Raya dah dekat!

Diam tak diam kita dah ke penghujung bulan Ramadhan. Masuk hari ini, tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hmmm....hari raya, aku teringat masa masa aku kecik kecik dulu. Masa tu mmg happening sungguh... lepas solat sunat aidilfitri, kumpul kawan2 pastu pergi ke rumah jiran2. Dapat makan dan juga yang penting dapat duit raya. Duit raya masa tu tak banyak hanya 10 sen dengan 20 sen sajer! paling tinggi dapat ler 50 sen... kira banyak dah tu! Biasanya lepas waktu zohor kita org akan berkumpul sambil dok menghitung sapa yang dapat banyak duit raya! apalagi kita orang ke pekan ler... jalan kaki ajer, adalah lebih kurang 1 km dari kampung aku tu...tapi bila dah jalan ramai2 nie, tak ler letih sangat. Bila sampai kedai tu kita biasaknya kita masuk kedai makan dan order mee rebus sama air oren chap ayam! kira mewah dah tu kami makan benda2 mcm tu...harga nya baru RM1.50 termasuk air oren! bbuurrrppp! kenyang. Lepas makan kita ronda2 kedai yang jual mercun dan juga pistol. Aku biasanya beli pistol dan 'pelurunya' yang di gulung dengan kertas warna merah. Dalam kertas tu lah diletakkan biji2 pelurunya.Aku rasa pistol tu masih lagi dijual sampai sekarang... Pasttu kami beli mercun kertas. Mercun kertas masa tu mmg cantik,kerana kertasnya dihias dengan corak bunga2 yang halus...menarik sekali dan harganya hanya 50 sen sepapan. Satu lagi yang mesti aku beli ialah 'bedil' (mercun) tarik. Mercun nie ada tali di kedua dua hujung nya, bila kita tarik dia akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat juga dan amat sesuai di gunakan sebagai jerangkap samar. Biasanya kita orang akan rentangkan mercun nie di laluan pejalan kaki, bila kaki mereka tersandung mercun nie dia akan meletup! yang selalu jadi mangsa ialah pada mereka2 yang balik dari solat teraweh kat madrasah. Kena yang kaki latah, melompat lompat dibuatnya sambil mulutnya menyumpah nyumpah...!
Itu dulu...sekarang nie bila dah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, aku jadi pening...mana tak nya, masuk ajer bulan puasa anak2 dah booking nak baju mcm tu, mcm nie...tak masuk lagi kasutnya. Baru sekarang baru aku dapat rasakan betapa peritnya mak bapak kita dulu memenuhi kehendak anak2 nya. Masa kita kecil dahulu, apa yang kita tahu hanya nak benda tu dan benda nie tanpa memikirkan perasaan mak bapak kita pd masa tu, kalau dia kata dia tak ada duit, kita akan menangis so terpaksalah mak bapak kita memenuhi kehendak kita tanpa kita tahu mcm mana mereka nak cekau duit untuk membeli pakaian raya untuk anak2 mereka. Begitu lah juga apa yang aku alami sekarang, kalau kita cakap kita tak ada duit, mana mereka faham, kalau faham pun kejap ajer lepas tu akan minta balik. Alhamdulillah! rezeki sentiasa ada so dapatlah aku beli sepasang dua untuk anak2 aku tu walaupun aku sendiri belum lagi beli apa2 lagi...pssttt! tengah tunggu duit claim, kata dia orang sebelum raya nie. Biasak nya aku cuma beli sehelai kain pelikat dan baju melayu untuk dipakai masa solat idilfitri nanti. Buat isteri ku, biasak nya aku bagi duit ajer kat dia...dia pergi beli sendiri, kita sebagai suami nie mana tahu fesyen yang dia mahu.
Raya tahun ini, aku sekeluarga akan beraya kat kampung laman aku di Ketereh. Biasanya aku balik ke kampung selepas solat raya kat tempat aku tinggal sekarang nie. Walaupun kedua ibu bapa aku dah tiada tapi disitu lah tempat kami adaik beradik dibesarkan. Kakak dan abang2 aku masih lagi tinggal kat situ. Lepas solat raya boleh lah bawa anak2 aku menziarahi pusara nenek dan atuk mereka. Kedua ibu bapa isteri aku masih lagi ada tapi amat jarang sekali ia ada kat kampung sambut raya dengan anak cucu mereka kerana pada waktu nie mereka berdua berada di kota Mekah, menunai umrah dan juga sebagai pembimbing umrah pada jemaah dia. Masuk ajer bulan Puasa mereka dah bertolak ke Mekah dan balik lepas raya....bila masuk musim haji, macam tu lah juga. Setiap tahun macam tu lah. Jarang sekali kami dapat beraya dengan mereka di pagi raya, samada raya puasa ataupun raya haji...

No comments:

Post a Comment