Pagi yang kelam kabut

Pagi semalam, kelam kabut sedikit aku. Kena pergi ke Ketereh,jumpa abg aku, lepas tu ke Mustaqim Hardware hendak order kayu tapi jenis kayu yang aku nak tak ada dlm stok, kena tunggu 2,3 hari baru ada. Ahhh....sudah! aku call Yie beritahu apa yang berlaku. At last dia suruh aku pergi ambil kat store kayu di Kg. Bereh Kubor Besar. Legaa.... aku pun call saiful suruh budak dia hantar kayu tersebut ke furniture abang aku kat sini. Bila semuanya settle, pergi minum dulu dengan abg aku kat kedai kopi Pak Lah. Tak lama kemudian, abang aku yang sorang lagi tu join sekaki. Hari nie dia tak kerja, sebab bank tutup hari nie...hari Sabtu.
OTW balik ke Kota Bharu, aku singgah kat Wan Daud Trading di Tunjong. Che Wan tak ada, pergi sepital, kerani dia bagitau aku. Aku selesaikan masalah frame pintu rumah kedai yang tak cukup dengan dia ajer lah... lepastu aku masuk warung depan kedai dia tu. Order nasi dan air teh secawan...jam dah menunjukkan angka 12.30 t/hari so aku makan pagi di jamak dengan makan tengahari sekali lah...tak apa kan?
Masa sampai kat KB, baru aku teringat aku kena pergi ambil drawing rumah flat kat pejabat Zuki di Kbg. Kerian. Ada client aku mahu build rumah flat...sampai kat pejabat Zuki, pejabat dia tutup plak dah...buah kurma betul member aku sorang nie...so aku kena ambil pagi nie, sebelum pkl 10am! Aku balik lepak kat rumah jap.
Pukul 2pm aku masuk ofis dan siapkan drawing rumah rehat kat Istana Bukit Tanah di Tumpat tu... Saiful talipon aku tanya, jadi ke nak kayuh basikal ptg nie? kalau cuaca ok...beres! Pukul 5.15pm aku tutup pejabat aku. Sampai kat rumah, wife aku bagitau, tok penghulu kat kampung aku tu bagitau dia, suruh aku hadir ke satu program kat Masjid Batu 8 malam nanti. Kena solat maghrib kat sana. Dia pun hadir sama. Mcm mana nie...aku pun bagitau saiful, kayuh basikal petang nie dibatalkan, sebab aku ada hal. Kalau aku pergi berbasikal ptg tu...gerenti aku tak pergi ke Masjid Batu 8...letih!
Semalam, aku berada kat Masjid Batu 8, ada bengkel bacaan dalam solat seperti baca al-fatihah, baca tahiyyat dan doa qunut di hadapan tok guru kumpulan. Kalau ada sebutan atau tajwid nya lari, akan ditegur oleh tok guru kita tu. Pukul 10 malam, majlis pun bersurai dengan disudahi dengan majlis makan makan...

No comments:

Post a Comment