Bila Ada Duit Di Tangan

Shimano Brake+shifter yang aku beli melalui online dah sampai pagi tadi.Pukul 4 ptg. aku dah balik rumah. Sengaja aku balik awal sebab aku nak ke kedai Malik suruh dia tukar brake+shifter lama aku tu dengan yang baru aku beli tu. Ramai pulak customer kat kedai Malik. Pok Nik dan Jani (Tuan Presiden) ada sama. Pukul 6 baru boleh Malik sentuh beskal aku. Mulanya aku suruh tukar brake ajer...dalam pada Malik dok tengah tukar brake, aku suruh plak dia tukar grip beskal aku tu...(saja saja nak tukar)

Member pulak dok 'bakar' aku suruh tukar headset pulak...aku mmg dah ada niat nak tukar benda nie,sebab headset lama aku tu "chap ayam" ajer..! Aku ambik brand Chris King yang fake punya, kalau yang original ada lar dalam RM250.00 seketul,untuk yang nie murah sikit...RM78.00
Panaracer FireXC pro

Chris King Headset...aku beli yang colour gold

Bila siap semuanya, terbang RM98.00 duit aku petang tu...nie yang aku malas nak bawak beskal aku kat kedai tambah2 lagi time ada duit, mesti ada benda yang aku nak tukar. Sebelum tu,aku suruh dia setup wheelset "shimano safety line"+hub deore complete dgn QR sekali. Dalam RM350.00 katanya tak termasuk tayar. Kalau pakai Panaracer fire XC pro 2.1 tambah lah lagi dekat dekat dua ratus!
Wheelset baru nie aku nak taruk tayar offroad (tayar besar) dan yang lama tu aku pakai utk road biasa (tayar kecik). Senang sikit, lepas nie tak payah bersusah payah tukar tayar.

Malam nie macam biasak lah, ada xtvt berkayuh malam. Pukul 9pm berkumpul di hadapan kedai Malik. Malam nie ramai pulak yang keluar. 16 orang kesemuanya. Malam Khamis lepas cuma 5 orang ajer yang keluar. Aku keluar pada malam tu tapi aku dan saiful berkayuh dengan Tengku Temenggung Kelantan.

Lepas round bandar KB, kami semua lepak kat port biasa yaitu restoran tepi tambatan diraja. Pkl 12 balik...

No comments:

Post a Comment