Agak Sibuk

Aku masuk pjbt jap...kedian terus pergi ke furniture abg aku di Ketereh. Nak tanya pasal kerja yang aku bagi kat dia tu janji nak antar hari nie ke tapak kerja...masa dah suntuk nie, 5/12/06 nanti projek kat Kg. Dalam,Tumpat tu dah kena serah kat Muzium negeri. OTW, aku singgah sarapan pagi kat Kedai Mulong, sedang elok dok layan makan, saiful call aku tanya dok kat mana and then dia suruh aku tunggu dia kat situ. Dia nak ikut aku sama.
Bila aku sampai kat furniture abg aku tu, aku tenguk kayu yang hendak dibuat dinding untuk kerja kerja di Tumpat tu, belum jugak sampai sampai...apalagi kenalah 2,3 das aku marahkan abg aku...aku tak kira, kawan ke,saudara mara ke,adik beradik ke...bila dah janji tak ditepati, aku sembur. Aku paksa dia, kayu yang dia order tu, MESTI kena sampai ari nie jugak. Hari satu sabtu depan benda tu kena ada kat tapak kerja dah. Tukang kayu ka sana, dok tunggu lama dah. Kalau lewat hantar, aku pulak yang kena sembur nanti...
Pkl 11am aku balik ke pjbt, fadly datang bawa design gateway yang aku suruh buat semalam. Aku tenguk ok dah design tu, cuma kena touch up sikit bagi elok lagi. Besuk orang UPEN dtg nak ambil, spec. kerja tak buat lagi, hari nie aku dok siapkan spec. kerja untuk projek membaikpulih kubu perang dunia ke 2 kat Peng. Chepa.
Dkat nak pukul 3, aku pergi print 2,3 drawing kat kedai kawan aku di Jalan Gajah Mati tu...masa nak turun terserempak dgn abg. Sen. Dia dtg. nak ambil plan rumah dia. Aku suruh dia tunggu kejap...15 minit aku sampai balik ke pjbt. Aku ajak abg. Sen naik dan bagi penerangan ttg plan rumah dia tu, ada ubah sikit, dia suruh aku tambah attic kat living area tu. No problem...
Chikgu Miji dtg kat pjbt aku...dia nie selalu lepak kat pjbt aku, sambil tunggu isteri dia habis bekerja kat Hospital depan pejabat aku nie. Ajak dia minum kat bawah. Aku order minuman ajer, nak makan popia goreng, perut masih kenyang lagi...aku suruh dia cari tanah untuk dibuat pump station kat area sekolah Banggu dan juga tanah 30 ekar kat kawasan Machang. Ada client aku mahu dan suruh aku dapatkan untuk dia, dia nak buat projrk perumahan kat situ...perghhh! 30 ekar, mana nak cari tanah seluas tu di kawasan bandar sekarang, paling luas pun 4 ekar ajer!
Masa OTW balik rumah, aku singgah kat kedai Wan, tanya kedai dia buka pukul brp besok. Aku nk suruh dia tukar tiub basikal aku tu yang telah pancit semalam. Hari aku tak gateh, hujan... lagi pun basikal aku tu belum dibaikki lagi...

No comments:

Post a Comment