Aku terjaga pd pukul 3am...aku on tv, ada live FA Cup kat chanel 82. Manch. Utd(2) vs Sheff. Utd(0). Aku tenguk sampai abisss...lepas tu on my pc. Check my lelong and aku menang 1 bid...pas bagi inform kat seller dan check my gmail, aku update blog aku nie yang tak terupdate 2,3 hari lepas.

Pagi nie aku dan saiful kena pergi ke K.Krai. Jumpa DO. Pasal nak buat kuarters pekerja kat Projek Diraja 2 di Kg. Sepuloh. Aku tahu bebenor tempat nie,sebab dia tepi jalan menuju ke rumah mertua aku kat Chenulang. Hari sabtu lepas aku berkayuh kat sini.

Pintu Masuk

En.Daud (baju biru) Saiful (baju putih dan Pok Mat (pakai cap)

Sebelum pergi kesana, En.Rosdi, Pegawai Pembangunan PTG K.Krai jemput kita orang semua makan t/hari kat pej. haiwan K.Krai. Sambil nak jemput En.Daud dari pejabat haiwan dan juga Pok Mat, Pengurus Ladang projek nie.Lepas makan aku,En.Daud dan Pok Mat pergi ke tapak projek. En.Rosdi tak dapat pergi kerana dia kena pergi ke Dabong, mahu ambil jadual program Ketua Jajahan masuk kampong pada 25hb. nanti...

PEMANDANGAN SEKITAR TAPAK PROJEK:



Jalan menuju ke RPT Chenulang

OTW balik aku lalu ikut T.Merah sebab aku ada satu lagi appointment kat Pasir Pekan. Janji dengan dia orang pukul 3pm tapi pkl 4pm masih lagi kat T.Merah..!

Pukul 5:30pm sampai kat office. Aku pack barang aku,terus balik rumah.

Pkl 6pm Kamal datang dengan member dia. Dia orang nak beli beskal tapi sayang beskal tu dah di sambar orang...aku bawak ke ke kedai member aku kat Wan Cycle. Tinjau tinjau beskal kat situ. Lepas tu minum kat ROSDA.

No comments:

Post a Comment