Peristiwa 1 Mei 2009

Pagi nie bermulanya Sua Rasa anjuran TV9 di perkarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV. Betul2 mengadap opes pokcik. Pagi nie keluar sebentar ambil gambar 2,3 keping masa kat sana,

Mek dari Nasi Lemak Kopi O

Tak kenal larr...:ha?:

Jaafar yang sentiasa ON...:ahaha:

anak2 pokcik mungkin kenal...

Pukul 11am balik umah...load gambar dalam komputer.

Hari nie solat Jumaat kat Masjid Kg. Cherang sebab pokcik ada job kat situ hari nie yaitu mengambil gambar majlis akad nikah kad. Acara akan bermula lepas solat Jumaat. Selepas solat, setting kamera tak lama kedian rombongan pihak lelaki pun sampai. Aku cuba snap gambar untuk test...tapi tak mo, tekan sekali lagi...ak mo jalan jugak...bila check kamera aku, baru aku sedar aku erlupa masukkan SD card dalam kamera aku tu dan SD tu aku tertinggal kat umah pulak di Kubang Kerian...ahhhh!!! ::( sudah...pengantin lelaki dah sampai nie, peluh sejuk dah mula keluar nih...:ayokona: aku bagitau kawan aku, agar hold majlis kejap,aku pun pecut balik ke rumah,dalam perjalanan baru terlintas ada sorang kawan aku tu main kamera jugak,aku call dia tak angkat,mungkin tak balik masjid lagi...tiba2 ada panggilan masuk, kawan aku panggil balik...aku pun cerita lah masalah yang menimpa aku tu...nasib baib kamera nya pakai samajenis dengan memory kad aku...lega!!! :sweaty: ribuan terima kasih buat sdr Mizu...dia lah penyelamat keadaan kelam kabut aku pada hari tu...kalau tak ada dia, tak dapat aku bayangkan betapa kalutnya aku pada hari tuuu...terima kasih sekali lagi...

Lepas makan kenduri kat rumah pengantin perempuan,aku bergegas balik, sebab hari nie ada group KLIK yang akan ke Bkt.Marak nak shoot geng KMH dan BBB's dari KL buat DH kat sana. Program pukul 3 pm tapi skrg dah pukul 4 pm member KLIK kat sana dah call aku tanya kat mana aku skrg....bergegas naik rumah,tukar pakaian, start motor terus ke Bukit Marak.
Sampai sana dia orang dah ada kat atas bukit, geng2 KMH dan BBB's dah ada kat atas puncak.
Terkejut aku bila sampai kat Bukit Marak,bila tenguk trail yang KMH buat telah di dirusakkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab, dengar kabar tuan tanah sebelah bukit nie jual tanah bukit dan kontraktor mengangkut tanah buat laluan betul2 diatas trail DH yang kami bina selama ini, habis segala gap, cerun dan rock garden di rusakkan dan di ratakan...spoil betul! :sobrakana:
Kesian pada group dari KL yang tak dapat merasa trail DH yang asal...tak dapatlah nak terbang melintasi gap yang cun kat kaki bukit nie...

Hampir pukul 7pm, kita orang pun selesai main kat sana, aku kat sana tak kayuh beskal,hanya jadi tukang gamba sahaja.

Malam nie aku kena balik ke Kuala Krai pulak sebab Kelab BBB's dan KMH akan buat kayuhan lasak kat Hutan Simpan Sg. Durian melalui trail yang digunakan untuk mengangkut kayu balak...kena buat persiapan makan minum untuk dia orang semua sebab tu kena balik juga pada malam nie...

to be cont'd ---> :waaah: