Aku update blog aku kali ini,awl sikit (ko org nebgok lar...pkl brp) kalau aku nak update pagi esok, mesti tak sempat punya...besuk pagi aku kena masuk awl, sebab pukul 8.30am aku kena bagi drawing gateway bersekali dgn spesifikasi keja sekali kat orang2 UPEN...
Pergi ke MPKB nak serah surat saman yang aku terima tempuhari kat Puan Junaidah, Pengarah Perancang Bandar kat MPKB nie...tapi malang sekali dia tak ada kat pejabat, hadir meeting kat KL, hari Ahad depan baru ada....lama betul dia orang nie pergi meeting, pergi meeting ke buat meeting nih...jadi aku serahkan ajer kat PA dia. Naik ke Bahagian Bangunan, tanya kesah pelan yang dah hampir 2 bulan tak dengar apa cerita...bila disemak, pelan aku tu kena baikki, bila tenguk nota kat situ mengatakan cover leter aku salah, aku guna cover leter utk jabatan perancang bandar...ceh! mcm mana tak terperasaan pasal nie. Benda kecik ajer tu...tak kan tak leh angkat masuk meeting dlm minggu nie, aku tanya budak kerani kt situ. Tak boleh katanya...straight sungguh kerani nie, sib baik orang lelaki, kalau pompuan nak jugak aku ajak belanja makan t/hari nanti...gatal!.....ekekeke
Bengang betul aku ari nie...bila fikir pasal kayu yang aku tempah dgn abang aku tu, mana tak nya, kayu yang telah dihantar telah pun habis di guna...aku call abg aku suruh dia buat seperti yang aku cakap tempuhari...boleh dia tanya aku balik...saiz dia? eeeeee! geram betul aku, dulu yang berpeluh peluh pergi ukur kat tapak tu, tak kan tak tahu lagi! Aku ingat dia dah faham apa yang perlu dia buat. Aku suruh dia pergi ukur sekali lagi, tak mo plak nak pergi...dia kata dia sibuk. Ingat dia sorang jer sibuk, aku nie tak? kalau ikutkan sibuk, mahu aku tak sempat nak makan minum selama 7 hari...! Aku cut begitu ajer call dia...buang karan ajer. Kontraktor dah bagi warning, bila dia balik dari China pada hari Ahad nie dia mahu benda tu siap...!
Sebelum aku balik rumah, Saiful suruh aku dan Arif pergi ambil basikal untuk KDYMM Al Sultan Kelantan kat Le Run, Tanjung Chat. Kemudan kena hantar kat Istana Tengku Mahkota.
Bila selesai ajer task tu, aku cepat2 balik umah...aku takut terlewat nak mengayuh nanti. Hari nie aku guna basikal si saiful. Sebelum pukul 7 aku dah sampai kat umah.
Biras aku, ustaz Ya dtg bersama keluarganya kat rumah aku.
Pkl 11pm, saiful datang ambil aku kat rumah. Aku mahu serahkan dwg pondok jaga dan rumah rehat kat Istana Bukit Tanah,Tumpat. Mulanya dia suruh aku datang kat foodcourt kg. kraftangan. Aku pun pergi la...sampai ajer kat bandar KB, dia suruh aku datang ke Istana Tengku Mahkota plak dah...dulu tak nak cakap awl2..! Saiful ajak aku masuk mengadap sekali, aku menolak sebab mlm tu aku pakai t-shirt round neck ajer. Dia dan Yusri yang masuk mengadap...aku tidur kat dalam kereta...mengantuk!
Bila semuanya selesai, aku ajak dia minum kat gerai abg. nor dekat Hospital USM tu...pekena kopi dangdut!

No comments:

Post a Comment