Cuaca hari, macam hari semalam juga, tapi tak hujan, cuma mendung ajer.. sebelum aku masuk office, aku dan saiful sarapan di gerai Pak Ogh dekat dengan tempat kerja lama aku dulu. Ajak Ir. Zuki,Dolah dan Zakri joint sekaki...pukul 10 baru pergi ke pejabat aku.
Singgah kat pejabat YCT, buat purchase order untuk steel truss rumah kedai Tuanku kat bandar KB tu. Masuk pejabat, letak computer aku kat atas meja,aku ambik drawing rumah chikgu Saiful kat Kota tu untuk 'return' balik ke MPKB. Aku kena ke Berek 12 dulu, untuk serahkan PO nie kat LYK Engineering. Selepas selesai urusan dekat situ aku singgah kat pejabat arkitek member aku terlebih dahulu,nak hantar drawing aku tadi kepada Zul. Aku biasa suruh member aku nie yang uruskan segala urusan pelan pelan nie semua, sebab dia ada cable kat MPKB tu...so cepat lah sikit! biasalah hidup zaman sekarang nie mesti ada cable kalau nak berurusan dengan mana mana jabatan, kalau tidak berjanggut lah kita tunggu satu satu kelulusan tu...aku sendiri pun tak tahu cara kerja diaorang nie...!
Pukul 2 petang aku tunggu abang aku kat pejabat. Aku nak bawa dia ke tapak projek aku di Tumpat tu. Aku suruh dia supply dan baik pulih dinding kayu mumbung 'Janda Berhias' yang sediada kat situ. Projek aku kat sini ialah membaikpulih bangunan lama di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara. Pada keseluruhan bangunan nie dibina tanpa menggunakan paku, kalau ada paku pun dia orang akan buat dengan menempa besi...sebab tu lah kebanyakan paku2 kat sini berbentuk 4 segi dan besar2 plak tu...mana2 paku yang tak dapat digunakan lagi,aku bawa balik untuk dibuat badik ataupun keris kecil. Besi lama nie mmg elok di buat benda2 tu, sebab makin berusia satu2 besi semakin banyak dan jelas pamor nya. Aku nak bagi kat abg aku yang sorang lagi tu. Dia nie mmg arif pasal besi dan batu permata. Kalau ada masa lapang ataupun hari minggu, kerja dia buat sarung keris ataupun golok dan juga canai batu permata. Aku pernah juga jual barang2 dia kat laman lelong...
Jam dah pukul 4 ptg, perut pun dah berkeroncong dan kepala naik pening...lapar banget! tak lapar mcm mana, pagi tadi aku minum dan ambil kuih sebiji sahaja. Saiful pun dah merungut lapar...OTW balik kita orang singgah kat kedai makan di Cbg 4 Tok Mek Ngah. Kedai kat situ tersohor dengan masakan belut, lagipun aku pun dah lama tak makan belut nie...
Sampai sana aku order paprik belut dan telur dadar dan kuah sup untuk kami bertiga. Makan sampai tak hengat donia...laper seh! bbbuuuurrrrpppp....alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment