Sebelah pagi, aku ke pejabat syamil kat Chempaka tapi dia tak ada. Kerani dia kata dah keluar ke tapak projek. Aku tinggalkan file aku kat kerani dia, bila dia masuk nanti tolong t/tangan borang borang dan drawing tesebut. Lepas tu aku chowww...pergi sarapan.
T/hari aku balik rumah. Pukul 3pm baru balik ke pejabat. Pergi ke RHB bank. Nak bank-in duit. Aku ada order jam tangan sebijik tapi Cash Deposit Machine dia rosak...nak buat secara manual, aku tenguk ramai betul yang berbaris. Aku sms kat towkey kedai jam tu,beritahu dia morning morning besuk aku akan masukkan duit tersebut.
Balik dari Cbg. 4 Tok Mek Ngah, aku dan Saiful singgah kat kedai spare part kereta. Aku nak nak bawa kereta aku tu masuk bengkel hari Jumaat nanti. Habis RM300 lebih. Sedang aku dok order barang dengan towkey kedai tu, aku tenguk Linda dalam kembara dia. Lama betul aku tak jumpa dia nie, walaupun pejabat dia aku dok lalu hari hari tapi tak ada kesempatan na singgah. Lepas bayar harga barang barang yang aku beli tu, kami bertiga masuk noodle station. ..dekat sejam lebih dok kat dalam tu. Niat nak pergi rumah Che Mat kat Pintu Geng terpaksa aku batalkan sebab hari dah nak masuk waktu maghrib, so aku terus balik rumah ajelah...!

Ke Pekan Golok, Thailand.

23/02/07 - Jumaat
----------------------
Bunyi suara orang mengaji al-quran dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur. Bila chelik ajer mata, aku terus bingkas bangun...kalau aku peram lagi, jawabnya solat subuh gajah jadiknya...aku tenguk henpone aku ada mesej...mmg aku dah agak kalau pagi pagi minggu macam nie, ini mesti dari saiful yang nak tanya aku kayuh basikal ke tak pagi nie...mmg niat aku, pagi nie aku nak berkayuh ke pantai irama Bachok tapi ila aku baca mesej yang dihantar oleh nya...dia suruh aku bersiap siap, pukul 10 pagi nanti dia akan datang jemput aku kat rumah. Dia nak ajak aku pergi pekan Golok. Hasrat aku nak berkayuh pagi nie, aku cancelled!
Pukul 10 lebih dia datang ambil aku pergi ke Istana Mahkota, sebab kita orang menyeberang nanti dengan van istana. Tujuan nya ialah nak hantar kad jemputan dari KDYMM Al-Sultan kepada sanak saudara, sahabat taulan dan juga kenalan sempena hari keputeraan KDYMM Al-Sultan pada hujung bulan march nanti. Paksu Pauzi-driver istana dan Abg. Man-security istana dah menunggu kami. Pukul 11 kita orang semua bertolak ke rantau panjang tapi sebelum tu kami singgah kat kediaman rasmi En. Fauzi merangkap DO Pasir Mas sebab nak hantar tukang masak istana kesitu. Hari nie Tuanku akan solat jumaat dimasjid Tok Uban, Pasir Mas. Balik dari solat jumaat nanti Tuanku akan singgah makan kat sini.
Pintu masuk ke seberang sana penuh sesak dengan kenderaan dari Malaysia yang nak menyeberang. Aku sebenarnya bimbang juga nak pergi ke pekan golok, maklum lah sekarang nie 4 wilayah selatan thai sedang bergolak. Bom meletup sini sana...sehari sebelum tu ada serangan bom kat Yala. Golok pun tak terkecuali...harap harap kami semua tak di timpa musibah. Van kami park kat depan kedai kain. Towkey kedai nie dah 15 tahun jadi orang perantara istana. Aku usung kotak yang berisi kad jemputan dari Tuanku kedalam kedai beliau. Bangsa cina kat sini fasih berbahasa thai selain dari bahasa ibunda mereka sama seperti bangsa cina kat Indonesia...cuma bangsa cina kat Malaysia ajer yang tak fasih berbahasa Melayu walaupun dah tinggal kat sini 60 tahun..! walaupun tak semua nya mcm tu tapi majoritinya macam tu lah...salah siapa?
Selepas selesai urusan, aku dan saiful merayau rayau ka pekan tu... aku masuk kedai buku kat situ dan beli buku koleksi pelan. Bukunya tebal dan full colour. Hardcover lagik...harganya 375 bath bersamaan RM37.50 sen ajer!
Merayap kedai pakaian pula, saiful beli t-shirt...lepas tu masuk kedai basikal. Aku beli glove dan seluar. Semuanya B1280...sedar sedar duit dah habis, sehingga nak beli beras 2 kampit pun terpaksa aku pinjam dengan saiful...hehehe!
Paksu Fauzi dan Abg. Man entah kemana menghilang...bila aku sampai kat kedai towkey tu, dia orang belum lagi sampai.
Pukul 4 ptg, kami balik. Perut dah lapar...tadi masa nak makan kat sana dia orang kata tak payah sebab kita nak singgah makan kat rumah DO. Bila sampai kediaman rasmi DO, rombongan Tuanku dah berlepas pulang. Lepas makan dan angkut barang barang kat situ, kami semua balik ke KB.
Pukul 6 ptg baru sampai kat rumah tapi nak masuk tak boleh sebab orang rumah aku pergi ke rumah kakak dia kat Pasir Mas. Bersusah payah aku pinjam tangga dngan Abg. Din. Panjat pakai tangga, kalau orang lain tenguk tentu dia kata aku nie pencuri ke apa...hahaha!

Ride For Fun

Pada pagi nie kita orang semua akan pergi berkelah ke Lata Mok Nenek. Lebih kurang 8 @ 9 km dari sini. Jalan nya pula, sekerat premix dan selebihnya jalan tanah. Kalau musim hujan tak boleh masuk kesitu...jalan jadi licin dan amat berbahaya sekali. Kenderaan yang boleh kesana hanyalah 4x4 vehicle...

Che'gu Baidi drive Landrover dan Nazrie (adik ipar) drive van pick-up. Kanak kanak semuanya naik Landrover. Mak dan bapak budak naik van pick-up. Penuh..! macam indon nak pergi kerja rumah batu lagak nya. Separuh dari van penuh dengan makanan yang dah masak dan tak masak lagi...hehehe!

Aku pulak...kayuh basikal aku ajer! aku bertolak dahulu. Semua orang kampung tu hairan bila tenguk aku kayuh basikal...mana taknya, aku siap pakai helmet,glove dan safety suite. 3 kilometer pertama jalan nya bertar dan landai hingga ke perkampungan peneroka Kesedar. Bila sampai kat sini, jalan tanah dan berbatu pun bermula. Aku mula memasukki kebun getah dan kawasan berbukit yang cerun nya kadang2 sampai 30 darjah! aku setkan gear basikal aku tu kepada F2/B4 kira yang paling rengan tu...tapi tak terdaki juga dibuatnya, so terpaksalah aku berjalan sambil dorong basikal. Sampai ajer kat puncak...fuhh! fuhh..! termengah mengah aku menyedut oksigen seberapa banyak yang mungkin. Adalah 2,3 tempat aku terpaksa menapak masa mendaki. Bila time menurun cerun...berkeriut bunyi brake basikal aku. Bimbang jugak aku, kalau dibuatnya kabel brake aku tu putus...kang tak pasal pasal aku terjelapak mencium batu...tapi itu semua adalah cabaran, lagi banyak cabaran lagi best...! inilah dunia offroad. Hanya mereka yang minat ajer tahu betapa nikmatnya kayuh basikal dalam bukit..!

Setelah bersusah payah dalam perjalanan, aku pun sampailah kat tepi sungai. Air nya jernih dan cetek takat betis ajer! Aku park basikal aku kat situ kemudian aku lesap kat dalam semak tepi sungai tu jap...
Hampir setengah jam aku dok sini,barulah bunyik kenderaan dia orang...adik ipar aku tak berani nak bawa menyeerang van pick-up dia...takut sangkut kat tengah sungai nanti...nayaaa!
Terpaksalah kena angkut dia orang semua dengan landrover. Ada sat lagi tempat yang perlu di di daki, kat sini aku terpaksa menapak naik...tinggi betul! bila lepas ajer...dah kedengaran bunyi deruan air yang mengalir...

Selepas pilih tempat dan bawa turun bekal, aku terus berendam dalam air yang sejuknya mcm aissss...nyaman betul! Aku, Ustaz Ya dan Yie menyusur anak sungai, kita orang nak pergi kat tempat dimana punca bekalan air penduduk kampung di ambil, kena redah hutan 15 minit,kemudian barulah sampai kat tempat yang dituju. Kat sini sebenar nya ada 2 lagi air terjun, tapi yang satu tu jauh ke dalam hutan tapi air terjun nya setinggi 4 tingkat bangunan. Aku tak pergi, sebab kesuntukan masa...lagi pun aku takut SESAT! Adik ipar aku pernah sampai kat sini...nanti lah satu hari nanti aku nak buat xpdc khusus ke air terjun nie... tempat yang kai pergi nie pun tak kurang hebatnya...ada kolam yang besar dan air nya dalam dan berwarna hijau tapi sayang sekali aku tak bawa kamera..!
Dalam perjalanan pulang, ustaz Ya sibuk suruh aku teman kan dia cari teras beluru. Dia mahu buat tasbih, katanya tasbih dari teras beluru mmg mahal hingga mencecah RM800 untuk yang 100 biji..! Dia nie mmg peminat benda2 mcm nie, aku pulak kurenggggg! tapi aku ikut dia juga.

Lepas makan nasi,aku sambung lagi xtxt bermain air...anak lelaki aku yang kecil tu bukan main suka lagi...macam itik dapat air tapi aku tak bagi sangat dia bermain air bukit...takut demam! Abang dia pula, aku tenguk dah moyok...malam nanti sah demam!


Hampir 3 jam jugak kita orang dok berkelah kat situ...aku bertolak awal dari mereka. Dalam perjalanan balik sempat lah aku snap beberapa keping gambar untuk ditunjukkan pada geng2 aku kat bandar KB nanti...aku nak hasut mereka semua supaya buat xpdc berbasikal kat tempat nie...hehehe!

Sampai kat rumah aku terus bawa basikal aku tu ke sungai belakang kedai mertua aku tu...nak mandikan dia dan juga tuan nya sekali.. :-)


note: sila klik sini untuk lihat gambar2 yang aku ambik tu...

Kembali Online

Balik cuti raya cina beberapa hari lepas...aku terus terkam ke pc aku utk online tapi hampa sekali tak dapat nak log in plak dahhhh! apa ke heiiii pulak niiii...aku angkat ganggang telepon aku...ceh! line kena blok...hehehe..! besuk kena ke telekom,bagi setel semua hutang piutang aku tu...at last telekom plak terhutang dengan aku RM100 lebih...line dah ok tapi susah plak nak log in, kalau dapat pun line lembab mcm siput kebulur 44 hari..! nak masuk blog aku pun tak dapat...hampeh betul! Baru sekarang nampak ok sikit.
16/02/07 - Jumaat
----------------------
Lepas Jumaat, aku sekeluarga balik kampung aku kat Ketereh. Aku bawak balik basikal aku tu.
Malamnya pula ada mesyuarat agung parti kat madrasah Pak Muda Roni.
17/02/07 - Sabtu
--------------------
Wan Safei buat kenduri kahwin anak dia. Lepas ngelee dengan Wan, aku sekeluarga balik kg. orang rumah aku plak kat Chenulang,K.rai. Sampai ajer kat sana aku terus pasang basikal aku tu... pusing pusing kampung ajer..! test basikal.
Che'gu Baidi (biras) yang dok kat B'worth pun ada balik.
18/02/07 - Ahad
-------------------
Pagi nie niat nak gi ke Lata Mok Nenek tapi tak jadi sebab hari nie ada kenduri kahwin anak Pak Ngah kat Bechah Kelubi, Pasir Mas. Semuanya pergi...kalau aku tak pergi,tak kena sakan plak.
19/02/07 - Isnin
-------------------
Ride For Fun - aku buat entry khas untuk nie..!
21/02/07 - Rabu
-------------------
Hari nie baru masuk pjbt setelah 5 hari aku rehat panjang. Lepas letak beg,aku terus keluar, pergi print rumah customer aku. Dia orang nak datang tenguk pkl 10 nanti. Lepas kerja print memerint selesai, aku ajak Lah,Kamal dan Zul sarapan kat Wisma Yakin. Lepas makan aku terus balik pjbt.
Hari nie aku ada temujanji dengan En. Dasuki-Timb. Pengarah (Pengurusan) HRPZ II, pasal tapak Tabung Darah Wilayah Timur. Kena tunggu Ustaz Zahari dulu, sebab dia nie yang pegang amanah pasal tanah tersebut. Pkl 10 lebih baru dia dtg...kita orang berdua terus ke pjbt. En. Dasuki. Borak punya borak...terima call dari customer aku, dia ada kat pjt aku dah. Hampir pukul 12 t/hari aku minta diri. Nak makan t/hari dgn ustaz zahari pun tak sempat..! lain kali ajelah ustaz yer...
Hari nie sebuk betul...mkn t/hari pukul 3 ptg dan satu lagi task tak sempat aku buat hari nie, yaitu nak buat kerja ukur kat Istana Batu. Terpaksa lah tunda ke besok pagi.
Petang nya pulak aku mcm biasalah...gateh basikal. Hari nie aku dengan Saiful ke Pantai Senok.
22/02/07 - Khamis
----------------------
Masuk pjbt kejap, lepas tu ke Istana Batu, jumpa dengan Din. Dia nie kerja kat sini. Senang sikit kerja aku. Lepas ambil gambar dan ukur, aku ajak Din pergi minum kat kedai makan Din Tokyo.
Yie call aku...dia nak aku buat site plan proposal untuk tapak rumah YMM Raja Perempuan. Ptg. nie dia mahu aku siapkan sebab malam nanti dia mahu sembah kepada YMM Raja Perempuan untuk di beri komen. Pkl. 3pm lebih, plan tu pun siap. Aku terus ke pejabat Yie kat Telipot tu untuk buat print...tapi tak dapat,sebab Saiful bawa balik laptop pulah dahhhh...kena pergi print kat Lah juga nampaknya. Nasi baik dia masih lagi ada kat pjbt. dia.
Sebelum melangkah naik ke pejabat dia, aku makan 't/hari' dulu kat kedai 'Meena Curry'. Bila siap aku buat print, OTW nak hantar dwg nie, aku singgah kat kedai sukan, beli tight pant.
Bila semuanya selesai, aku balik pejabat,kemaskan barang...chowwww!
Gateh basikal ke Peringat-Pauh Lima-Cbg. 4 Binjai-Kedai Lalat-Demit. 30 kilo lebih.

Cuti Raya Cina Nanti

Sampai pejabat,tenguk2 pintu belum dibuka lagi...sms ke Aida, dia kata dia demam...semalam dia bagitau aku, dwg2 yang aku suruh buat tu hilang dari thumdrive dia. Mungkin semalam dia terpaksa buat balik dan tidur lewat..!!!

Aku ke JUPEM, beli CP tapak muzium perang. Aku nak tenguk dia punya boundaries. Pihak muzium negeri suruh buat pagar batu sekeliling kawasan dia. Sekarang nie dah ada pagar tapi pagar chainlink ajer..! teramatlah tidak sesuainya sebagai salah satu tempat kunjungan para pelancung dari dalam dan luar negara.

Aku pergi ke pej. Yus Construction, buat kerja kat situ.

Tengahari lunch kat kedai makan nasi kukus abg. mie,depan JKR tu...ajak Wan sekali.

Miss Wee dari LYK call, dia bagitau check aku sudah siap...best! best! ptg. nanti aku singgah ambik tapi tak sempat lar..! besuk pagi ajelah...

Aku singgah kedai basikal wan, beli accesories utk. basikal aku...satu beg kechil dan tiub sebagai spare...semalam dah beli pump dan tight pant. Habis seratus lebih.

Cuti raya cina nanti, aku nak bawak balik basikal aku nie. Aku nak buat offroad sikit. Kat sana kawasan dia berbukit dan dipenuhi dengan ladang getah dan yang bestnya aku nak ride sampai ke Lata Berangin..! kalau ada geng lagi best...ahhh! tak kisah lah aku sorang pun kira jadik...janji roccckkk!

Formula Perempuan

Rahsia Potong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Pagi semalam aku balik kampung...kali nie aku kayuh basikal ajer balik kg aku. Sarapan dahulu kat Pasir Tumbuh...aahhhh! baru cerah bijik mata! Aku melalui jalan kg. Pangkal Pisang keluar ikut cabang 3 Chengal. Sampai kat kg. aku, aku tenguk pintu rumah abang aku masih lagi tertutup, jadi aku terus ke rumaha kakak aku. Relax jap! lepas tu aku pergi minum kat kedai makan Mamat Tipah...tempat lepak aku bila aku balik kampung aku...hehehe! yang ada kat situ Pak Chu. Aku tanya dia...kenal lagi tak? dia kata tak ingat anak sapa aku nie...maklumlah, pak chu nie umurnya dah nak hampir 80 tahun! aku bagitau kat dia, aku nie anak pak nik amat! Ooooo...anak pak nik amat, baru dia ingat. Beginilah situasi bila dah jadi golongan warga emas. Tak lama kemudian datang tok imam masjid kg aku...umur dia baya pak chu juga...lahir tahun 1938!

Part yang paling aku suka bila berbual dengan orang tua ialah kesah lampau hidup mereka. Kau orang percaya lah, kalau nak cakap dengan orang orang tua tapi tak ada idea apa nak cakap...cuba ko tanya pasal kisah hidup dia masa muda muda dulu, mesti dia layan punya.
Tok imam kg aku nie, masa muda2 dulu, dia suka tenguk wayang kat bandar KB. Semua panggung wayang semua dia tahu dok kat mana...mcm panggung Lido,Odeon,Rani,Rex dan Mina (panggung nie aku tak tahu letak kat kawasan mana, tapi sekarang semuanya telah tiada) Masa tu tiket hanya 50 sen sahaja...flat rate! siapa masuk awal dok depan. Nasi baru 10 sen sepinggan, airnya pulak 5-15 sen segelas. Aku tanya dia, pergi bandar naik bas atau kereta? Bas atau kereta? bukan lah...kayuh basikal ajer! Nak tambang kereta atau bas mana mampu lagipun masa tu mana ada bas dan kereta lagi kat kawasan nie. kalau ada RM1 dalam poket dah boleh pergi bandar Kota Bharu. Simple betul kehidupan dia orang masa tu.

Hampir sejam jugak aku dok layan mereka berdua. Sedang syik dok bersembang, Mat Imin JPJ datang. Aku balik kg. nie pun pasal dia lah...dia mahu aku buat pelan untuk rumah baru beliau.
OTW balik singgah kat tapak rumah beliau. Rupa rupanta hari nie, unit kawalan kg aku buat bubur asyura. 2 kawah.

Pkl. 4.00pm, aku pinjam motor abg ipar aku \,pergi ke Kadok, nak jumpa 2 lagi customer aku yang nak buat pelan rumah. Hampir 2 jam aku dok kat situ. Lepas semuanya puas hati baru lah aku minta diri. Niat hati masa balik nanti aku nak lalu ikut jalan Beta tapi memandangkan hari dah nak senja aku ikut jalan Melor ajerlah...dekat sikit...25km. Nak singgah kat tempat dia orang kacau bubur asyura pun tak sempat...OK geng! aku balik dulu...jumpa lagi next time!

Berkayuh Malam

Keadaan cuaca sehari dua nie mendung ajer...kadang2 tu hujan lebat. Biasaknya hujan pada waktu pagi...OTW ke pejabat, aku singgah kat pejabat MAIK, nak jumpa Ustaz Redzuan. Dah 2 hari aku pergi kat pejabat dia, masih lagi tak dapat jumpa jumpa dengan dia nie. Sibuk memanjanggg..! maklumlah dia nie pegawai pendakwa raya MAIK. Hari hari kena hadir ke mahkamah syariat di seluruh negeri Kelantan.

Sampai ajer kat pejabat, hujan turun dengan lebat nya. Aku turun minum kat bawah. Aku call Wan Mahmud, ajak dia joint sekali.
Bila hujan dah reda, aku pergi ke bank. Masukkan duit ke acc. member kat Pahang. Aku beli baju umtuk 'ride' basikal.

Balik dari kerja, niat nak kayuh basikal tapi Saiful call, kita berkayuh malam nanti bersama group YMM Tengku Temenggong. Orait gak..! lama juga aku tak joint group YMMTT nih, nak buat macam mana, beliau selalu ke luar negara dan sibuk dengan kerja kerja beliau.

Pukul 9.00 malam, aku dah tercongok tunggu kat simpang masuk ke rumah rehat YMMTT. 9.30 malam barulah mereka muncul. Tengku Adnan, Yusri dan Saiful pun ada sekali. Ada lah dekat 12 orang termasuk 2 pengawal bermotor. Kita orang melalui Panji ke Peng. Chepa melaui jalan Padang Tembak. Rehat kejap kat Petronas petrol pump sambil tunggu group yang tertinggal...Hentian seterusnya ialah kat Kopitiam Oriental di Padang Sri Chemerlang. Engku Azman dan Ku Yem pun ada sama. Kita minum dulu..! aku order 100 plus, roti bakar dan telur separuh masak. Hilang 1 kilo, tambah 2 kilo...hehehe! YMMTT tak lantak mcm kita orang. Beliau mcm biasak lah...100 plus dan ais krim.

Lepak kat sini hampir sejam. Lepas tu kita orang semua bertolak balik melaui jalan JPJ Panji. Aku terus balik ke rumah tapi sebelum tu singgah kat Demit. Makan lagi...sambil tunggu Saiful. Sampai habis aku makan, bayang Saiful tak juga muncul2. Aku pun belah balik. Sampai rumah pukul 12 malam...

Le Tour de Langkawi 2007

05/02/07 ---> Isnin
---------------------

Hari nie jalan disekitar pejabat aku ditutup untuk memberi laluan kepada acara Le Tour de Langkawi. Hari ni peringkat ke-4 yaitu dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jarak kayuhan 178.1km...pergh! jauh betul tu, aku pun boleh...boleh pengsan! ....hahaha! Mereka dijangka sampai ke KB pada pukul 3.30 ptg nanti...

Fakta stage kali nie:
Stage 4 - Gua Musang - Kota Bharu
Start Time : 1100 hrs
Start Venue : Jalan Pulai, Gua Musang
Nuetralised Section : 9.7 km
Stage Distance : 178.1 km
Finish Venue : Jalan Stadium, Kota Bharu

Pagi nie aku kena pergi ke pjbt istana, jumpa PID. Yusri pun ada sama. Kami bincang pasal pelan bangunan tambahan Istana Balai Besar. Malam nanti kena sembah kepada Raja Perempuan. Bagi beliau tenguk dan mohon perkenan dari beliau.
Sebelum balik, aku minta PID tandatangan surat kebenaran yang aku minta semalam. Sebelum keluar dari Istana Balai Besar, aku jenguk sekejap kat tapak projek membina guard house kat depan pintu masuk utama istana. Dah hampir 60% complete.

Balik pejabat, aku masuk kejap lepas tu banyak dok meninjau kerja kerja persiapan LTDL. Kali nie lebih meriah dari Jelajah Malaysia dahulu...maklumlah pada kali nie hampir 90% adalah peserta antarabangsa. Banyak gerai2 dibina termasuk yang jual pakaian dan sovenier dari penaja program nie. Niat nak beli shirt untuk dipakai buat ride nanti tapi colour dia aku tak berkenan. Aku tak beli apa apa pun...just buat window shopping ajer lah!

Masa yang ditunggu dah tiba, pengumuman dari pihak urus setia semua para peserta sekarang dah memasuki bandar Kota Bharu. Penonton menjadi semakin ghairah untuk melihat ketibaan para peserta. Helikopter berligar diruang angkasa bandar KB. Suasa sungguh bingit dengan sorakan dan bunyi pukulan papan iklan oleh para penonton yang berbaris di kiri kanan jalan. Muzik tradiosional seperti kertok, rebana dan lagu tema LTDL dimainkan serentak...sunguh bingit sekali. Aku bernasib baik dapat port yang baik, itupun tepaksa aku panjat flower box MPKB. Aku berada 50 m dari tempat penamat. Manusia tak payah cakap lah...bila diumum semakin dekat,semakin kuat paluan dan sorakan dari penonton...sampaikan aku sendiri pun naik syeh...hehehe!

Tu dia peserta dak menampakkan diri...para penonton makin jadi tak keruan,kesian pada pasukan keselamatan yang terpaksa berkejar kesana sini mengawal gelagat para penonton supaya tidak menganggu ketibaan peserta tidak terganggu. Maklumlah 1 km akhir adalah kawasan pecut! kayuhan para peserta kat area nie mencecah 90km sejam!!!

Semakin hampir peserta ke garisan penamat penamat semakin suasana makin gamat, bila sampai 30m terakhir satu kemalangan berlaku. Ada peserta yang tak dapat mengawal basikal nya lalu terjatuh! mana yang sempat mengelak...mengelak bagi yang tak sempat, langgar terus. 2 peserta yang cedera teruk, basikal mereka terbarai kat atas jalan. Kemalngan nie dekat ajer dengan tempat aku berdiri...tapi bila keluar kat berita tv, tak nampak. Mereka zoom kat area kemalangan ajer, kalau dia ambil wide, mesti ko orang semua nampak aku...hehehe!

STAGE 4 - Results Summary

Gua Musang - Kota Bharu 05 February 2007
Issued: 05 Feb 2007, 16:40

Stage 1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni)
2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare)
3: Impey,Daryl (South Africa)
Overall
Overall 1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole)
2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni)
3: Voeckler,Thomas (Équipe Bouygues Telecom)
Leading Asian Riders
Leading Asian 1: Askari,Hossein (Giant Asia Racing Team)
2: Doi,Yokihiro (Skil Shimano)
3: Abbas,Saeiditanha (Azad University Team)
Points
Points 1: Loddo,Alberto (Serramenti PVC Diquigiovanni)
2: Richeze,Maximiliano (Ceramiche Panaria Navigare)
3: Huff,Brad (Team Slipstream)
King of the Mountains - Raja Bukit
Mountains 1: Charteau,Anthony (Crédit Agricole)
2: Pedraza,Walter (Serramenti PVC Diquigiovanni)
3: Fukushima,Koji (Nippo-Meitan Hompo)

note: gambar yang aku snap sekitar acara ini akan aku upload lenkali...kamera tu member aku ambil
Lepas letak beg kat pejabat aku pergi ke PTG kat Kota Darulnaim. Beli cabutan hakmilik tanah. Kena RM30. Balik office,draft surat kebenaran untuk Raja Perempuan Kelantan,lepas tu kena pergi ke pejabat istana Balai Besar untuk di taip semula dan ditandatangani oleh PID. Malangnya PID tak ada kat pejabat, jadi aku tinggal kat SU dia ajer.

Jam dah pukul 11 lebih,tapi aku tak sarapan lagi nie...singgah kat kedai makan Din Tokyo. Aku order nasi sup dengan tea-o ais. Tak perasan pulak Wan Shafie ada kat situ. Borak borak dengan dia, dalam pada tu dia hulur kat aku kad jemputan kahwin anaknya pd. 17 Feb. nanti. Aku dan dia sekampung.

Balik dari kerja, aku pergi ke rumah Che Mat kat Pintu Geng. Orang rumah dia call aku pagi tadi,dia suruh aku tenguk pc anak dia yang tak mo hidup. Ada kat sejam lebih aku kat rumah dia. Nampak gayanya, petang nie tak dapatlah aku kayuh basikal...
Pukul 7:30am semalam aku dan Saiful dah ready tunggu geng2 basikal kat pasar Kubang Kerian.Biasanya dia orang akan berkumpul kat sini dulu sebelum memilih route.
Sambil tunggu dia orang, aku masuk kedai kopi...sarapan dulu.

Pukul 8:00am masih lagi tak nampak batang hidung dia orang nie,jadi aku kayuh dengan saiful ajer lah melalui cabang 4 binjai-pauh lima-bekelam-jelawat terus menuju ke pantai irama bachok. Pukul 9:00am lebih aku sampai kat pantai irama. Sambil lepak dan tunggu saiful, barulah muncul geng geng basikal dari cabang 4 cherang nie. Dia orang pun kena tunggu member2 yang lain. Aku dan saiful joint geng dia orang yang jumlahnya lebihkurang 20 orang sambil minum kat gerai tepi pantai tu...angin kuat betul,tak sampai setengah jam, kita orang semua kesejukan!

Pukul 10:15am kita orang bertolak balik melalui perupok,tawang,kedai lalat. Aku follow ajer...kayuh ramai ramai nie best gak,tak lah rasa letih sangat. Sampai kat kg balai dah jadi dua kelompok.4 orang dah ada kat kelompok yang depan sekali, aku pecut nak joint group depan tu...saiful pun ada sama, laju gak kayuhan mereka nie semua. Dalam group depan nie ada seorang budak dan juga seorang pakcik...aku agak2 umur dia nie dah 60 tahun lebih, tapi dia punya kayuhan laju betul...aku respek betul lah kat pakcik nie..! aku follow belakang dia.

Sampai kat kg budi,aku nengok ke belakang si saiful dah hilang...sampailah aku berpisah dengan dia orang semua kat simpang 4 panji masa aku route kerumah aku di bandar baru kubang kerian.

Fuuhhhh..! letih betul aku dibuatnya tapi best betul berkayuh pada hari nie. Bila aku tenguk top speed yang aku buat pada ari nie mencecah 37km/jam...rekod baru nie! pas nie aku nak kayuhan aku tu biar lebih 40km/j...tapi buleh ke? Aku skrg pakai basikal jenis montain bike. Basikal jenis nie bukan untuk speed tapi untuk kayuhan lasak, kalau yang jenis racing tu senang2 dapat cecah 40-50km/j. Sekarang pasang angan angan nak ambik yang jenis racing plak... hehehe!

Belah petang, aku relax ajer kat depan tv...badan masih lagi tak hilang letihnya. Henpon aku asyik dok berdering dari tadi lagi, aku tahu dari siapa call tu...sebab ptg nie aku ada appointment dengan orang kat bandar kb. Malas pulak rasanya nak pergi,sebab tu aku tak angkat bila hepone aku berdering. Ada ler 6 miss call...aku pergi juga tapi lepas asar... ok jugak ler tu sebab aku janji dengan mereka lepas jumaat tapi pukul berapa tu aku tak beritahu...kan asar tu lepas jumaat...

Biadap Betul

Dalam rancangan SENSASI terbitan TV3 pada hari Rabu 30/01/2007. Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama Awal dan Watie Elite, Awal telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba badak si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah.

Kalau nak tau apa dia kata pergi sini:

http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI

Astaghfirullah..! tergamak dia guna perkataan "NAK MAMPOS" kepada Saidatina Siti Khadijah. Kurang ajar betul dia ni, bercakap mcm orang tak ada iman kat dalam hati. Kalau aku tanya ko orang semua, sanggup tak ko orang menghina isteri Rasulullah?

Mencerca isteri Nabi, bererti mencerca Nabi. Jaga jaga, bukan semua benda boleh kita buat lawak dan main main.
Benarlah intipati tazkirah tuan guru...bilamana keluar daripada mulut mereka akan gambaran sesuatu yang menghina dan cercaan kepada junjungan besar nabi saw, keluarga dan para sahabat...yakinlah bahawa..di dalam hati mereka..jauh lebih dahsyat apa yang terucap di bibir.

Berbulu Di Mata

Petang semalam aku dan Saiful dah set nak kayuh basikal. Aku tunggu tempat biasa. Janji pukul 6pm tapi dia lewat 15 minit...so tak dapatlah kami nak ke Pantai Senok. Kalau pergi jugak, sampai rumah nanti mesti waktu maghrib dah banyak. Kami pun ambil keputusan ikut jalan Pantai Sabak dan buat 'landing' kat tepi padang airport Peng. Chepa.
Dalam perjalanan, serempak dengan 2 orang geng cabang 4 Tapang. Dia potong aku sambil bagi signal. Aku follow dia orang dari belakang. Sorang tu pakai MTB dan seorang lagi pakai 'basikal Jepun'. Tak lama kedian, yang pakai MTB tu memecut. Aku follow dari belakang ajer member dia yang sorang lagi. Kayuhan dia tak berapa laju, maklumlah basikal Jepun mana nak laju stakat nak gateh sambil makan angin tu boleh lah. Teman dia dah 100 meter ke hadapan. Sampai kat Padang Polo, aku pun bagi signal nak potong dan cuba kejar member yang kat depan tu, fuuhhh! nak putus nafas dibuatnya. Dapat juga ikut rapat belakang dia tapi aku tak potong, nanti dia kata aku nie nak tunjuk kuat pulak. Aku follow ajer dari belakang sampai ke simpang 4 Pantai Sabak. kami berdua rehat kejap sambil tunggu Saiful.
Dalam perjalanan menuju ke airport, aku pulak yang pecut dok kat depan. Sampai depan airport aku singgah kat kedai beli 100 plus sambil tunggu Saiful lagi...kami berehat tepi pagar airport sambil dok minum mengilangkan kekeringan tekak.
Aku lepak depan sebuah kereta. Dalam tu aku tenguk ada perempuan tapi ada 4 kaki yang keluar. Budak perempuan tu tertunduk tunduk.Rupa rupanya dia orang dok #@#%$&! kalau yer pun pilih lah tempat lain, kawasan nie orang ramai. Aku tenguk ajer kat kereta dia orang tapi dia orang buat derk ajer...kalau lah time tu aku tahu no. telipon unit AMRU mesti aku call dia orang punya...bengang betul aku.
Kalau kau orang nak tahu org dlm kereta sedang buat perkara tak elok senang ajer...kalau kau tenguk yang perempuan dok kat tempat pemandu. Ini taktik untuk mengabui mata orang ramai ajer tapi sebenarnya tidak, lebih lebih lagi kalau dia park kereta dia jauh dari orang. Confirm dalam tu ada 'temam' sebab tak kan lah orang perempuan nak park kereta dia jauh jauh dari orang ramai kan bahaya tu..! lagi pun kedudukan begini mmg menjadi favourite dia orang. Kenapa..? hehehe... aku tak nak jawap, ko tanyalah orang lain, kalau aku bagitau nanti tak pasal pasal kau orang tuduh aku nie pakar dalam hal nie...tak gitu geng! aku nie tak pernah buat perkara tak senonoh mcm tu...minta dijauhkan, simpang malaikat 44!

Aku Sepasang Kasut

Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu. Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid. Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya.
Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga. Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya. Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.
Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.
Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.
Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.
Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.