Kenyir International Mountain Bike Challenge 2008


Hampir 2 bulan aku tak update blog nie…hmmmm!!! banyak benda yang hendak di storikan...so untuk entry ‘pertama’ selepas bertapa, sib baik tak lupa password... Aku nak ‘stori mori’ pasal enty kat atas tu... apa lar pokcik nie tak abis abis dengan beskal…dah nak buat macam mana dah hobi aku…kih! kih! kih!

Nie ler tempat pertandingan...Tasik Kenyir

Seramai 14 orang ahli kelab KMH telah bersetuju untuk ke Tasik Kenyir sempena event tersebut. Nie kira event yang wajib kena pergi…Banyak Negara yang masuk wooo…ada dari Indonesia,Vietnam,Japan,Singapore,Thailand (ada ke?...tak nampak pon dia orang!) selain negara tuan umah Malaysia!!!

atas...belakang kererta penuh dengan beskal

Group pertama berlepas pada pagi Khamis dan group aku berlepas pada sebelah petang. Cakap nak bertolak pd pukul 6pm…tertinggal itulah, tertinggal inilah…pukul 10pm baru dapat bertolak kesana…pukul 1.00am baru sampai kat sana…nie lah time melayu gamaknya!!!

Jumaat: Pada sebelah pagi acara MTB on The Road…tahun lepas aku masuk tapi tahun nie rasa nak rehat lah… nak bagi kat muka2 baru ‘merasa’ deritanya pulak…baik punya alasan aku tak mo bertanding tuuu...!!!

Kamarul sedang bergaya kat berlepas... no. plate nya mana?


Sedang bagi arahan....

Tahun nie...ambik no plate ajer...!!!
Sebelah petangnya pula acara ‘seeding‘ untuk downhill…trek downhill ada perubahan sedikit dimana dia orang ada buat ‘jump’ hampir 12 kaki tinggi dan ‘gap jump’ seluas 4 kaki lebar…menarik! menarik!!!!
12 foot jump...Risa Suseanty in action


Risa Suseanty sdg menunda hubby dia (tak nampak)

Bro Mizu...over the 'Gap Jump"

Tahun nie sejarah bagi negeri Kelantan pada am nya kerana ada wakil dalam acara downhill yang diwakili oleh oleh kelab KMH...!!! walaupun tak ada bantuan dari mana2 pihak yang menaja atau melatih kami semua…just 100% dari inisiatif dan semangat dari ahli ahli kelab KMH…(tabik spring berjetak untuk kelab KMH…!!!)

Dalam acara downhill pada kali ini, Omar Xtension kategori junior, Mizu Heckler, Pian Kona Kikappu dan Aji Jamis Dakar dalam kategori senior. Dalam banyak2 peserta…Aji lah yang paling senior dah boleh dikategorikan ‘veteran’…ahli2 kelab pun tak caya Aji masuk acara yang xtream nie…

Trail di kemuncak

Garden Rock...

Omar...tak sah kalau tak pancit tiub...!!!

Acara bermula pada pukul 3:30pm didahului oleh kategori junior lepas tu kategori senior dan diakhiri leh peserta junior dan senior wanita!!! Keputusan nya Omar dalam list top ten! Mizu kedua last sebab masa dia turun cerun basikalnya terbabas lalu melanggar pokok menyebabkan handle basikalnya bengkok tapi sib baik dapat dibetulkan kembali dan meneruskan kayuhan, Aji…DNF sebab dia terjatuh masa kat puncak lagi menyebabkan dia terpaksa dihantar ke hospital Hulu Terengganu kat Kuala Berang, bila di x-ray tulang bahu nya patah!!! Pada malam tu juga beliau terpaksa dihantar pulang ke Kota Bharu oleh Saiful dan ditemani oleh Kamarul…

Aji... masa kat hospital di Kuala Berang

X-ray tulang bahu Aji...

Sabtu: Acara downhill final bermula pada pukul 9am. Trek becak dan licin sebab pada mlm tu hujan!

KEPUTUSAN: Omar…DNF, terjatuh kat area abah dia jatuh semalam. Pian tempat ke-18 dan Mizu ke-19…tak mengapaaa tahun depan kita buat yang lebih baik lagi. Kira ok lar tu…1st time masuk dan kelab kami nie kerdil ajer kalau nak dibandingkan dengan kelab2 yang lain tuu…Dalam kategori wanita senior disandang oleh ratu downhill Indonesia yaitu Risa Suseanty. Lelaki senior dari Indonesia. Junior lelaki oleh peserta kita dari Terengganu…!!! Tahun nie Indonesia hampir menyapu bersih dalam semua acara… Malaysia? Tak ader wakil dalam event antarabangsa yang diktiraf oleh UCI nie…cuma dari kelab2 kecil yang kewangan nya dari poket ahli2 sahaja…amat mengecewakan sekali. Dalam sukan basikal nie ada banyak kategorinya, yang paling menonjol acara lumba kategori mountaibike boleh dikatakan ZERO… walaupun banyak acara pertandingan yang dilakukan sampai ke peringkat dunia!!!

Sebahagian pemenang dari negara Indonesia

GALLERI

Aku dah nak terkucil nih...






It's ok...next year kita cuba lagi...

Pukul 1.00pm berkemas untuk pulang tapi sebelum tu acara berjemur, basuh beskal dan mandi manda kat tasik…sampai belikat masing2 kena ‘sun burn’… Sebelum balik,singgah tenguk acara xc kejap…Nik dan Hafiz masuk acara nie tapi disebabkan rim beskal nya bengkok masa buat test trek xc…niat mereka terpaksa dibatalkan!

Hujan mula turun menyebabkan laluan macam kubang kerbau dan pesertanya pulak macam kerbau berkubang…!!!

Kenyir…see you next year!!!!


note: sebahagian gambar dari kamera baru Jani...Nikon DX80 DSLR dan members from photosantai.com...thanks!