Solat Teraweh kat Istana

Semalam cemas betul aku dibuatnya...kesah nya begini: Pd hariKhamis lepas, Pn. Asmah ada bagi kat aku RM1000 untuk urusan jual beli rumah kedai yang dia sewa semalam. Selepas ditolak bayaran RM800 utk. value report rumah kedai tu, masih ada baki lagi RM200. Aku pun masukkan lah kat dlm kocek seluar aku. Pada hari tu, banyak urusan yang aku kena buat,jadi banyak ler tempat aku kena pergi. Pada hari Jumaat lepas, aku nak pergi ke P.Mas. Bila check kocek seluar aku...aleh, aleh ada RM1.50 shj!....duit baki aku tu jatuh ke? sedangkan duit tu duit orang.Aaahhh! sudah... RM200 ringgit tu banyak, terganggu fikiran aku dibuatnya! puas cari tak ader gak...nie mesti tertinggal kat pjbt. Aku cuba tenteramkan hati aku dengan kata kata tu.
Bila masuk pjbt pd pagi kelmarin aku pun terus mencari nya, tak jumpaaa lar! sah dah jatu kat mana2 duit tu. Raya sakan ler org yg jumpa duit aku tu...bila nak keluar pjbt aku capai porch camera aku tu dan buka utk check battery nya masih ok ke tidak...terkejut beruk aku dibuatnya, duit baki tu ada kat dlm...LEGA betul dibuatnya! aku terfikir...bila masa plak aku taruk duit tu kat dlm porch kamera aku? apa apa pun...thanks God!

Semalam aku kena uruskan pasal dwg sekolah maahad perempuan di Pasir Pekan, sebab pagi nie ada lawatan ke tapak projek oleh pihak YIK dan juga para petender. Pkl 5 baru ler semuanya selesai. Pastu buat quotation price untuk playground equipment utk di sembah kepada Raja Perempuan malam nanti kat istana.

Malam nya, member aku datang jemput aku solat teraweh kat Istana Tengku Mahkota. Dah 2,3 kali dia jemput aku kesana,tapi aku reject! aku suka solat kat masjid berdekatan dgn tempat tinggal aku ajer! Tak nak hampakan dia, aku dgn segan nya pergilah jugak. Masa sampai imam dah baca Fatihah...Solat teraweh dia orang buat kat balai tamu istana. Tok imam nya plak, budak tahfiz MAIK. Jemaah terdiri dari kaum kerabat. Lepas solat, aku tenguk Puteri Amalin dan Tengku Temenggung ada sekali.Kita org. buat 8 rakaat shj. tidak termasuk sunat witir 3 rakaat. Pukul 9:30 dah siap. Juadah pun dihidangkan, mak datuk! banyak betul makanan. Ada kuih muih, soto ayam,daging itik masak kicap, satay sampaikan kuih malas pun ada. Minuman plak 2,3 jenis...makanan dihidang oleh pekerja istana, tak boleh pakai bedal begitu ajer! lepas habis satu, dihulurnya satu lagi... 1o minit kedian Tuanku pun turun! dok borak borak pasal kereta dia yang rosak gear box dgn che'gu Najib,pastu tanya Ku Nan pasal kereta Mini Copper yang baru  
beliau beli tu. Aku diam ajer! aku lihat Puteri Amalin mmg manja abisss dgn ayahanda nya. Tak lama kedian Raja Perempuan pun ikut sama.
Mlm tu, member aku nak sembah kpd Raja Prempuan pasal quotation utk alat alat playground yang hendak di letak kat food court di Kg Kraftangan dan pasal kerusakan dinding masjid Kbg. Kerian. Hampir pkl 12 mlm kita org bersurai. Member aku tu ajak lepak kat food court, aku malas...dah tengah malam! Mlm nie...tak tahu lagi, aku nak pergi ke tak nak kesana, hmmm! teguk lah nanti...

No comments:

Post a Comment