Clip Video KMH



klip video di ambil masa kita orang buat shoot kat KMH DH Trail. Ia adalah trail downhill pure yang pertama kat Kelantan...

saya telah youtube kan clip nie...

My Fuji Pinepix S9600

Ini adalah gadget terbaru pokcik, sebuah kamera digital yang dibeli secara 2nd. hand dari kawan yang bekerja kat Arab Saudi, di tolak murah murah ajer kat pokcik. Dia nak nak pakai Nikon D60 pulak...

Kamera nie bukan lah sepenuhnya DSLR tapi dalam kategori kamera prosumer. Dia berbeza dari DSLR kerana kamera nie dari jenis fixed lense tak macam DSLR yang boleh ditukar tukar lens dia.


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Kamera nie pokcik gunakan untuk mengambil gambar aktiviti kelab beskal pokcik dan juga menerima tempahan untuk mengambil gambar2 majlis orang kahwin...kira kira macam wedding photographer lah...dan pokcik juga telah create satu laman kat flickr--->http://www.flickr.com/photos/pokcik

Pantai Senok,Kelantan.

Lama betul blog pokcik ni berserawang...pokcik tak kemana mana ada sekitar sini jugak...

Ko orang nak tahu kat mana Pantai Senok nie? Kalau dari Kota Bharu ambil jalan menuju ke JPJ Panji, bila sampai kat traffic light ambil jalan ke Kedai Lalat atau Kota Jembal. Bila sampai di Kedai Lalat, ambil simpang ke Peng. Datu. Kemudian ambil simpang ke kiri bila nampak signboard Pantai Senok. Jarak dari Kedai Lalat ke simpang tiga Pantai Senok ada lah dalam lingkungan 6 km ajer, kalau dah nampak papan tanda Tawang, itu maknanya dah terlepas simpang tu.

Pokcik selalu datang sini untuk memancing tapi sekarang dah jarang2 datang ke sini. Boleh dikatakan aktiviti utama kat sini ialah memancing. Nak mandi tak digalakkan kat sini kerana pantai nya curam dan amat merbahaya kepada mereka2 yang tak tahu berenang terutama kepada kanak2. Kalau nak datang berkelah kat sini, kena bawak bekalan makan dari rumah, kerana kat sini tiada gerai makan.

Pantai nya cantik tapi sayang sekali tak boleh mandi manda...

Originally uploaded by Finepix S9600 Club