Off-Road Raya

Hari Jumaat - 19 Okt. 2007
----------------------------

Pukul 7:15 pagi, aku dah ada kat kedai basikal Malik. Dia orang semua dah sampai, cuma tunggu Jani dan Chikgu Mie ajer...Jani call, suruh kita orang pergi dahulu, nanti dia menyusul dari belakang. Cuaca hari nie mendung ajer... sejuk lah sedkit. Sarapan pagi kat pekan Kok Lanas, sambil tunggu Jani. Kesemuanya ada 12 orang ahli kelab KMH menyertai nya. Ini adalah aktiviti pertama selepas sebulan berpuasa. Kebanyakan kita rehat panjang. Tak tahu larrr...apa nak jadi lepas nie! jangan ada yang pengsan sudah!!! maklum lah, semua urat saraf dah jadi kaku setelah berehat panjang.

Pukul 9 pagi kita start berkayuh masuk trail...Tujuan kita ari nie nak ke kuari. Hari nie Hamdani JPJ yang jadi guide. Semuanya nampak bersemangat. Acara mendaki pun bermula...ramai yang cuma larat separuh jalan ajer...terpaksa dorong beskal ke puncak! lelah bagai nak rak...oksigen! oksigen..!!! kita sambung balik, selepas berehat kejap. Best betul weyyy!!!

Poknik jatuh tersembam kat dalam parit...habis basah!!! dia tak puas atiii...sebab member member lain masih lagi kering! Selepas setengah jam berkayuh kita rehat sekali lagi...kali nie nampak gaya si Jani dah tak larat benar,sampai baring atas tanah. Tak aper boss...kita rehat panjang sikit...Bila semuanya dah ok, kita ke tapak kuari pulak. Kat sini adalah tempat tunjuk skill. Ada tempat buat jump!

Pian ditimpa kemalangan masa buat jump. Bahu nya terseliuh dan luka luka kat bahu. Nampak gaya teruk jugak nih...sampai tak boleh nak bawak beskal. Terpaksa dibawa keluar dengan kereta. Hamdani dan Lie Keropok terpaksa balik ambil kereta. Kita akan bawa keluar Pian ke jalan besar. Hujan renyai dah mula turun...lepas hantar Pian ke kereta, kita orang semua balik. Hujan semakin lebat. Sampai kat Pekan Kok Lanas, semuanya lenjan!
Lepas simpan beskal masing masing kat dala kereta, kita minum minum kejap sambil dok buat ulasan axtiviti tadi...pian dah balik awal.

Kesimpulan nya...aktiviti hari nie memang best! walaupun ada sedikit kemalangan. Kemalangan adalah perkara biasa dalam aktiviti macam nie walaupun kita dah ambil langkah langkah awal mengelak kemalangan...minggu depan nak pergi mana pula weyyyy!!!!

Coretan Aidilfitri

Hari Raya Pertama - 13 Okt. 2007

Tahun nie aku beraya kat kampung aku di Ketereh. Selepas solat sunat hari raya, aku ke kubur arwah mak dan bapak ku. Masa aku sampai kat sana org. tak lah ramai sangat. Lepas baca tahlil dan surah yasin kat situ,aku balik lepak kat rumah abang aku. Nonton tv sambil makan makan.

Pukul 5pm aku pergi ke tanah Tanah Merah. Rumah abang aku jugak. Kenderaan atas jalanraya tak lah banyak sangat lagi. Perjalanan lancar ajer...aku dok lama lah jugak,kerana terpaksa tunggu anak sedara aku si mat din, member dia nak buat rumah, jadi segala urusan design,pinjaman dan kontrak dia suruh aku buatkan... aku ok ajer! Raya ke tiga nanti, kawan dia nak datang ke pejabat aku.Bincang pasal rumah dia.

Pukul 9 malam, aku sekeluarga bertolak balik ke kampung isteri aku kat Kuala Krai. Tak ada sesiapa kat rumah aku, kalau hari raya mcm nie. Biasa lah...bapa dan mak mertua aku pergi ke Mekah...berpuasa kat sana sambil bawa orang umrah kat sana. Jarang sangat dia sambut raya kat rumah, yang ada Yie sorang,dok tunggu rumah dan kedai.

Raya ke-2 dan ke-3 tak kemana mana. Dok lepaka kat rumah ajer sambil layan tv dan juga sedara mara ajer...! ingat raya ke=3 tu nak balik KB, tapai malas teramat sangat sebab jalanraya memang jammed tahap gilerrr!!! kalau hari biasa hanya 1 jam setengah kita boleh sampai ke KB tapi kalau hari raya cen-gini mahunya 4 jam! baru boleh sampai Kota Bharu. Aku balik besok ajer lah!!! lagi pun aku sorang ajer yang balik.

Hari ke Empat - 16 Okt. 2007 (Selasa)
---------------------------------------

Aku balik ke Kota Bharu. Tumpang kereta kawan adik ipar aku. Jalan dah tak jammed lagi, cuma dari arah Kota Bharu menuju Gua Musang ajer yang jammed teruk. Warga kota balik ke KL.
Petangnya pula, aku pergi ke rumah Fadly, dia ada buat open house.

Hari ke 5 - 17 Okt. 2007 (Rabu)
--------------------------------

Pukul 9am pagi dah ada kat pejabat. Semua kedai dan pejabat kat floor aku nie masih lagi ditutup. Rasa sunyi pulak! mood raya pun masih tak hilang lagi nie.... Pukul 11am dia orang sampai. Pukul 2pm, aku tutup pejabat aku terus balik rumah.

Hari ke 6 - 18 Okt. 2007 (Khamis)
-----------------------------------

Pergi pejabat. Tengahari aku pergi ke rumah Amry, nak pergi beraya dengan dia, dalam pada tu dia sempat buat tawaran supaya aku baiki rumah dia dan buat pendawaian baru untuk rumah dia nie. Budget dia dalam 20 ribu.

Pukul 1 setengah, Saiful datang jemput aku ke rumah mak tiri si linda kat Peringat....dia ada buat kenduri sedikit sempena majlis pertunangan dia hari nie. Masa aku sampai, rombonga peminangan tak sampai lagi. Dia sekarang dah kerja kat Selangor. Aku tak boleh lama kat sini, aku terpaksa ke Pasir Puteh pulak dengan Jani. Mahu pergi ke Ladang Ternakan Mahaderas...ada benda yang nak di setel sedikit kat sana.
Pukul 10 malam baru balik rumah. Dalam pada tu, kita orang semua dah berpakat. Besuk kita 'masuk hutan' kat KokLanas...!!!


Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin kepada semua kawan kawan cyber saya terutama yang sentiasa menjenguk kelaman saya nie. Mana mana ayat yang ter'over', mana mana kata yang ter'double' meaning,mana mana ayat yang meraban tak tentu hala dan menyinggung perasaan tu saya pohon kemaafan diatas kealpaan saya tu...

Pada yang memandu masa balik kampung tu, pandu lah berhati hati dan yang penting sabar...al maklumlah kenderaan banyak atas jalanraya/lebuhraya. Bila dah banyak tu, banyaklah ragam pemandu yang terpaksa kita hadapi...harap bersabar yer!!! kan sabar tu separuh dari sabariah...maksuh saya separuh dari imannnnnn!!! hehehehe!!!

Semuga gembira beraya sakan dengan kaum keluarga,sanak saudara,teman taulan dan raya sakan kita tahun nie weyyyy!!!

Hari nie nak balik kampung jap, bayar fitrah. Tahun nie aku nak beraya kat mana ek?

Berbuka posa kat hotel

Pada sebelah pagi balik kampung kejap...pergi rumah abang. Dia suruh aku check pc dia, dah seminggu tak boleh nak surf tenet. Tak dapat settle gak pc dia tu,walaupun aku dah tarok NC baru...mungkin sistem pc dia dah mereng kot..!!!

Petang nya pulak aku singgah rumah kakak aku. Dia tanya pasal tanah yang diduduki sekarang dah buat proses tukar nama kepada kami adik beradik tak? Aku jawab...belom lagi! tenguk lah lepas raya nanti, aku cuba selesaikan.
Sebelum balik, aku kait rambutan yang sedang masak ranum kat laman rumah kakak aku tu. Lepas tu aku 'chow' balik ke Kota Bharu.

Jani hantar sms pada aku, tolong ingatkan...hari nie ada majlis berbuka posa dengan bos dan kakitangan Kumpulan Mahaderas kat River View Hotel.
Aku sampai kat sana dah nak berbukak, kelam kabut aku dibuatnya. Orang lain semuanya dah ready dengan makanan dan minuman masing masing kat atas meja. Aku capai yang mana ada ajalah...bbuurrpppp! alhamdulillahhhh...!!!

Lepas makan...bos Kumpulan Mahaderas bagitau, hari isnin nie ada meeting management kat pejabat beliau. Group aku kena hadir sama...banyak benda yang dia nak cakap.

Malam nya pulak,aku,cikgu mie,epu dan jani keluar minum kat gerai era...pukul 2am baru balik rumah.Sampai rumah bukak pc...check email dan jenguk2 blog member2 pas tu tulis nie.Tenguk2 dah pukul 4 pagi lebih...nanti kejap lagi nak kejutkan isteri aku untuk bangun sahur. Lepas subuh nanti lah aku tidur kejap...