Tasik Kenyir - Revisited

Projek nak berkayuh kat sana dibuat secara ad-hoc. Masa kita orang buat offroad kat trail Kok Lanas dan berehat di Lata Mok Nenek kat Bukit Abal, Pasir Puteh timbul lah rancangan nie...semua idea dari presiden kelab KMH. Kali nie kita nak angkut dengan family sekali.

Pada petang Khamis lepas (3/4/07) kita semua bertolak kesana. Aku,Saiful dan W.Zailani bawa family masing masing. Mana mana yang tak bekeluarga (Malik dan Che'gu Mie) tu bawa anak saudara dan juga member2 yang lain. Aku bertolak dari rumah pd. pukul 7 mlm. Berhenti kat Bukit Kenak, Jerteh sekejap. Call dia orang...masih kat KB lagi, jam dah pukul 8pm lebih. Nampak gaya nya aku yang kena masuk dahulu. Bila sampai di Chalok Barat, berhadapan dengan Sek. Keb. Bt. 29, ada satu simpang menuju ke Langkap dan juga Kg. Pelung dan terus ke Tasik Kenyir. Bila lepas Kg. Pelung, dah tak ada perkampungan lagi. Suasana jalan lengang dan sunyi. Kiri kanan nya hutan. Nasib baik, malam tu bulan nya terang. Hanya kenderaan aku sorang ajer yang bergerak. Kalau jadi apa apa kat kereta aku, seram jugak nak dibuatnya.

Pukul 10 malam lebih, aku yang sampai dahulu. Aku terus menuju ke tapak khemah. Pukul 11 malam lebih, barulah dia orang sampai. Selepas pasang khemah, kita buat BBQ dan makan bekalan yang dibawa bersama.

Pagi nya pulak...orang perempuan kena siapkan sarapan, aku plak dok sibuk pasang beskal. Ada 2,3 kerat yang jenis liat bangun awal nie. So, aku kayuh sorang sorang kat trek XC tempuhari...hmmm! masih tak berubah. Lepas tu aku balik ke khemah. Dia orang dah bangun dan dok tengah makan.

Pukul 10 kita orang semua bersiap dengan pakaian dan beskal masing masing untuk masik ke trek XC. Kami semua menuju ke starting point.Nak dijadikan cerita, masa kita orang semua menuruni jalan berbukit yang curam, tiba tiba handle beskal aku bergoyang kekiri dan kekanan. Makin laju makin kuat goyang nya. Fikiran aku masa tu jadi 'blank' tak tahu nak buat apa, at last...KKRRRAAAANNNGGGGGG!!! aku jatuh dengan beskal aku diatas jalan bertar. Terseret sejauh 6 meter diatas jalan. Kesemua member member aku berhenti dan datang pada aku. Aku bangun pelan pelan...nasi baik tak patah. Bila aku check tubuh aku, lengan kanan, lutut kanan dan kiri dan juga punggung kanan aku tersiat kulitnya. Aku bernasib baik kerana masa jatuh, muka aku tak tersemban keatas jalan...kalau tidak,tak dapat nak aku bayangkan. Seluar yang aku pakai, terutama pada sebelah kanan, hancur dan berlubang lubang macam roti kirai..!

terkeluar rubber pad dia

lutut kanan aku

luka pada lengan kanan...

Malik bawa balik beskal aku ke khemah. Aku jalan kaki bersama kawan kawan. Masa nie dia orang cakap, aku jatuh pada kelajuan lebih 60 km/j..!!! Sampai kat Khemah, aku basuh luka...arrghhhh!!! pedih nya. Malik bawakan aku iodin. Pedih tahap keluar air mata dibuat nya. Lepas semuanya ok...member menber aku yang lain pergi balik berkayuh kat trek. Tinggal aku kat khemah. Orang kat tapak khemah pada pagi nie ramai jugak terutama staff dari Eco Games dan juga dari Sukan Komuniti, Kementerian Belia dan Sukan. Baru aku tahu, besuk acara Eco Game Challenge akan bermula. Ramai peserta dah sampai terutama dari pasukan tentera. Dia orang ada juga bagi ubat utk. luka aku tu...thanks!!!

Masa kat rumah...bila tiba time nak mandi, alamak...seksa betul dibuatnya. Lepas tu sekali lagi time nak sapu ubat... kehulu kehilir aku diuatnya....PEEDDDIIIHHHHH! rasa tak mo mandi dah...

Bila kita terlibat dengan benda benda lasak dan thrill macam nie...perkara perkara begini pasti akn berlaku, cuma lambat dengan bangat sahaja. Dlm hal nie, safety perlu didahulukan. Kawan kawan dah berbuih bagi nasihat pakailah body armour dan shin guard tapi dah jadi tabiat, benda benda macam nie tak akan berlaku pada kita. Bila dah kena, baru tahu betapa seksanya...

note: fobia betul nak mandi sekarang dan satu lagi aku tak leh dok mencangkung...terik urat.

1 comment:

Orked said...

owh..ngerinya tgok
skrg ni bercuti lagi ye...

moga cepat sembuh

Post a Comment