Kayuhan Merdeka

Semalam Chikgu Mie, call aku bagitau UITM Machang ada buah program berbasikal dari kampus UITM Machang dan berakhir di Puterajaya. Peserta nya terdiri dari pelajar UITM,Politeknik dan MRSM. Kayuhan pada hari ini bermula di kampus UITM Machang dan berakhir di bandar Jerteh Trengganu. Jaraknya lebih kurang 30 km. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi yaitu Dato' Mustapha Muhamad. Masa majlis perasmian aku taka ader sebab masih lagi dalam perjalanan ke sana. Member aku kat sana jenuh dok telepon tanya aku sampai ke belum? Kalau ikut jadual kayuha bermula pada pukul 3 ptg tapi kami berdua masih lagi kat atas jalanraya. Kejar punya kejar sampailah juga kat UITM Machang. Cepat cepat aku tukar pakaian dan pasang beskal aku,lepas tu tunggu dia orang keluar kat tepi jalan.


Dari jauh aku nampak kenderaan pengiring diikuti oleh para peserta di belakangnya. Adalah dalam 100 orang. Kita orang pun jointlah barisan dia orang. Perempuan pun ramai gak yang berkayuh. Nie yang buat aku tambah semangat nak kayuh nie...eceh...ceh..ceh! Tak sampai 2 km, dia orang berhenti. Aku ingat dia orang nak buat alligment semula,maklum lah satnie dia orang berterabur memenuhi jalan. Naik pening marshal mengawalnya. Kedengaran dia orang cakap peserta pengiring hanya baerkayuh setakat nie sahaja. Aarrrr..! terkejut beruk aku dibuatnya,tak kanlah aku datang jauh jauh nie nak kayuh takat 2 km ajer! buang karan betul aku dibuatnya. Semua peserta pengiring nampak tak puas hati...termasuk aku sendiri ler tu..! Aku tanya Pian, kata nak kayuh sampai Jerteh. Dia bagitau aku,ada berlaku perubahan saat akhir. Dia pun tak boleh nak buat apa apa.So...kita orang kena pusing balik lah nie.

Kita orang pun buat idea sendiri, buat xc kat sekitar kampus. Adalah dekat 20 orang yang ikut. Dalam group tu, adalah sorang dua yang hardcore xc dan tahu track kat situ. Apalagi...kami bertiga ikut route dalam hutan dan yang lain lain tu,ikut jalan. Nak bawak ramai ramai kan sesat pulak dibuatnya anak orang. Panjang (nickname) jadi kepala, aku dan chikgu mie follow belakang dia ajer. Sampai satu tempat kena turun cerun tinggi. Aku agak agak adalah dalam 8 kaki tinggi dengan kecerunan 75 degree...pergh! tinggi jugak cerun nie. Keyakinan dalam diri aku pun ikut goyah sama...nak turun ke tak nie! Kita turun. Mula mula chikgu mie yang turun diikuti oleh panjang kedian aku...bismillahirahmanirrahim! bbbrrrrppppp! sampai bawah bila basikal aku terhentak dengan kuat,aku terpelosok kat bawak, perut aku terkena pelana beskal aku. Arrghhh....senak perut betul dibuatnya. Aku rebahkan basikal aku, lompat sana lompat sini kedian jalan jalan jap...sib baik rasa sakit pun mula berkurang...kita orang sambung balik.

Akhirnya sampai kat kampus dia orang, aku follow dia orang masuk. Aku berehat kat khemah yang disediakan sambil menjamah makanan yang disediakan kat situ dan juga 'mecuci' mata...he,he,he! Lepas berehat 10 minit, dia orang bawak aku ke pejabat member aku kat atas sana lagi...nak putus nafas dibuatnya! Untuk makluman, kampus UITM Machang nie dibuat diatas bukit. Nama bukitnya dahulu Bukit Anjing tapi sekarang dah di rebrand balik jadi Bukit Ilmu...nak menyebutnya pun sedap berbanding dengan nama asal dulu. Dekat sejam jugak aku kat pejabat Pian. Borak2 dengan member dia orang. Pukul 6pm aku dan chikgu mie minta diri dan bertolak balik ke Kota Bharu.

Musim buah datang lagi

Bila tiba musim buah macam nie,sibuklah rumah pak mentua aku dengan anak cucu,saudra mara,rakan taulan yang berkunjung kerumah. Musim cuti sekolah baru baru nie penuh rumah pak mentua aku dibuatnya. Sempena dengan musim buah yang menjadi pada tahun nie,pak mentua aku buat kenduri makan pulut durian.Seluruh penduduk kampung dijemputnya dan juga saudara mara yang jauh dan juga kenalan beliau. Ramai sungguh yang datang.

Longgokan buah durian...

Anak jantan aku...kaki sibuk!

Sekarng masih ada lagi, kat sini aku jemput ko orang semua datanglah kesini,kalau nak merasa buah durian,rambutan,manggis dan dokong...silakan! Paling best semua buah tu boleh dipetik dengan tangan ajer kecuali buah durian! Aku boleh arrange kedatangan ko orang semua...bawalah member member sekali.

Caca merba

2,3 ari lepas aku attend meeting dengan en. zamzuree. Dia nie towkey ladang lembu yang aku war2 kan tempuhari.Orangnya muda lagi,baru 38 tapi dah pasang dua! orangnya simple tapi mempunyai vision yang jelas dalam merancang masa hadapan perniagaan dia.Aku,Jani,Asri dan Mizu buat kat pejabat Jani. Start pukul 8:30pm.Pada mlm tu aku present pasal projek pejabat baru dia tu.Aku tunjukkan dwg bangunan tu kepada dia untuk dikomen.Dia puas hati.Aku pun tunjukkan dalam bentuk 3D.Siapa aku rotate dan buat animasi lagi tuuu...dia mmg teruja sangat2.Dia nak launch operasi syarikat nie dalam bulan January akan datang tapi aku bagitau dia kenapa kena tunggu sampai bulan January sedangkan segalanya dah sedia.Aku pun bagilah sebab2 kenapa tak perlu tunggu sampai January 2008.Dia terima.So, untuk projek yang pertama nie, aku kena siapkan bangunan pejabat dia dahulu lepas tu rumah banglo 1 tingkat kat T.Merah dan hari nie aku dapat satu lagi yaitu rumah banglo 2 tingkat kat bandar K.Bharu.Aku tak inform lagi perkara nie kepada dia, sebab sekarang dia kat Puterajaya nak uruskan AP lembu.

Gedebuk gedebak...gedebuk gedebak! tak sedar jam dah pukul 2:30am! perut dah lapar nie...kita orang semua setuju, pergi makan kat Tmn Uda Murni.Masa makan pun dok sambung pasal meeting tadi.Borak punya borak,jam dah menunjukkan pukul 5:30am...perkara biasa arrr! kalau jumpa dengan dia.Banyak idea yang dibincangkan dan group kami pun banyak bagi perancangan untuk dia...tu sebab lar kalau jumpa ajer mesti mahu 4,5 jam diperabiskan untuk itu.

Hari nie pulak,hari Sabtu.Pukul 9:30am masuk pejabat kemudian keluar ke Bunut Payong.Owner bangunan nak tunjukkan tapak rumah dia kepada aku. Setemgah jam kedian kita orang singgah nak makan kat kedai nasi JJ tapi tak dapat...full house!!! terpaksalah makan kat kedai lain. Selesai makan aku balik pejabat. Sebelum naik aku tinjau2 pameran senjata berat ATM dari unit artileri sempena Jubli Emas unit nie.Tempat pameran dia betul2 depan pejabat aku. Byk juga yang dipamerkan spt. pelancar peluru berpandu kawalan GPS, kereta kebal dan senjata2 lain. Aku masuk khemah2 pameran kat situ yang terdiri dari pelbagai unit tentera seperti Kor Risik Diraja,PASKAL,Unit Pemusnah Bom,Komando,Unit PARA sehingga ke Unit Dapur ATM...!!! hari nie dia bagi peluang kepada pengunjung makan masakan yang dibekalkan kepada ATM dan dia masak pun cara tentera...mmg best! Aku memang teruja bila nengo nengok benda macm nie...terutama sekali teknologi yang diguna pakai untuk menjaga keselamatan setiap ruang negara kita dari anasir2 jahat.Sebijik peluru berpandu kawalan GPS dengan jarak 90km harganya RM700 ribu lebih,kalau yang jaraknya lagi jauh,lagi mahal namun begitu walaupun kos nya mahal tapi berbaloi.

Sebelah petang aku trek Cempaka.Lama betul aku tak datang sini.Jani,Rosli,Malik,Ichang dan Lan pun ada sama.Lepas buat xc kat trek tu,dia orang main lompat2 kat situ.Aku tenguk ajer lah...satu kemalangan berlaku kat atas Jani, masa dia nak landing,basikal dia tertumuh kehapan...jatuh bedepap,basikal dia pulak berpusing menimpa badan dia.Terkejut beruk aku dibuatnya...lama jugak dia nak pulih dan dapat berjalan sendiri...

Malam, aku keluar bergateh dengan Saiful.Sekarang nie aku jarang dapat gateh basikal aku petang petang...mungkin aku sibuk kot! Aku pusing2 bandar KB ajer,lepas tu lepak kat stadium sambil nengok pertunjukan bunga api...tapi aku chow dulu.Lepak pulak kat Hayaki Cafe...pkl 11 lebih aku balik...

Online jap sambil dok belek2 blog kawan kawan...

Apa Cerita???

Sekejap ada sekejap tak ada...macam biskut!!! ....hehehehe! orait lah, betul tu... Skrg. apa cerita? Nie aku nak cerita sikit...sebenarnya aku still arround here. Masih lagi online setiap hari. masih lagi dok baca blog2 kalian cuma blog sendiri ajer yang tak ter'update'. Nak kata tak mo lagi berblog, tak juga, nak kata sibuk,tak juga, nak kata malas nak menulis, yer jugak...opsss!
Pasal kerja aku? Masih juga macam dulu, bergelumang dengan pelan rumah, buat costing,buat timeline for construction,report dan mcm lagi...biasak lah tu!
Projek terbaru? Sekarang nie aku dengan group aku 4,5 orang telah diminta untuk menjadi consultant untuk sebuah company penternakan yang terbesar di Kelantan. Tugasan group aku plak ialah mencari idea mcm mana nak kembangkan company nie, mcm mana nak buat marketing dgn berkesan, bagaimana nak urus tadbir pejabat, akaun dan mcam mcm lagi. Semua benda benda nie group aku kena fikir. Projek tu dah berjalan skrg...visi group kami ialah menaikkan nama company nie menjadi salah satu company yang terbesar sekali di Malaysia dalam bidang penternakan...so, byk benda yang perlu dibuat skrg.
Ko orang pun nak tahu juga nama company tu, ko orang boleh jenguk kat sini ko orang belek belek lah kat situ, kalau nak order something kat situ bagitau ajer kat sini. Aku akan bagi special price untuk ko orang semua...lebih lebih lagi dekat nak sambut ramadhan dan raya. Sempat lagi tu buat promosi tu...!!!
Aku sedikit sibuk sekarang, pejabat pun jarang2 masuk, sib baik ada staff yang handle...ramai member2 dok merungut skrg nie, kalau ke pjbt aku, aku tak ader kat situ...sorry boss! skrg nie kalau nak dtg. pjbt aku, call dulu! aku sekarang banyak dok kat luar...
Ok lah...saya chow dulu arrr!!! rasa rasa lepas nie aku akan update blog aku nie setiap hari...insyaallah!