Meeting

Buat meeting pasal race pada 11hb hadapan kat Satay Jawa Jln. Bayam. 
Minta hadir pukul 10 mlm...yang tepati masa hanya Mizu, yang lain lain pukul 11mlm baru nampak batang hidung...

Agenda utama pasal hari race day...untuk persediaan tu kita tak runsing sangat,kita dah prepare. Aku bimbang masa hari rce day tu jadi kelam kabut...malu kelab dibuatnya!!!

Pukul 1.00am baru selesai. 

Balik sampai rumah,naik simpan barang pastu turun bawah pergi minum kat gerai. Sambil makan sambil layan movie kat channel Star Movie...The Hill Have Eye II, genre thriller!

Pukul 3.00am baru selesai...gilak!

Masuk tidur pukul 4.00am...

Angkara Spam...!!!

Berlaku pada 25hb Julai yang lepas...apabila aku menerima satu email dari mereka yang menyamar dari pihak bank. Akibatnya aku kehilangan RM4000.00, duit tu di transfer dari akaun aku tanpa disedari sehinggalah pihak bank menghubungi aku memberitahu perkara tersebut.

Yang hilang tu...hilang lah! apa yang aku kesalkan pihak bank gagal menjaga para penyimpan nya...kerana perkara ini berlaku bukan untuk kali pertama tapi ramai yang dah terkena...so apa yang dia orang buat untuk menjaga keselamatan duit yang disimpan kat bank mereka tu..!!!

Aku sekarang memang dah fobia nak masukkan duit dengan jumlah yang banyak kat bank tu, aku tak yakin akan sistem keselamatan mereka,kalau boleh aku nak tutup akaun kat bank tersebut tapi disebabkan aku ada buat loan rumah dengan dia orang dan dipotong dari akuan yang menghalang aku menutup akaun kat bank tersebut,tapi sekarang akau tak akan masukkan duit lagi kat situ...cuma cukup2 buat bayar ansuran rumah itu ajer!

Kalau kau orang nak tahu bank tersebut ialah CIMB Bank...hampeh punya bank!!! (kalau ikutkan hati...banyak aku nak carutkan pasal bank nie...tapi sabar ajer lah!!!)

Sekarang aku dalam proses buat report polis dan akan faks kan report aku tu kat bank tersebut...aku nak tengok apa yang dia orang akan buat...aku tak mengharap duit tu dikembalikan tapi aku tak mahu benda nie terjadi kepada orang lain dengan jumlah yang lebih besar lagi...

The Race is ON...

aramak...sib baik tak lupa password!!! hehehe...

apa2 pun dikesempatan nie,pokcik nak promote satu event yang kelab pokcik akan anjurkan,apa2 hal pun meh nengok iklan yang pokcik design kat bawah nie:

(versi print & tampal)

Venue: Trek MTB Chempaka, Panji.
Date: 11 July 2008 (Friday)
Time: 9am-5pm

Terbuka kepada:
  1. Junior (bawah 18 thn.)
  2. Senior (18-34)
  3. Veteran (35 thn ke atas)
Hadiah berbentuk wang tunai dan medal.

maklumat lebih detail sila klik http://www.kmh.mizuonline.com

ps: kepada blogger2 yang tinggal sekitar Kota Bharu boleh lah datang bagi memeriahkan lagi event tersebut terutama kat chikgu panji kita nie...bawak anak2 sekali tau!!!

How to get there:


ha'ah,nie lokasi nya

pokcik chow dulu lah...datang jangan tak datang...!!!