Hari Raya pertama

Selepas solat sunat raya, aku naik rumah Pak Muda Roni (Tok Imam). Kat rumah dia ada buat nasi dagang. Aku tenguk ajer! dah kenyang, sebab aku dah makan kat rumah kakak aku sebelum aku pergi sembahyang raya. Aku minum air dan jamah kuih yang pelbagai kat atas meja. Turun dari rumah dia, aku terus ke rumah abang aku. Rumah abang aku nie dah jadi mcm port utk. kawan2 aku dan dia berkumpul. Perut pun dah sebu...nak melawat rumah saudara mara pun jadik malas. Ptg nanti aku pergilah...

Pukul 5 ptg. aku sekeluarga bertolak ke rumah abang aku sorang lagi kat Tanah Merah. Nasib baik jalan tak jammed. Pada hari raya pertama kebanyakan orang tak bergerak kemana mana lagi, jadi jalanraya pun tak lah sesak sangat. Rumah dia ada buat satay...satay kat rumah dia mmg terangkat sebab abang aku nie buat bussines catering. Setiap kali raya aku tak pernah miss datang rumah dia. Masa aku kecik dulu, dia selalu datang kat rumah aku di kampung dan yang best nya setiap kali da datang mesti dia bagi duit kat kami adik beradik...sebab tu lah, kami adik beradik yang lain suka banget berkunjung kat rumah dia, walaupun dia tinggal berjauhan dgn kami. Sebelum aku balik, Kah Mah bagi lemang...


anak lelaki aku, afdhal sedang bermain bungapi dgn sepupunya

Malam nie, aku bermalam kat rumah biras aku, chikgu aziz di Kubang Gendang, Pasir Mas. Satu lagi rumah yang aku suka datang. Bahkan anak2 aku pun suka dtg kat sini, sebab anak2 aku yang perempuan mmg rapat dengan sepupu dia orang lagipun biras aku sorang nie, ramai anak perempuan dan umurnya hampir sebaya dengan anak aku.

No comments:

Post a Comment