Seksa dan Boring

Selepas kemalangan kat t.kenyir tempuhari aku dok kat rumah sahaja. Hari pertama dan kedua full time kat umah...sib baik ada tenet...kalau tak ntah aper aku nak buat selain bersiut siut menahan pedih.Nak duduk pun payah...kaki tak boleh nak dibengkokkan! Mandi pun sekali sehari ajer...kalau mandi kerap, keraplah aku terseksa!!!

Semalam aku dah dapat jalan dan bawa motorsikal aku tu, walaupun terasa sengal dan ngilu kat luka luka tu...aku ke bandar settle segala bil dan lepas tu masuk pejabat kejap.

Serik? tak adalah...bila kita terlibat dengan perkara yang lasak, perkara seperti ini dah jadi lumrah. Kalau dah kena terima ajelah dan kepada yang belum tu...ambil lah langkah2 keselamatan dan berhati hati...

frame GIANT NRS1 XTC

Dalam pada sakit sakit, sempat juga aku dok usha usha frame beskal baru...akhirnya aku jatuh hati pada frame Giant NSR full suspension!!! (gambar) Rega dia seribu lebih. Aku dah budget dalam RM2500 untuk setup beskal baru aku nie...beskal lama tu aku buat secondary, tak pun bagi kat anak aku. Frame aku tu mungkin sampai minggu hadapan. Elok lah, kalau sampai awal pun bukan nya aku boleh berkayuh lagi...maybe seminggu dua lagi aku boleh berkayuh balik...yyyiieeehaaaaa!!! buleh offroad lagi...

No comments:

Post a Comment