shopping raya

Huari nie cuaca mendung ajer… tetiba ajer aku terasa nak berbuka dgn nasi ayam. Aku tanya wife aku apa yang patut dibeli selain dari ayam, dia write kat atas kertas apa yang perlu dibeli. Aku start motor ke Pasar Siti Khadijah kat bandar KB. Dalam perjalanan aku terpandang jam tangan aku…eh betul ke tidak nie! dah dekat pkl 1 t/hari, org dah bersiap nak ke masjid solat jumaat. Aku mmg tak perasan betul, aku ingatkan baru pkl 11 pagi!

Aku pun terus ke Masjid Muhammadi kat bandar KB, masjid nie tak brp jauh dari pasar. Ramai betul org berniaga kat sini, peminta sedekah pun ramai. Mungkin di bulan baik nie,rezki utk mereka akan bertambah. Kesian betul aku tenguk…lepas solat Jumaat aku terus ke pasar beli ingrediant utk nasi ayam aku tu…ayam RM8.00…buah tomato 6 biji RM1.50…salad RM2.00…ladies finger (kacang bendi) RM1.00…Buah Lai 2 ikat RM4.00…itu ajer aku beli.

Malam nya pula, anak anak aku ajak pergi beli baju raya. Ok lah kita gi ke Peng. Chepa, kat sana ada satu hyper market dan kenderaan pun tak sesak macam kat bandar KB. Org. kat sana tak lah berapa ramai lagi…jadi senanglah sikit nak memilih pakaian untuk anak2 aku.Terbang ler juga 2,3 ketul, aku beli seluar ajer! untuk wife aku plak, aku hanya bagi duit kat dia. Susah beli pakaian org perempuan nie…jadi urusan pakaian dia, biar dia lah yang pilih sendiri, tak gitu kawan! Raya tahun lepas aku belikan satu pasang baju kurung untuk dia, itupun kena bawa balik rumah dahulu, bagi dia tenguk dan cuba dulu…

 

No comments:

Post a Comment