Angkara Spam...!!!

Berlaku pada 25hb Julai yang lepas...apabila aku menerima satu email dari mereka yang menyamar dari pihak bank. Akibatnya aku kehilangan RM4000.00, duit tu di transfer dari akaun aku tanpa disedari sehinggalah pihak bank menghubungi aku memberitahu perkara tersebut.

Yang hilang tu...hilang lah! apa yang aku kesalkan pihak bank gagal menjaga para penyimpan nya...kerana perkara ini berlaku bukan untuk kali pertama tapi ramai yang dah terkena...so apa yang dia orang buat untuk menjaga keselamatan duit yang disimpan kat bank mereka tu..!!!

Aku sekarang memang dah fobia nak masukkan duit dengan jumlah yang banyak kat bank tu, aku tak yakin akan sistem keselamatan mereka,kalau boleh aku nak tutup akaun kat bank tersebut tapi disebabkan aku ada buat loan rumah dengan dia orang dan dipotong dari akuan yang menghalang aku menutup akaun kat bank tersebut,tapi sekarang akau tak akan masukkan duit lagi kat situ...cuma cukup2 buat bayar ansuran rumah itu ajer!

Kalau kau orang nak tahu bank tersebut ialah CIMB Bank...hampeh punya bank!!! (kalau ikutkan hati...banyak aku nak carutkan pasal bank nie...tapi sabar ajer lah!!!)

Sekarang aku dalam proses buat report polis dan akan faks kan report aku tu kat bank tersebut...aku nak tengok apa yang dia orang akan buat...aku tak mengharap duit tu dikembalikan tapi aku tak mahu benda nie terjadi kepada orang lain dengan jumlah yang lebih besar lagi...

2 comments:

Anonymous said...

rm 4K...duit mmg duit..yg hilang mmg satu hal..tapi cara hilang tu yg buat kita geram...

mmg kena hati2 skrg ni kalau dpt email dr pihak yg mendakwa bank... maybank2u pun ade gak kes mcm ni..sy tak pernah kenalah..selalu beringat..tgok url bank..address dia elok2..

Rumah Kuning said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment