Call dari classmate aku

Pagi semalam aku dapat call dari salah seorang classmate lama aku masa kat Sek. Men. Ketereh sessi 1981 dulu... lama betul aku tak jumpa dia nie, hampir 23 tahun jugak tu..! group aku nie seramai 4 orang kesemuanya yaitu Nik Azhar, Jefri dan Rosli. Kami nie mmg kamcing... kemana mana mesti berempat. Hmmm...mungkin peel perangai kami semua satu kepala. Bila habis SPM, result kita orang 'ciput' ajer dan aku pulak BM tak kredit, jadi tak cukup group...maklum lah kami nie dari aliran sains. Keputusan nak masuk aliran sains dahulu pun bukan pilihan aku sendiri tapi atas rekomen saudara mara aku ajer walaupun aku tahu result SRP aku tu mmg melayakkan aku masuk aliran sains.
Jadi kami semua mengambil keputusan untuk ambil sekali lagi dan kami semuabelajar kat sebuah sekolah swasta di bandar Kota Bharu. Disebabkan jarak tempat kami belajar dengan rumah kami semua jauh, kami menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat kami belajar. Lepas belajar kat sini lah, kami semua berpecah membawa haluan masing masing, sehinggalah terputus hubungan.
Mcm. Nik Azhar, sekarang dah jadi guru, walaupun kita orang dok satu pekan, aku sendiri tak pernah jumpa, bila sekali kala aku balik kg. aku... si Rosli pulak, hilang tanpa dikesan! dengar kabar dia sekarang bekerja dengan Plus kat Negeri 9. Aku cuba juga jejak dia kat kg. dia di Pantai Senok tapi tak berjaya...sampai lah sekarang!
Kawan lama yang call aku semalam ialah Jefri, dia nie pun dah jadi guru dan sekarang mengajar di salah sebuah sekolah menengah sains di Kuantan, Pahang. Aku tanya dia mcm mana dia boleh dapat no. henpon aku nie, dia kata masa raya baru2 nie dia datang cari aku kat kg. aku dengan nik azhar. Dia tanya kakak aku, Buck ada kat rumah ke tak? Buck?!! Buck mana? kawan2 aku nie pun satu hal, mereka suka panggil aku dgn nama tu,walaupun aku sendiri tak pernah guna nama tu...hinggakan tercengang2 kakak aku dibuat nya. Baru dia teringat nama aku sebenar...barulah kakak aku tahu.
Kakak aku pun story lah kat dia orang dgn penuh perasaan, sebenarnya aku nie dah lama pindah dari kg. ni dan sekarang dok menetap kat Bandar Baru Kubang Kerian di Kota Bharu. Cuma hari minggu ataupun ada kelapangan masa sahaja dia balik kampung menjengah kakak dan abang2 dia kat sini. Lalu kakak aku pun memberi no. henpon aku dengan riak nya kepada kawan2 aku tu... kenapa lah kau orang semua datang masa aku tak ada rumah, kalau tidak boleh lar aku bagi duit raya kat kau semua...lima puluh sen! lima puloh sen!
so...aku ajak lah si jeff nie dtg kepejabat aku, bila dia berada di K.Bharu nanti. Dia kata nak datang tapi sampai lor nie pun tak nampak batang hidung dia lag...mungkin dia sibuk kot?

2 comments:

zaida ismail said...

oit 1981 maknanya dah 25 tahun la... umur saya tu. Saya lahit tahun 1981. Uwaa dah 25 tahun dah saya...

Amiene Rev said...

dah makin matang ya, awak zaida ismail.

Post a Comment