Kat sini semenjak dua menjak nie...hujan sentiasa turun pada waktu pagi, menyebabkan aku sentiasa lewat masuk pejabat kalau dah terlewat benar, akan timbul plak pasaan malas nak masuk pejabat macam hari nie. Kat pukul 10 pagi hujan barulah reda. Hari nie aku cuti lagi masuk pejabat...mood kerja ada rasa kureng sikit hari nie. Perut pun dah berkeroncong nie, aku pun start motor pergi beli nasi berlauk kak wok kat depan SKK3. Aku bungkus ajer...pas tu aku pergi makan kat gerai pok ogh. Aku masuk pejabat lama aku nak jumpa dengan zuki, rose bagitau dia keluar ada meeting. Aku baca paper kejap kat situ, lepas tu aku pergi ke kedai basikal Wan kat Demit. Borak2 dgn dia pasal apa lagi kalau tak pasal xtvt berbasikal kami. Dia nie minat offroad, aku plak roadbike ajer. Tengok2 accesories kat situ. Niat hati nak tukar crankset basikal aku tu kepada shimano deore XT...bila tanya harganya hampir mencecah kat RM500...terantut niat aku tu...tapi tak aper bila duit claim aku masuk, aku nak sambar gak!

Spec. Drive: Hollowtech II, Ring Size: 22/32/44T, Speed: 9Arm, Length: 175mm, Weight: 860g

Aku cuma beli head lamp dengan kunci ajer...lampu lama aku tu dah terbarai aku kerjakan, mulanya nak buka tengok2 ajer, pastu dengan tak semena mena tiiinngggg! spring nya terkeluar...ah sudah! nak masukkan dah tahu macam mana, godek2 punya godek tak masuk jugak dan dah tak menyala plak dah! at last kena beli yang baru...nie lar kalau berlagak nak jadi pakar...buah kurma!

Aku pulang rumah layan Ali Setan kat TV3 tu...nie cerita lama, sekarang pelakun utamanya dah berubah...Ogy sekarang dah bertudung dan si Azmil plak dah jadi pendakwah bebas...cerita nie mmg malatop pd masa tu...kesah percintaan kat kampus. Kesah2 macam nie mmg laku dan oleh buat box office! masa tu aku mmg suker sangat tengok story2 mcm tu...maklum lah masa tu aku masih lagi bersekolah dan remos nya pun masih tegak mencanak...skrg semuanya tu dah tak ader lagi...'cerah masa depan' orang kater...hehehe

Aku ke Billion kejap beli seluar yang tak sempat nak aku beli semalam, pastu balik rumah tukar pakaian bawa keluar basikal aku. Hari nie aku terserempak dgn 3 mamat china kat depan HUSM, aku cuba joint dan follow dia orang...fuuuhhhh! laju betul kayuhan mereka, aku tengok speedometer aku menunjukkan angka 32 km/h, aku cuma larat follow dia orang setakat 1 kilometer ajer, kalau aku follow gak dia orang boleh masuk CCU aku dibuat nya. Hari nie aku ikut jalan menuju ke Pantai Sabak,Airport, Bandar KB dan balik rumah...25 km!

No comments:

Post a Comment