Kayuhan Mesra Parlimen Kota Bharu

Pagi nie ada program Kayuhan Mesra Parlimen Kota Bharu dari Kota Bharu ke Bachok, anjuran Persatuan Basikal Lasak Kelantan dan ditaja oleh ahli parlimen Kota Bharu...Dato' Zahid Ibrahim. Semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV. Aku kat umah, tunggu abang aku sampai. Pukul 7 suku,aku pun mula berkayuh ke stadium dengan abg aku. Aku call Malik, dia tak siap lagi. Aku told dia, jumpa kat stadium ajer lah...

Sampai kat stadium,aku nenguk tak ada org. lagi...dia orang dah berlepas ke belum nie? konpius betul aku. Program tu, dia orang cakap bermula pada pukul 7 pagi, skrg. dah hampir pukul 8...gabra betul aku. Apa apa pun aku sarapan dulu dengan abang aku kat situ. Tengah sedap makan...lepas sorang, sorang...yang muncul dengan basikal masing2.

Pukul 8:30, selepas perasmian oleh wakil Dato' Zahid Ibrahim (dia tak dapat hadir kerana ada hal penting) semua peserta yang jumlahnya hampir 150 orang. Member2 aku dari Kelab KMH Demit pun ada sama.Dalam ramai ramai peserta,hanya sorang ajer perempuan yaitu miss Wee dari Le Run Kota Bharu.Aku kenal sangat dia nie,sebab segala peralatan basikal aku beli kat kedai dia. Kami semua akan melalui jalan Pasir Puteh menuju Kbg. Kerian-Cbg.4 Binjai-Beris Kubur Besar terus ke pantai Irama Bachok.Jaraknya lebih kurang 30 km...bila kayuh ramai ramai ceni tak lah letih sangat rasanya. Aku dan abng aku cuba sedaya upaya supaya dok di kelompok hadapan. Aku kejar menghampiri miss Wee...mana buleh,orang perempuan dok depan aku...tak macho larrr!

Selepas melepasi, traffic light di Beris Kubur Besar,semua peserta aku tenguk semuanya memecut laju...aku pun apa lagi, pecut jugak lar! tapi tak terlawan oleh roadbike...aku guna MTB,tayarnya besar gabak.Bila kayuh memang tak selaju roadbike. Aku pecut juga hinggalah sampai ke garis penamat...aduh! macam nak putus nafas aku dibuatnya. Kayuh macam ambil tournament...bila aku check meter, speed maksima yang aku buat tadi 42.2km/h..!

Sebelum bertolak balik,ada cabutan bertuah. Aku pun dapat sama.Hadiahnya hamper makanan. Kelab aku dapat 4 hamper semuanya. Pukul 11 lebih semua peserta bertolak balik melalui Perupok-Tawang-Kedai Lalat terus ke Kota Bharu. Sampai kat Demit Hujan turun dengan lebatnya. Aku dan abang aku berhenti.Sampai kat rumah, pukul 12 t/hari.

Lepas solat Jumaat, aku tidur ajer...letih wey!

Pukul 7pm...Saiful datang jemput aku. Dia kata nak pergi Pasific Bowl main bowling tapi semua lane ditutup kerana ada tournament sirkit remaja 2007. Dia orang kata pukul 8:30pm akan dibuka kpd. org. ramai. Dalam menunggu tu,aku masuk noodle station. Asiah dan adik dia pun ada sama.Kita orang semua nak main bowling. Pukul 9 lebih masih tak siap siap lagi...aku pun ajak Asiah dan adiknya ke Perdana Bowl tapi dia orang tak mahu. Saiful sms pada Linda, ajak main bowling.Dia on ajer..! lepas jemput dia kat umah dia,kami bertiga ke Perdana Bowl. Lane penuh...kena tunggu turn. Pukul 11pm lebih baru dapat main. Kami main 4 games...kesemua games dimenangi oleh Linda...kasi chan kat pompuan ajer tuuuu! marah betul si Linda bila aku cakap mcm tu...pukul 1 am baru kami turun. Perut plak rasa lapar...pergi makan kat RFC. Pukul 2:30am barulah kami antar Linda kat rumah dia. Pukul 3am...aku sampai umah. Bukak pc online jap...sedar sedar pukul 6am...tu pun isteri aku yang gerak utk. solat subuh. Entah masa mana...aku terlelap semalam.

nota: panjang plak aku celoteh kali nie...aku frust betul sebab aku terlupa bawak camera masa program pagi tadi...

No comments:

Post a Comment