Dok bertapa kat pejabat ajer hari nie...sampai lah ke tengahari. Terima call dari Yie, suruh dtg ke pejabat Muzium Negeri. Engku Azman mahu jumpa aku. Jumpa dia orang dok lepak kat kantin Muzium. Tengku Adnan pun ada sama. Borak2 kejap, pasal rumah kedai tuanku yang disaman olih MPKB lepas tu kita orang semua masuk ke bilik pejabat Engku Azman. Langkah kanan betul aku hari nie, pihak muzium buat majlis perpisahan untuk Pegawai Kurator Muzium, Cik Hartini. Dia nie orang Perak. AKu pun tak sempat tanya dia, lepas nie dia kena pindah kemana. Mungkin balik ke negeri Perak kot. Masa kat dlm bilik tu Engku Azman, dia bagitau aku projek projek yang perlu aku siapkan. Banyak juga...ada lar 10 projek. Dia kata Jabatan Warisan tahun nie, ada lagi baki RM8 juta untuk budget tahun nie yang belum sempat dihabiskan. Dia pun pening dok pikir, apa nak buat dgn duit tu... yang 10 tu, dia suruh aku siapkan dlm masa sebulan nie juga, kalau tidak kena tunggu peruntukkan tahun hadapan. Ahhh sudah....sempat ke tak nie. Nampak gaya kena shock karan lar aku tahun nie... pas dia briefing, majlis makan pun bermula. Aku ambil sedikit ajer nasi...dah kenyang, kalau dia bagitau awal2 boleh aku prepare untuk bedal banyak2....hehehe! Kat luar hujan turun dengan lebat nya,tapi tak lama.
Masa dok tengah besiap nak balik, Fadly dan Farid datang ke pjbt aku...dia orang ajak minum sekali kat bawah. Tak lama kedian Lah CD datang join sekali. Hari nie aku kena balik awal sedikit, sebab nak bawa basikal aku tu kat kedai Wan...nak suruh dia tukar tiub basikal aku yang pancit tu. Sampai ajer kat rumah, aku terus bawa bsikal aku kat kedai dia. Ramai gak orang kat kedai dia ptg nie. Ada yang datang nak beli basikal untuk anak2 mereka tapi yang ramai kawan dia lar...bawa basikal nak buat services. Besok ari Jumaat, mcm biasa lah...xtvt dia orang...offroad riding. Dia ajak aku joint sekali tapi aku tak mo lah...bukan apa, basikal nie jenis roadbike bukan nya untuk offroad lagi pun aku nie tak selasak mereka. Punggung2 dia orang semua dah kematu! Masa dok kat kedai Wan, Wan Azami masuk, tapi dia tak perasan aku ada kat situ. Bila aku tegur, terkejut gak dia. Dia suruh aku tunggu kejap...bila dia datang balik, dia hulurkan kpd aku 4 keping kad jemputan majlis perasmian restoran baru dia di Tg. Chat pada 3/12 nanti...
Malam, saiful datang ambil aku sebab nak pergi ambil kayu kat furniture abg aku di Ketereh. Besok pagi2 lagi kena bawa ke tapak. Bila semuanya dah selesai, aku pergi lepak kat food court kraftangan. Yie, Yeh dan Engku Azman dah ada kat situ. Tengku Adnan ada gak,tapi dgn wife dia kat meja lain...mcm2 hal disentuh dari perkara yang elok2 kpd perkara yang tak elok2 (tang nie aku tak leh nak bagitau...cencored!) hehehe...tak lama kedian Ku Adnan balik...mlm nie dia kena 'rantai'...lepas tu Yusrie, dia dipanggil di titah mengadap Raja Perempuan kat Istana Tengku Mahkota, Kubang Kerian....kemudian Yeh pula balik. Tinggal lah aku bedua ajer dgn Engku Azman. Masa nie lah Engku Azman dok stories kesah2 dia masa melawat luar negara, paling menarik kesah dia kat Amsterden...sampai lah ke kesah Altantuya!
Jam dah hampir 1 pagi,mata aku pun dah tak berapa nak celik dah nie... so terpaksa lah aku minta diri dulu. Sampai rumah pkl 1.30 pagi, sempat lagi aku buka pc jenguk2 kotak email dan baca blog2 member...kejap ajer, mengantuk sangat dah nie...pkl 7.30 pagi besuk dah janji dgn geng2 nak kayuh basikal basikal round2 bandar Pasir Mas...aku masuk tidur dulu yer!

1 comment:

faizalnizam said...

saja singgah.. menarik interface blog..

Post a Comment