Sebelah pagi...nak kata pagi pun tak juga, area 11 am lebih, aku dan saiful pergi ke furniture abang aku kat kampung tu untuk tenguk dinding yang aku suruh buat tempuhari...OTW balik aku singgah lunch kat Restoran Baroh...restoran tersohor kat pekan Ketereh nie. Lauk pauk yang disediakan kat sini mmg best,best terutama gulai ayam kampung dia tu...very yummy!
Pkl 3pm aku pergi jumpa cik/puan Tuan Latifahkat KB Mall...aku sendiri tak pasti dia nie cik ke puan,tapi aku rasa dia nie cik lagi...heh heh heh! ....senyum ada makna tuuuu.... ia nie mau aku buat id kat lot kedai dia tu. Tema dia 'tradiosional' maklum lah,kedai dia nie jual barangan kraf...mmg kena dgn apa yang dia mahu tu. Tempuh masa yang diberikan amat ciput lar...2 weeks ajer! aarrrr...sempat ke tidak nie! ok, aku cakap kat dia, nanti aku tanya kawan aku yang akan built benda nie terlebih dahulu dan kami akan datang sekali lagi pd malam nie...
Janji dgn saiful mahu kayuh basikal petang nanti. Lepas balik dari kerja, aku pun bersiap siap dgn suite berkayuh aku tu...belum pun sempat aku nak keluarkan basikal aku dari setor...hujan plak turun...semangat aku yang berkobar kobar tadi hilang bersama dgn air hujan yang turun tu...frust betul lar! lewat ptg aku kayuh juga basikal aku tu tapi tak jauh,sekitar kawasan nie ajer...nak panaskan badan!
9pm...aku ke KB Mall sekali lagi, Amran pun dah sampai gak. Aku terus bawa dia ke kedai tu. Lepas bincang2 apa yang patut dia nak dan tahu, kami pun belah. Aku ajak Amran nie singgah minum kat Mamak Spicy dahulu. Byk juga ler topik yang aku bualkan. Semuanya berkisar pada job dan bidang tugas kami. Dia nie nak tubuh satu persatuan rekabentuk kesenian kelantan. Tujuan nya, segala rekabentuk id, landscape,bangunan dan seniukir yang terdapat pada rumah Kelantan akan kami dokumentasi untuk tatapan generasi akan datang. Dia mahu aku joint sama dengan persatuan yang bakal dituuhkan nanti.... aku on ajer!
Dekat sejam aku dok berborak dgn dia...pkl 11pm lebih aku balik kerumah. Bukak pc, check email,baca blog kawan2...walaupun aku tahu hari nie hari ahad, byk blog tak diupdate...kau orang semua nie, nak update blog pun ikut hari bekerja, kenapa arr? jwb jgn tak jwb...

No comments:

Post a Comment