11/11/06
---------
Pada sebelah pagi aku balik kg jap! hantar contoh bingkai kayu dinding ke furniture dia. Aku order dengan dia. Ada lar dekat sejam aku dok kat rumah dia sambil borak2 dgn dia. OTW balik, singgah kat pekan Ketereh. Hari nie ada pasar tani kat situ...so ramai ler orang keluar membeli belah kat situ. Aku terserempak dgn abg. Moin dan kak Mah kat kedai kopi Pok Mat. Kedai kopi sedara dia,kedai kopi sedara mara aku jugak...tak gitu! 'melekat' kat situ hampir 2 jam...dgr story dari kawan diaa yang nak naik haji pg 16/12 nanti...aku dengar ajer laaa!
Balik ke pjbt pukul 2, tunggu chikgu Heng datang bawa geran tanah kat kg. Beris Kubor Besar. Dia suruh aku cari buyer. Bila dia orang balik, aku kemaskan meja,lepastu tutup pjbt balik rumah. Pkl 3 lebih, saiful dtg jemput aku kat rumah, pergi ke melawat tapak projek di Kg. Dalam, Tumpat. Dekat pukul 5:30 ptg. balik.
Singgah kat kedai basikal, mahu ambik sebuah. Niat nak beli basikal nie mmg dah lama aku dan juga bekas bos aku, Ir. Zuki dah lama berpakat nak beli basikal nie tak tak terbeli jugak...sampailah ke hari ini...bukan aper, sibuukkk...ALASAN!
Aku beli basikal nie, niat nak beriadah lah sikit. Petang2 time relax tu boleh lah aku kayuh basikal 4,5 kilometer! ...mampu ke aku nie? Satu lagi kenapa aku 'terpaksa' beli basikal nie ialah kerana nak joint member2 aku yang 3 orang tu, dia orang nie berkayuh pd waktu malam dengan Tengku Bendahara Kelantan...kami panggil dia Tengku TT ajer! Nak menambah lagi bilangan jemaah, diajak nya aku sekali, jadi terpaksalah aku ikut...pada hari tu, terbanglah jugak kat RM1500 ringgit. Basikal hampir RM850, accesories lain spt helmet,glove,baju,seluar,head lamp dan upgrade itu ini, mencecah gak RM1500. Itu kira dah murah, basikal member aku,Yusrie tu harga nya hampir RM12 ribu termasuk kelengkapan lain...pergghhh! kaya sungguh dia orang nie...
Dia orang mahu aku berkayuh malam nie jugak, aku kata mana boleh..aku nak test power aku dulu...larat ke tak larat!
Bila dah ada basikal nie, timbul plak minat nak berkayuh. Pagi pagi lepas solat subuh, aku berkayuh keliling taman perumahan aku nie...best gak! orang kata beriadah sambil menjaga kesihatan...lepas nie aku nak joint kelab kumpulan basikal Kelantan!
12/11/06
----------
Semalam tak masuk opeh...saiful dtag amik aku kat rumah. Hari nie ada kerja kat pjbat SUK Kelantan...kerja2 mengecat semula siling dan tukar permaidani kat salah satu dewan kat situ. Kemudian pergi ke Tumpat. Pkl 8 mlm...baru sampai rumah. Letih betul...!

No comments:

Post a Comment