Hari buat ketupat

Shopping saat akhir kat KB Mall, cuma beli sehelai baju dan juga kain pelikat untuk dipakai pada solat sunat Aidilfitri besok. Warna theme tahun nie ialah kuning air. Selepas Asar kami sekeluarga bertolak ke kg. aku di Kg. Pasir, Ketereh. Jarak nya dari K.Bharu cuma 13 km ajer!

Pada tahun nie, kawan2 aku kat kg. berpakat mahu adakan ‘Malam Silahturrahim’ dimana semua keluarga kawan2 aku akan dijemput dan berkumpul dalam satu majlis BBQ pada malam ni (malam hari raya). Segala persiapan telah kami atur seminggu sebelum raya. Tujuan nya hanya satu yaitu untuk berkumpul dan saling mengenal antara kaum keluarga masing2. Nak kumpul dia orang nie bukan nya senang sebab hampir 80% mereka bekerja kat luar dari neheri Kelantan. Ada yang bekerja kat KL, Pahang dan Johor. Bila semuanya ada kat kg. masing2, kami semua sepakat nak buat majlis nie...dibuat secara ad-hoc..!
So, untuk peruntukan nya pulak kami pakat2 keluarkan. Mana2 yang poket 'tebal' kami minta lebih sikit, mcm Azman yang bagi sebanyak RM250.00 dan juga abang aku RM200.00. Aku plak....hehehe! ada juga yang sponsor ikan dan juga hamper sebagai hadiah. Terima kasih aku ucapkan kepada Tuan Hj. Baruddin (Pengarah Pemasaran LTN) yang menaja ikan sebanyak 2 tong dan juga kepada chikgu Sanusi Yajid (Pengarah KEMAS negeri Kelantan) yang menaja hamper dan hadiah (pertandingan aji dam) dan buah tembikai pada malam tu...terima kasih daun keladi...tahun hadapan sponsor lagi…hehehe!
Majlis semacam nie pernah aku buat dulu, masa tu kami semua masih bujang trang tang tang lagik yang dah kahwin cuma berapa kerat ajer. Majlis pun tak berapa vogue, maklumlah 'peruntukan' tak banyak. Bila semua dah berkeluarga, majlis BBQ pd malam raya jadi terhenti dengan sendirinya...sehinggalah kami buat balik pada malam nie.
Hidangan pada malam tu...
untuk gambar2 seterus nya sila klik sini
Majlis bermula selepas solat isya' . Boleh dikatakan semuanya hadir. Sambil makan kami bertanya kabar antara satu sama lain dan juga dengar story2 terbaru dari mereka dan soalan favourite "mu doh ado berapo oghe lor nie?" jangan salah faham yer! kami tanya ttg anak masing masing bukannya tanya 'cawangan'... :-) majlis berlarutan sehingga ke pukul 2 pagi..! kepada yang balik paling akhir akan kami bagi hamper sebagai hadiah. Aku tak tahan nak berjaga malam weh! pukul 12 mlm, aku lepak depan tv kat rumah abang aku kedian...terlelap!
nota: aku harap pada tahun hadapan akan ada lagi...dan terima kasih pd semua yang hadir pd mlm tu!

No comments:

Post a Comment