekalan makanan satu bekas sandwich

Kayuhan bermula di hadapan rumah mertua saya pada pukul 10.00pagi. Agak lewat. Kami semua menuju ke lata yang jarak nya dalam lingkungan 7km. Kami semua berehat,makan dan mandi mengambil masa 30 minit lebih kurang kat sini.

Sekitar Lata Katak:



Sdr Rosli sedang mencari emas...



Bermula lah cabaran sebenar nya,yaitu menuju puncak tertinggi di dalam Hutan Simpan Sg. Durian.Keadaan trail amat baik sekali, cuma ada setengah tempat tu becak sedikit tapi ada chicken-loop!!!

Ini kali ke-2 aku melelui trail nie,kali pertama tahun lepas. Kali nie aku masuk melalui jeram, so jalan nya aku ingat2 lupa,menyebabkan aku tersalah masuk cabang, hampir sejam jugak tuu..! nasib baik kali nie ada backup dari 4W drive yang dipandu oleh Cikgu Baidi (bisas aku) dia lah yang rickie track. Last last kena keluar juga ke simpang 3 asal. Ambil jalan yang satu lagi dan memang kali nie betul trail nya.


Jalan masuk ke puncak, dah kena mendaki...

Ungu api terpaksa dinyalakan bagi menghalau nyamuk..!!!

Masa nie baru sedar, sebenar nya aku dah silap ambil jalan.

Sumber bekalan air terakhir sebelum sampai ke kemuncak.



Dah nak sampai...

Selepas bersusah payah bertarung dengan kepenatan yang melampau kerana terpaksa dorong beskal mendaki bukit yang kadang2 mencecah 45 degree!!! akhirnya kami sampai ke jugak ke kemuncak. Berehat 10 minit. Kebanyakan dari kami dah kehabisan bekalan air minum,nasib baik selepas ini tak banyak mendaki lagi tapi menurun...5 minit dah sampai kebawah. Dulu dari kongsi balak ke kemuncak kami ambil masa hampir 3 jam lebih..!

Cikgu Mie sdg menjamu selera laksam + bihun, dah hampir sangat ke puncak.

Yahoooo!!! Piyan,kokwa dan ...? antara mereka yang sampai awal.

Pemandangan dari kemuncak...



Bersiap untuk turun...

Pukul 4 petang kami semua sampai ke penamat. Lepas simpan beskal,kami semua mandi kat sungai yang betul2 dibelakang kedai rumah mertua aku...dan acara yang paling ditunggu tunggu yaitu MAKANNNN!!! bagai orang mengantuk disorong bantal dibuat nya.



Tambah! tambah! jangan malu malu..!!!

Kesemua peserta selamat dan tiada kecelakaan yang besar berlaku,takat terbalik dan calar sikut lutut tu biasa arrr..! nama nya lagi MTB tak gitu kawan?

Terima Duit Dividen LR

Semalam hadir ke majlis penerimaan dividen untuk peserta Ladang Rakyat (LR) di Wakaf Tok Wali,Melor. Majlis bermula pd pukul 9.00 pagi tp 8:30 dah tercongok kat situ...orang bagi duit kena cepat cepat...hehehe!!!

Kali nie aku bawak kamera sekali,nak ambik gambar2 kat situ.Lepas daftar diri,aku pun bawa keluar lah kamera aku,snap sana,snap sini...dia orang tenguk kat aku...mungkin dalam hati dia orang anggap aku nie wartawan dari akhbar mana... berseliseh dgn ustaz Azarizal,dia nie penceramah tetap jatidiri untuk peserta Ladang Rakyat. Dia tanya "Dari Sinar ko nie? aku jawab "Bukan ustaz...! dia pun berlalu pergi ke rostrum...

Ustaz Azarizal sedang memberi ceramah motivasi

Dr. Haji Nazmi Ghazali Azmi-Ketua Pegawai Eksekutif PPLR Negeri Kelantan.

Lepas majlis ceramah dari 2,3 orang yang hadir kat situ,tibalah masa yang ditunggu tunggu yaitu majlis penyampaian cek utk peserta Ladang Rakyat,aku pun mencelah masuk kedepan...dlm pada tu ada wartawan perempuan dari Sinar Harian.Tiap kali aku nak snap peserta Ladang Rakyat terima cek, Ustaz Wan Ismail akn kata..."dok molek,ado oghe nok ambik gamba..! lalu dibuat lah aksi nya. Dalam hati aku kata..."ceh! mcm wartawan plak aku kali nie..! Sedangkan masa tu ada wartawan sebenar,mungkin disebabkan kamera yang digunakan tu jenis kompak tak silap aku Sony DSC-H50, kamera nie mahal dari kamera 2nd hand aku tu,mungkin disebabkan aku pasang flash nikon SB80-DX tu yang buat kamera aku nampak gempak sikit dari dia...hehehe!!!




Acara penyampaian cek telah selamat dijalankan,aku pun duduk kat wartawan SH tadi...dia pun tanya mcm Ustaz tadi gak..."dari akhbar mana?" aku jawab "sendiri sendiri ajer...utk koleksi peribadi" Dalam pada tu sempat gak aku bagitau pasal Kelab Lensa Negeri Kelantan dan dia pun berminat nak join sama dan satu lagi pasal Kelantan MTB Hash sebuah kelab basikal bukit yang tersohor di Kelantan...tp percakapan kami nie dia tak catat lah,kalau tak munkin keluar SH gak...

Dalam pada tu,aku teringat yang aku tak bagi kunci pejabat kat budak pejabat aku...ahhh sudah! jam dah menunjukkan pkl 10 lebih,kesian dia orang dok tercongok kat luar...aku pun terus call Saiful,dia masih lagi kat rumah,aku suruh dia datang bukak sambil tu aku pesan kat member depan pejabat aku,suruh tunggu jap! Mcm mana buleh lupa plak....aishhhh!

Gallery:

Menunggu giliran utk mendaftar diri

Mintak laluan...

Tuan Haji Azami-YB DUN Kadok



Ustaz Wan Ismail-YB DUN Melor

Sebahagian penerima dividen dari PPLR

INFO LADANG RAKYAT:

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan adalah sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan, ditubuhkan melalui Enakmen No.2 Tahun 2006 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.9 bertarikh 27hb. April 2006 setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Februari 2006. Enakmen ini berkuatkuasa pada 1hb. Jun 2006 menerusi Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.13 bertarikh 22hb. Jun 2006. Penubuhannya adalah bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Kelantan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi Negeri.

VISI:
Menjadi Perbadanan Contoh dalam meningkatkan sosio-ekonomi penduduk miskin Negeri Kelantan.

MISI:
1. Mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Negeri Kelantan melalui sektor perladangan. 2. Mengurangkan kadar penerokaan haram Tanah Kerajaan Negeri. Di bawah program ini, Perbadanan akan membangunkan ladang-ladang kelapa sawit dan pendapatan yang dijana dari pemajuan ladang-ladang ini akan disalurkan kepada rakyat.

Mari Mengenal Bulan Hijriah

Ramai di antara kita (termasuk pokcik sendiri...hehehe!!!) tak tahu asal usul nama bagi bulan bulan dalam kalendar Hijriah kita nie. Kat sini pokcik petik dari Wiki pasal bulan bulan nie...


Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.