Musim Kenduri Kendara

25 May 2007 - Jumaat

Kad jemputan kahwin sanak sedara,kawan kawan dan kenalan dah bertimbun kat atas meja pejabat aku nie. Biasak lah tu...kan sekarang nie musim cuti sekolah! Pada hari Jumaat lepas kena pergi ke Negeri Sembilan kerana Wan, anak saudara aku nak kahwin. Pukul 8:30 pagi, aku, abang aku dan isterinya dan Soh merangkap co-pilot bertolak ke sana. Singgah minum kat RnR Gua Musang. Rehat jap dan perbetulkan tulang belikat...hehehe!!!

Sampai kat Bukit Tinggi, niat nak singgah kat situ tapi tersilap masuk jalan pulak dah...so kena buat stop lagi kat Hentian Gombak. Rehat jap setengah jam! Bila sampai kat area Tmn Melawati teringat plak aku kat kat pejabat lama aku dulu. Aku kerja kat sini 10 tahun, dekat sebuat firm Jurutera. Pejabat nya kat belakang bgn Bank CIMB. Aku dengar kabar banyak staff lama dah berhenti yang ada cuma head head jabatan ajer dan 4,5 orang member2 lama aku still kat situ.

Lepas ambik tiket tol kat plaza tol Sg. Besi kami semua apa lagi...pecut ajer lah! aku kat belakang nie nak pejam mata jap! Sampai kat sana, kami ambik simpang ke plaza tol Negeri 9. Sampai sini kena cari Masjid Besar Negeri 9...sib baik tak makan buah langsat, jumpa gak kami masjid tu. Sanak sedara dah berkumpul kat situ. Majlis akad nikah anak sedara aku tu akan berlangsung kat sini. Hari nie ada 2 pasangan akan mengadakan majlis akad nikah kat masjid nie. Patutlah aku tenguk orang dan kenderaan penuh kat perkarangan masjid yang tak berapa luas nie. Majlis akad nikah berlangsung selepas solat asar. Bila semuanya selesai, kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan di Perumahan Rakyat Bendang Nyior, Ampangan. Kami di jamu dengan kuih muih...elok lah tu, aku nie pun dah nak masuk tahap kebulur dah nie!!! Dalam banyak banyak hidangan tu, aku tertarik kat pulut kuning ajer sebab kat sini pulut nie dimakan bersama dengan sambal tumis petai!!! pergh...! 1st. time aku makan pulut kuning cecah sambal tumis petai nie. Best plak rasanya...kalau kat tempat aku, pulut kuning macam nie akan dimakan bersama dengan gulai ayam ke, daging ke atau dengan telur dadar. Satu pengalaman yang menarik bagi aku.

Pulut kuning dengan sambal tumis petai

Malam nya pula diadakan majlis berinai, menantu disambut dengan paluan kompang...siap dengan bunga api sekalik...meriah betul dia orang sambut menantu kat sini. Lepas ambik gambar, aku ke khemah untuk menjamu selera. Masak lemak cili api pun ada jugak...walaupun pedas nya dikurangkan sebanyak 50% aku makan sambil minum air...pedas wey!!!
Selepas segalanya selesai, kami semua balik ke Kuarters Kastam kat Serdang. Semuanya bermalam kat situ.

26 May 2007 - Sabtu

Paginya...aku keluar awal sedikit, sebab nak pekena roti canai. Lepas makan kami ke Nilai Square. Syurga beli belah untuk kaum wanita terutamanya kain ela. Aku nengok nengok ajer lah...abang aku sambar carpet 2 bidang.

Majlis persandingan akan diakan pada pukul 12:45 t/hari. Nasib baik cuaca hari nie tak berapa panas sangat. Lepas acara bersanding, acara makan pulak...satu acara yang best sekalik! Sambil makan sambil layan lagu lagu karaoke yang dinyanyikan oleh penyanyi yang tak berapa pro...pitching lari laarrrr!!! hantam ajer lah, asalkan keluar iras iras lagu...go abg Man..go!

Pukul 3 pm, aku bertolak pulang ke Kelantan. Kali ini Soh yang pandu. Entah kenapa, bila sampai kat Simpang 3 Nilai Utara, dia nya belok ke Cyberjaya pulah dah...nak undur dah tak boleh lagi dah. Kami terus ajer lah. Masuk lebuhraya LDP pas tu terus ajer ke Pencala link dan keluar di Batu Caves. Tengok...berapa punya jauh kami ambik laluan untuk ke Gombak. Duit untuk tol jangan story ler...tu pun makan buah langsat 2,3 tangkai jugak tuuu!

Berehat kat Bukit tinggi. Aku beli buah berangan goreng 1 kilo. Kena RM16 ringgit. Sampai kat Bukit Tujuh kenderaan dah bersusun susun. Macam nak balik berhari raya rasanya. Hari pulak hujan renyai renyai. Jalan kat sini bahaya, jalanya sempit dan mendaki bukit. Kalau ada lori plak kat depan...alamat nya, macam semut!

Sampai kat rumah hampir pukul 12 t/malam. Malam tu aku tidur rumah abang aku ajer...malas nak balik malam malam buta macam nie...

4 comments:

Orked said...

saya pun cuti 2 minggu ni, hujung minggu aje, gantung periuk!

Ada hari tu 3 jemputan satu taman.... cuik sana sikit, cuik sini sikit..balik la dpt sorang 3 biji teloQ..he he he...

esok teloQ 6 biji tu , buat sambal utk tengahari pulak...he he he

Orked said...

Bz ke?

ke lupa password?

hiks....or tuan blog yg jadi pengantin baru...g honeymoon tak ingat nak update? hiks...!

Unknown said...

salam..hye..lame x dgr brite..sy dh nak masuk uia..huhuh..

Tok Ketua said...

to kujie...
saya masih disini memerhati kat luar ajer...'jari patah'

to adledash...
hehehe...masih ada lagi kat sini. Masih kekal dgn course dahulu atau nak ambik course lain.

Post a Comment