Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Alhamdulillah...aku sekarang dah pulih dari luka luka yang aku alami masa kemalangan kat T.Kenyir tempuhari. Cuma kat lengan kanan aku nie ajer yang belum pulih 100%...tapi dah tak sakit lagi. Mungkin dalam minggu nie, aku dapat berkayuh balik. Dah hampir 2 minggu aku tak sentuh basikal aku tu...semalam aku bawak rim basikal aku yang bengkok tu ke kedai Malik untuk di betulkan balik. Kalau hari nie siap,besuk dah boleh start berkayuh...yaahoooo!!!

Aku gembira sembah luka luka aku tu dah sembuh tapi hati aku plak yang 'tercalar'...nie bukan pasal kesah cintan cintun aku tauuu...kesahnya begini:

Dalam masa aku sakit sakit tu, aku ada buat pembelian secara online sebuah frame basikal, aku nak upgrade frame lama aku tu dari hard tail kepada soft tail. Jadi aku belilah frame basikal tu seperti entry aku yan kat bawah tu. Harganya RM1200. Bila aku dah bayar, selang sehari aku pun hantarlah sms kepada mamat tu bertanya tentang frame basikal aku tu tapi tak reply...besuknya aku sms sekali lagi tapi tak juga di reply...hati aku mula rasa cuak, pada sebelah malamnya aku call no. yang diberi tapi tak dapat, asyik masuk ke voice mail ajer. Sah...memang sah aku dah kena kencing kat mamat sekor nie. Aku hantar email kepada dia, bagi warning sikit, kalau tak contact aku sebelum t/hari hari Isnin, aku akan buat report polis..!!! tapi mamat nie buat dono ajer, so pada hari Selasa lepas aku pun buat lah report polis.

Kepada kawan kawan yang diluar sana, terutama yang mempunyai member yang bekerja dengan EON Bank, aku nak minta tolong pada kawan kawan semua...boleh tak trace almat dan no. kp pemilik akaun nie...Ismail Bin Mokhtar, EON Bank 104-20-01692-7.

Aku minta tolong sesangat nie dari ko orang semua. Kalau orang dah dapat boleh lah tinggal message kat sini atau email ke-->kifly98@gmail.com. Bila dah ada no. kp dia, boleh lah aku kat sini trace alamat terbaru mamat sekor nie.

Ini bukan pertama kali aku beli barang2 secara online, dah berkurun aku buat sampai kat ebay pun aku dah beli tapi semuanya ok ajer...tapi bila berurusan dengan kaum sebangsa dan seagama nie...kena kapur pulak!!! tu yang buat aku geram sesangat nie...

No comments:

Post a Comment