Musim Kenduri Kendara

25 May 2007 - Jumaat

Kad jemputan kahwin sanak sedara,kawan kawan dan kenalan dah bertimbun kat atas meja pejabat aku nie. Biasak lah tu...kan sekarang nie musim cuti sekolah! Pada hari Jumaat lepas kena pergi ke Negeri Sembilan kerana Wan, anak saudara aku nak kahwin. Pukul 8:30 pagi, aku, abang aku dan isterinya dan Soh merangkap co-pilot bertolak ke sana. Singgah minum kat RnR Gua Musang. Rehat jap dan perbetulkan tulang belikat...hehehe!!!

Sampai kat Bukit Tinggi, niat nak singgah kat situ tapi tersilap masuk jalan pulak dah...so kena buat stop lagi kat Hentian Gombak. Rehat jap setengah jam! Bila sampai kat area Tmn Melawati teringat plak aku kat kat pejabat lama aku dulu. Aku kerja kat sini 10 tahun, dekat sebuat firm Jurutera. Pejabat nya kat belakang bgn Bank CIMB. Aku dengar kabar banyak staff lama dah berhenti yang ada cuma head head jabatan ajer dan 4,5 orang member2 lama aku still kat situ.

Lepas ambik tiket tol kat plaza tol Sg. Besi kami semua apa lagi...pecut ajer lah! aku kat belakang nie nak pejam mata jap! Sampai kat sana, kami ambik simpang ke plaza tol Negeri 9. Sampai sini kena cari Masjid Besar Negeri 9...sib baik tak makan buah langsat, jumpa gak kami masjid tu. Sanak sedara dah berkumpul kat situ. Majlis akad nikah anak sedara aku tu akan berlangsung kat sini. Hari nie ada 2 pasangan akan mengadakan majlis akad nikah kat masjid nie. Patutlah aku tenguk orang dan kenderaan penuh kat perkarangan masjid yang tak berapa luas nie. Majlis akad nikah berlangsung selepas solat asar. Bila semuanya selesai, kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan di Perumahan Rakyat Bendang Nyior, Ampangan. Kami di jamu dengan kuih muih...elok lah tu, aku nie pun dah nak masuk tahap kebulur dah nie!!! Dalam banyak banyak hidangan tu, aku tertarik kat pulut kuning ajer sebab kat sini pulut nie dimakan bersama dengan sambal tumis petai!!! pergh...! 1st. time aku makan pulut kuning cecah sambal tumis petai nie. Best plak rasanya...kalau kat tempat aku, pulut kuning macam nie akan dimakan bersama dengan gulai ayam ke, daging ke atau dengan telur dadar. Satu pengalaman yang menarik bagi aku.

Pulut kuning dengan sambal tumis petai

Malam nya pula diadakan majlis berinai, menantu disambut dengan paluan kompang...siap dengan bunga api sekalik...meriah betul dia orang sambut menantu kat sini. Lepas ambik gambar, aku ke khemah untuk menjamu selera. Masak lemak cili api pun ada jugak...walaupun pedas nya dikurangkan sebanyak 50% aku makan sambil minum air...pedas wey!!!
Selepas segalanya selesai, kami semua balik ke Kuarters Kastam kat Serdang. Semuanya bermalam kat situ.

26 May 2007 - Sabtu

Paginya...aku keluar awal sedikit, sebab nak pekena roti canai. Lepas makan kami ke Nilai Square. Syurga beli belah untuk kaum wanita terutamanya kain ela. Aku nengok nengok ajer lah...abang aku sambar carpet 2 bidang.

Majlis persandingan akan diakan pada pukul 12:45 t/hari. Nasib baik cuaca hari nie tak berapa panas sangat. Lepas acara bersanding, acara makan pulak...satu acara yang best sekalik! Sambil makan sambil layan lagu lagu karaoke yang dinyanyikan oleh penyanyi yang tak berapa pro...pitching lari laarrrr!!! hantam ajer lah, asalkan keluar iras iras lagu...go abg Man..go!

Pukul 3 pm, aku bertolak pulang ke Kelantan. Kali ini Soh yang pandu. Entah kenapa, bila sampai kat Simpang 3 Nilai Utara, dia nya belok ke Cyberjaya pulah dah...nak undur dah tak boleh lagi dah. Kami terus ajer lah. Masuk lebuhraya LDP pas tu terus ajer ke Pencala link dan keluar di Batu Caves. Tengok...berapa punya jauh kami ambik laluan untuk ke Gombak. Duit untuk tol jangan story ler...tu pun makan buah langsat 2,3 tangkai jugak tuuu!

Berehat kat Bukit tinggi. Aku beli buah berangan goreng 1 kilo. Kena RM16 ringgit. Sampai kat Bukit Tujuh kenderaan dah bersusun susun. Macam nak balik berhari raya rasanya. Hari pulak hujan renyai renyai. Jalan kat sini bahaya, jalanya sempit dan mendaki bukit. Kalau ada lori plak kat depan...alamat nya, macam semut!

Sampai kat rumah hampir pukul 12 t/malam. Malam tu aku tidur rumah abang aku ajer...malas nak balik malam malam buta macam nie...

Dua Minggu Berlalu

Dua minggu yang malang bagi aku. Pertama sekali, aku kemalangan beskal kat Tasik Kenyir dan yang kedua aku telah di'kapur' oleh mamat beskal. Melayang duit aku sebanyak RM1200...terganggu fikiran aku dibuatnya sehinggalah kini terutama bila aku fikirkan pasal frame basikal aku tu. Aku memang teruja sangat sangat nak tukar ke fulsus tapi hajat aku tu tak kesampaian jugak...memang frust betul aku diuatnya. Buat mamat tu, aku nak bagitau...duit yang ko ambik tu, aku tak halalkan sampai akhirat dan kalau aku dapat tahu alamat tempat tinggal ko suatu hari nanti, ko tanggung lah nanti..!!! jerat tak kan melupakan pelanduk,hanya pelanduk yang lupakan jerat...INGAT!!!

Jumaat lepas, aku dah mula berkayuh kembali. Aku,Cikgu Mie dan Kamal hajat nak ke Pantai Sabak, tapi melencong ke Kg. Cempaka. Lagi pun aku nak test fork baru aku tu.Mie talipon bagitau,kawan Kamarul ada kat kedai dia. Dia nak test loop Cempaka. Pukul 6:30pm, masuk ke loop Cempaka. Ada part part tu aku terpaksa heret beskal aku tu...aku takut jatuh lagi,sebab luka luka kat badan aku tu baru ajer sembuh dan parutnya masih lagi merah.
Petang nie ramai plak yang kuar, ramai geng geng dari Cempaka dan Cbg. 4 Cherang yang ikut sama. 12 orang kesemuanya...mmg best giler!

Selepas puas dok layan loop Cempaka, kami masuk food court, minum ajer kat situ. Hari nie Abg. Lie towkey kedai emas yang belanja...terima kasih daun keladi Abg. Lie..!

Bangun pagi tadi, bontot aku sengal sengal plak dah!

Pencinta Wanita-Versi Kelate

Ko orang tahu lagu Pecinta Wanita nyanyian Irwansyah dari Indonesia tu dah dialih bahasa ke pelbagai bahasa dan loghat daerah. Kalau kat kat sini, terutama kat negeri aku, Kelantan lagu nie memang tengah malatoop...tapi bukan versi asal tapi dalam loghat negeri Kelantan.

Lagu nie, asalnya dinyanyikan kat majlis majlis dikir barat sekitar sini. Penyanyi nya pulak bernama Sheqa. Jadik kat sini aku sertakan VC dia, ko orang semua boleh dengar. Loghat yang digunakan pun tak berapa pekat sangat, aku rasa ko orang semua akan faham...zak! zak! zak! layaaaaannnnn...

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Alhamdulillah...aku sekarang dah pulih dari luka luka yang aku alami masa kemalangan kat T.Kenyir tempuhari. Cuma kat lengan kanan aku nie ajer yang belum pulih 100%...tapi dah tak sakit lagi. Mungkin dalam minggu nie, aku dapat berkayuh balik. Dah hampir 2 minggu aku tak sentuh basikal aku tu...semalam aku bawak rim basikal aku yang bengkok tu ke kedai Malik untuk di betulkan balik. Kalau hari nie siap,besuk dah boleh start berkayuh...yaahoooo!!!

Aku gembira sembah luka luka aku tu dah sembuh tapi hati aku plak yang 'tercalar'...nie bukan pasal kesah cintan cintun aku tauuu...kesahnya begini:

Dalam masa aku sakit sakit tu, aku ada buat pembelian secara online sebuah frame basikal, aku nak upgrade frame lama aku tu dari hard tail kepada soft tail. Jadi aku belilah frame basikal tu seperti entry aku yan kat bawah tu. Harganya RM1200. Bila aku dah bayar, selang sehari aku pun hantarlah sms kepada mamat tu bertanya tentang frame basikal aku tu tapi tak reply...besuknya aku sms sekali lagi tapi tak juga di reply...hati aku mula rasa cuak, pada sebelah malamnya aku call no. yang diberi tapi tak dapat, asyik masuk ke voice mail ajer. Sah...memang sah aku dah kena kencing kat mamat sekor nie. Aku hantar email kepada dia, bagi warning sikit, kalau tak contact aku sebelum t/hari hari Isnin, aku akan buat report polis..!!! tapi mamat nie buat dono ajer, so pada hari Selasa lepas aku pun buat lah report polis.

Kepada kawan kawan yang diluar sana, terutama yang mempunyai member yang bekerja dengan EON Bank, aku nak minta tolong pada kawan kawan semua...boleh tak trace almat dan no. kp pemilik akaun nie...Ismail Bin Mokhtar, EON Bank 104-20-01692-7.

Aku minta tolong sesangat nie dari ko orang semua. Kalau orang dah dapat boleh lah tinggal message kat sini atau email ke-->kifly98@gmail.com. Bila dah ada no. kp dia, boleh lah aku kat sini trace alamat terbaru mamat sekor nie.

Ini bukan pertama kali aku beli barang2 secara online, dah berkurun aku buat sampai kat ebay pun aku dah beli tapi semuanya ok ajer...tapi bila berurusan dengan kaum sebangsa dan seagama nie...kena kapur pulak!!! tu yang buat aku geram sesangat nie...

Seksa dan Boring

Selepas kemalangan kat t.kenyir tempuhari aku dok kat rumah sahaja. Hari pertama dan kedua full time kat umah...sib baik ada tenet...kalau tak ntah aper aku nak buat selain bersiut siut menahan pedih.Nak duduk pun payah...kaki tak boleh nak dibengkokkan! Mandi pun sekali sehari ajer...kalau mandi kerap, keraplah aku terseksa!!!

Semalam aku dah dapat jalan dan bawa motorsikal aku tu, walaupun terasa sengal dan ngilu kat luka luka tu...aku ke bandar settle segala bil dan lepas tu masuk pejabat kejap.

Serik? tak adalah...bila kita terlibat dengan perkara yang lasak, perkara seperti ini dah jadi lumrah. Kalau dah kena terima ajelah dan kepada yang belum tu...ambil lah langkah2 keselamatan dan berhati hati...

frame GIANT NRS1 XTC

Dalam pada sakit sakit, sempat juga aku dok usha usha frame beskal baru...akhirnya aku jatuh hati pada frame Giant NSR full suspension!!! (gambar) Rega dia seribu lebih. Aku dah budget dalam RM2500 untuk setup beskal baru aku nie...beskal lama tu aku buat secondary, tak pun bagi kat anak aku. Frame aku tu mungkin sampai minggu hadapan. Elok lah, kalau sampai awal pun bukan nya aku boleh berkayuh lagi...maybe seminggu dua lagi aku boleh berkayuh balik...yyyiieeehaaaaa!!! buleh offroad lagi...

Tasik Kenyir - Revisited

Projek nak berkayuh kat sana dibuat secara ad-hoc. Masa kita orang buat offroad kat trail Kok Lanas dan berehat di Lata Mok Nenek kat Bukit Abal, Pasir Puteh timbul lah rancangan nie...semua idea dari presiden kelab KMH. Kali nie kita nak angkut dengan family sekali.

Pada petang Khamis lepas (3/4/07) kita semua bertolak kesana. Aku,Saiful dan W.Zailani bawa family masing masing. Mana mana yang tak bekeluarga (Malik dan Che'gu Mie) tu bawa anak saudara dan juga member2 yang lain. Aku bertolak dari rumah pd. pukul 7 mlm. Berhenti kat Bukit Kenak, Jerteh sekejap. Call dia orang...masih kat KB lagi, jam dah pukul 8pm lebih. Nampak gaya nya aku yang kena masuk dahulu. Bila sampai di Chalok Barat, berhadapan dengan Sek. Keb. Bt. 29, ada satu simpang menuju ke Langkap dan juga Kg. Pelung dan terus ke Tasik Kenyir. Bila lepas Kg. Pelung, dah tak ada perkampungan lagi. Suasana jalan lengang dan sunyi. Kiri kanan nya hutan. Nasib baik, malam tu bulan nya terang. Hanya kenderaan aku sorang ajer yang bergerak. Kalau jadi apa apa kat kereta aku, seram jugak nak dibuatnya.

Pukul 10 malam lebih, aku yang sampai dahulu. Aku terus menuju ke tapak khemah. Pukul 11 malam lebih, barulah dia orang sampai. Selepas pasang khemah, kita buat BBQ dan makan bekalan yang dibawa bersama.

Pagi nya pulak...orang perempuan kena siapkan sarapan, aku plak dok sibuk pasang beskal. Ada 2,3 kerat yang jenis liat bangun awal nie. So, aku kayuh sorang sorang kat trek XC tempuhari...hmmm! masih tak berubah. Lepas tu aku balik ke khemah. Dia orang dah bangun dan dok tengah makan.

Pukul 10 kita orang semua bersiap dengan pakaian dan beskal masing masing untuk masik ke trek XC. Kami semua menuju ke starting point.Nak dijadikan cerita, masa kita orang semua menuruni jalan berbukit yang curam, tiba tiba handle beskal aku bergoyang kekiri dan kekanan. Makin laju makin kuat goyang nya. Fikiran aku masa tu jadi 'blank' tak tahu nak buat apa, at last...KKRRRAAAANNNGGGGGG!!! aku jatuh dengan beskal aku diatas jalan bertar. Terseret sejauh 6 meter diatas jalan. Kesemua member member aku berhenti dan datang pada aku. Aku bangun pelan pelan...nasi baik tak patah. Bila aku check tubuh aku, lengan kanan, lutut kanan dan kiri dan juga punggung kanan aku tersiat kulitnya. Aku bernasib baik kerana masa jatuh, muka aku tak tersemban keatas jalan...kalau tidak,tak dapat nak aku bayangkan. Seluar yang aku pakai, terutama pada sebelah kanan, hancur dan berlubang lubang macam roti kirai..!

terkeluar rubber pad dia

lutut kanan aku

luka pada lengan kanan...

Malik bawa balik beskal aku ke khemah. Aku jalan kaki bersama kawan kawan. Masa nie dia orang cakap, aku jatuh pada kelajuan lebih 60 km/j..!!! Sampai kat Khemah, aku basuh luka...arrghhhh!!! pedih nya. Malik bawakan aku iodin. Pedih tahap keluar air mata dibuat nya. Lepas semuanya ok...member menber aku yang lain pergi balik berkayuh kat trek. Tinggal aku kat khemah. Orang kat tapak khemah pada pagi nie ramai jugak terutama staff dari Eco Games dan juga dari Sukan Komuniti, Kementerian Belia dan Sukan. Baru aku tahu, besuk acara Eco Game Challenge akan bermula. Ramai peserta dah sampai terutama dari pasukan tentera. Dia orang ada juga bagi ubat utk. luka aku tu...thanks!!!

Masa kat rumah...bila tiba time nak mandi, alamak...seksa betul dibuatnya. Lepas tu sekali lagi time nak sapu ubat... kehulu kehilir aku diuatnya....PEEDDDIIIHHHHH! rasa tak mo mandi dah...

Bila kita terlibat dengan benda benda lasak dan thrill macam nie...perkara perkara begini pasti akn berlaku, cuma lambat dengan bangat sahaja. Dlm hal nie, safety perlu didahulukan. Kawan kawan dah berbuih bagi nasihat pakailah body armour dan shin guard tapi dah jadi tabiat, benda benda macam nie tak akan berlaku pada kita. Bila dah kena, baru tahu betapa seksanya...

note: fobia betul nak mandi sekarang dan satu lagi aku tak leh dok mencangkung...terik urat.