Catatan Hari Raya - Sambungan

Hari Raya Ke-2 (25/10/060
------------------------------
aKU BAlik kampung isteri aku kat K.Krai, itupun baru pukul 10:30 malam baru bertolak dari P.Mas. Niat nak balik waktu petang tapi memandangkan jalan menuju ke K.Krai berlaku kesesakan sehingga 5,6 kilometer di bandar Machang, baik aku tunda balik waktu malam ajerlah...
Kat rumah isteri aku tak ada orang kecuali adik lelaki dia seorang. Mak dan Bapa mertua aku biasaklah bila tiba bulan Ramadhan dia pergi berpuasa kat Mekah selama 1 bulan dan akan balik pada raya ke-4 nanti. Begitulah setiap tahun, jarang sekali dia beraya kat kampung begitu juga dengan Hari Raya Korban...beraya kat Mekah jugak. Maklumlah dia nie syeikh haji, pembimbing umrah dan haji.
Hari nie aku Lepak depan tv ajer...tak pergi kemana mana! Pada sebelah petang, semua keluraga adik beradik wife aku sampai. Baru lah meriah sedikit, tapi tahun nie kami tak buat apa2 majlis...buat bodoh ajer!

Raya ke-3 (26/10/06)
-----------------------
Hari nie ada 2 jemputan kenduri kahwin. Satu kat Air Lanas dan satu lagi kat Jedok,T.Merah, so kita orang semua dah bersiap pagi2 lagi. Dalam perjalanan singgah di Batu 8,T.Merah kat rumah makcik saudara. Beraya kat situ kejap... sampai diBukit Bunga, jalan jammed! tapi tak lah teruk sangat. Bila time jammed begini,paling aku meluat sekali ialah pada pemandu2 yang tak berhemah,mereka suka potong que...apa! ingat dia sorang ajer ke yang nak cepat.
Singgah di rumah Abg. Pa di Air Satan, nak solat Jumaat kat masjid berhampiran...
Pukul 2:30 ptg. sampai rumah pengantin. Lepas makan dan borak2 dengan tuan rumah kami terus balik dan singgah kat satu lagi majlis kenduri kahwin di Jedok. Kat sini meriah sebab ada dj dan persembahan silat pulut yang menyanbut kehadiran para tamu. Aku makan sikit ajer, perut dah full abisss!
Raya ke-4 (27/10/060)
-----------------------
Mertua aku call bagi tau yang mereka semua dah sampai kat KLIA, pukul 10.15 take off dari KLIA dan dijangka sampai kat airport KB pukul 11 pagi. Mie dan Azrie yang pergi jemput mereka kat airport, yang lain2 tunggu kat umah ajer!
Pukul 3 ptg, mertua aku sampai kat rumah...jalan jammed dgn teruk sekali...nasib baik mereka tau jalan kampung dan jalan pintas, abiss segala lorong belakang rumah orang mereka redah untuk mengelak dari jammed...hehehe!
Waktu petang aku,cikgu aziz,Mie,Abg.Mat,Hamzah dan Yie pakat serbu rumah abang ipar kita orang di Bukit Arang tu...rumah dia ada buat satay!!!
Pkl. 10 mlm, kami semua berlepas pulang ke rumah masing...sebab besuk dah start bersekolah dah bermula dan start kerja bagi kami semua.
29/10/06
----------
Dah mula kerja...pergi ke Asrama Anak2 Yatim Darul Aitam di Panji.Ada kerja membaikpulih kebocoran lantai kat sana. Asrama baru ajer siap tapi dah ada kebocoran!!! Bangunan ni akan di resmi pada 11/11 nanti.
Bila dah tengahari begini, terasa lah kemalasan nak bukak pejabat. Aaahhhh! besok ajerlah buka...

No comments:

Post a Comment