Client Aku

Sebelum masuk pejabat, aku singgah sarapan dahulu kat gerai depan proton jln dusun muda tu...nasi berlauk lauk ikan,teh dan 2 biji telur 1/2 masak. Hari nie aku kena siapkan drawing ubahsuai lot kedai kt kb mall tu...owner dia dah 2,3 kali call aku tanya tentang nya. Customer nie pun satu hal...kalau aku cakap benda tu siap dlm masa 2 hari...kena percayalah. Pasal pe'el perangai client nie, aku dah masak. Masa kerja belum siap, bukan main lagi dia 'press' kita...kadang2 tu, tak makan kita sehari suntok dibuat nya! tapi bila bab bayaran, slow nak mampossss...minta hari nie, dia kata 2 hari lag, bila pergi lagi,dia tangguh lagi...at last sampai lah bangunan tu siap, fees untuk kita masih gak tergantung! ...kira buat free ler tu, tapi aku senang sahaja kalau dia nie liat sangat nak bayar...aku cakap kat dia, tolong keluarkan zakat mata wang untuk duit yang dia tak mahu bayar sangat kat aku tu bila dah cukup haul nya...pas tu aku belah! selagi dia tak bayar, selagi tu lah dia kena keluarkan 2.5% dari jumlah duit yang dia tak mo bayar tu, kalau dia tak keluarkan juga, dia yang tanggung,sebab aku dah cakap awal2 kat dia...kira aci tak, aku buat mcm tu?
...tapi ada juga client aku yang baik2, drawing tak siap lagi, dia orang dah buat full payment...mcm nie pun aku tak berapa gemar sangat, maklum lah duit! kalau dah ada kat tangan kita nie, semakin gatal lah ia nak keluar, nnti bila dah siap kerja, duit pun entah kemana. aku lebih suka pada client yang bayar ikut progress yang telah aku tetapkan...
pkl 3pm aku ke istana balai besar, buat kerja2 ukur. dia orang nak buat tambahan sedikit kat pejabat istana tu... lepas buat tu semua, apalagi aku cari lah port untuk berehat jap....alarrrr! nak minum air ajer! hmmm...dlm pada tu aku dok berfikir, skrg dah ada 2,3 projek yang perlu disiapkan dgn kadar yang segera. semuanya mahu cepat...mcm mana nie! aku kena pass pass kan kat member2, kalau tak, tak siap! kat pjbt aku ada sorang ajer draughtman, 2 termasuk aku (bos pun kena buat kerja juga daaa.....) yang sorang lagi tu, buat pengawasan kat tapak projek...kira orait dah tu!
skrg nie, pkl 5.30pm aku dah ada kat rumah...sebab pukul 6pm aku dah start mengayuh. kerja, kerja juga, xtvt senaman kena ada juga...kalau ikutkan hati malas lah! jadi kita kena 'paksa' diri kita buat apa yang telah kita plan tu...jgn asyik dok memaksa orang ajer! hari nie cuaca pun baik, aku ikut jalan pasir mas-salor, kedai mulong, tunjong - bbkk...22 km!

No comments:

Post a Comment