21/11/2006
-------------
Saiful ajak aku tolong dia buat kerja2 kat pejabat SUK tu tapi aku menolak kerana pada pagi nie aku ada appointment dengan en. Rosli dari Indah Landscape.
Aku turun sarapan kat gerai wak (jawa terakhir Kelantan) dibawah pejabat aku samil dok baca paper.
Pukul 2.30 ptg aku ke pejabat Istana Negeri ambil layout komplek pejabat dia dengan Che Mat. Dia nie dulu kerja kat pejabat SUK tapi telah dipindahkan ke pejabat Istana Negeri 2 tahun lepas. Orang kampung aku merangkap saudara mara aku jugak. Aku tak lah kekok sangat kalau dia ada kat situ, kalau ada kerja2 kat situ,dialah tempat aku tuju dahulu...terima kasih waris, ada masa aku belanja kau makan kat sup tok ayah...hehehe. Selesai kerja kat situ aku ke pejabat Lah CD nak print 2 copy dan bagi pada Ku Nan nanti.
Terima call dari Zaidi,dia ada kat bawah pejabat aku, ajak minum. Zaidi nie plak aku kenal masa dia buat praktikal kat pejabat lama aku dulu. Sekarang dah jadi pensyarah kat Politeknik Kota Bharu dan tutor sambilan dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelantan.
Selesai minum, aku naik pejabat, kemaskan dulu yang mana patut aku pun chow balik. OTW tu aku singgah kat bank nak ambil duit sikit tapi kedua dua ATM rosak...hampeh betul!
Macam biasa lah xtvt sebelum masuk maghrib aku kayuh basikal dahulu. Hari nie aku buat 22 km...belum pukul 7 dah sampai kat rumah aku nie.
Malam nie ada dinner kat Restoran New Horizon untuk meraikan rombongan Toh Puan Norkiah isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Pukul 9 aku sampai kat sana. Aku dan saiful kena meja no. 11, aku lihat list nama meja aku tu ada 4 orang rombongan dari Sarawak, selebihnya aku tak kenal kecuali Tengku Adnan dgn isterinya, Tengku Abu Bakar dan Yusrie. Kekok sungguh aku makan, mana tak nya...dok pulak semeja dengan rombongan dari sarawak dan ditambah pula dengan kerabat...lagi ler teramat kekok! nak makan pun tak selesa...kena jaga protokol! abis ajer majlis makan, ada majlis nyanyian. Para pesertanya terdiri dari rombongan sarawak tu dan juga beberapa penyanyi yang di jemput khas oleh pihak restoran nie...masa nie lah aku dan Saiful minta diri nak belah dulu....rimas wey!
Aku dan saiful berkereta ke bandar...makan!

No comments:

Post a Comment